Chapter 30

1.5K 263 51
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







✧══════•❁❀❁•══════✧

I'm Still And I'm Here

✧══════•❁❀❁•══════✧

Playlist Recommendation:

Here I Am Again - Yerin Baek








" Seoyeon, enough crying. Don't worry. I'm okay, see. "

Suara serak Jaemin yang kedengaran lemah di halwa telinganya membuatkan empangan air matanya pecah lalu laju menuruni pipi.

" I'm... Sorry. "

" Hei, kenapa minta maaf pula? Bukan salah kau, sayang. "

Sepenggal senyuman paksa terukir di bibir lelaki itu. Cuba menceriakan suasana.

Dia begitu membenci senyuman itu sekarang.

Kenapa?

Kerana dalam keadaan sebegini pun, lelaki itu masih mampu menayangkan senyuman manisnya. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

" Stop smiling, Jaemin. This is all my fault. Kau akan dibunuh esok dan semuanya disebabkan aku. "

Seoyeon menekup mukanya akibat air mata yang semakin laju mengalir.

" Seoyeon-ah, sini. "

Jaemin menepuk tempat di sebelahnya. Menyuruh Seoyeon duduk di situ.

" What... ? "

" Sinilah. Duduk sini. Aku nak cakap dengan kau ni. "

Dengan langkah berat, Seoyeon mendekati Jaemin. Punggungnya dilabuhkan di sebelah dewa itu.

Sebaik sahaja Seoyeon duduk, Jaemin melentokkan kepalanya di bahu wanita itu.

" Aku tak takut dibunuh. Sebab aku akan pergi dengan tenang jika kau selamat. "

" Yah! Kenapa kau cakap macam tu?! Nak sangat mati ke?! "

Lengan Jaemin dipukul separa kuat. Kenapa dewa itu mesti bercakap soal kematiannya? Kenapa tatkala dia baru sahaja hendak menanam perasaan terhadap dewa itu, pasti ada sahaja yang halangan?

" Seoyeon, aku gurau. Dahlah, jangan menangis lagi. "

Jaemin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Niatnya cuma nak bergurau. Tapi tak tahu pula tanggisan Seoyeon akan menjadi lebih teruk.

Jaemin memeluknya erat. Dagunya diletakkan ke bahu wanita itu. Iris matanya galak memandang ke arah wajah Seoyeon yang menangis itu. Seoyeon kelihatan cantik ketika menangis. Namun dia benci melihatnya. Benci melihat wanita itu bersedih.

" Aku takkan mati. Bukan ke aku dah berjanji untuk hidup bahagia dengan kau? Kalau kau nak tahu, dewa takkan memungkiri janji tahu? "

Seoyeon memandang ke arah Jaemin dengan mata berkacanya.

" Betul ni? "

" Ya, sweetheart. So, stop crying. You make my heart ache. "

Ujarnya.  Air mata Seoyeon itu dikesat menggunakan ibu jarinya

" Dan kau jangan risau... "

" Jeno dah pergi cari bantuan. " Sambung Jaemin

Seoyeon memandang seluruh ceruk stor itu. Baru dia perasan yang Jeno tiada di sini bersama mereka.

- - - -

" Yah! Bodoh! Ni bukan seperti apa yang kita rancangkan! Kenapa kau rampas kuasa Jaemin?! Kenapa kau kurung dia dalam stor tu?! "

Mark memutarkan matanya dengan menyampah. Sakit telinganya tatkala Bella membebel tidak henti-henti.

" He deserve it. Lagipun memang dah lama aku berdendam dengan dia. Sekarang tibalah masa untuk aku jatuhkan dia pula. " Jawab Mark. Muka selamba ditayangkan.

" Benda ni tak ada dalam perjanjian kita! Kau kata kau akan bantu aku dapatkan Jaemin, dan aku akan bantu kau dapatkan Seoyeon. Kenapa rancangan bertukar pula ni?! " Bentak Bella dengan geram.

Mark tertawa, sinis bunyinya.

" Tak sangka bekas tunang aku ni bodoh betul. Yang kau pergi percayakan aku tu dah kenapa? "

" Wah, aku tak percaya betul. Kau sengaja mempergunakan aku untuk hapuskan Hades. Memang silap besar, Ares. Kerajaan dewa dan dewi takkan maafkan kau. Cukup, aku nak pergi bebaskan Jaemin. Dasar penipu! "

Bella melangkah pergi dengan perasaan geram di hati.

Dengan selambanya Mark memetik jarinya. Bella terus berubah menjadi debu.

Mark tersenyum sinis.

" Inilah akibatnya jika kau melawan kata-kata aku. "










A/N :

korang faham ii lah yang aku ni nak try type scene sedih. tapi tak jadi : )adi jangan kecam saiya sebab tak sedih hehe...

By the way, tak lama lagi fanfic ni akan melabuhkan tirainya. So...

Sad ending or happy ending?





《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now