✧══════•❁❀❁•══════✧
Mark Lee
✧══════•❁❀❁•══════✧
" Apa kau cakap ni? "
Hanat memandang ke arah Seoyeon yang terpinga-pinga itu dengan senyuman penuh makna.
" Kau jangan buat-buat tak tahulah, Min Seoyeon. Aku dah kenal sangat dengan perangai kau. Dasar perempuan murah! " Hambur Hanat sepuasnya ke arah Seoyeon.
" Kalau kau orang semua nak tahu, dia ni goda Saem Lee untuk dapatkan jawapan peperiksaan. Ini lah manusia. Bila dah desprate sangat nak markah tinggi, badan sendiri pun sanggup digadainya! "
Seoyeon terkedu dengan tuduhan Hanat yang tidak masuk dek akal itu.
Bila masa pula dia ada skandal dengan guru muda itu? Dia hanya menganggap Saem Lee itu sebagai guru.
Tidak lebih dari itu.
Kelihatan pelajar-pelajar di dalam kelas itu sudah mula berbisik-bisik sesama sendiri dan mencerlung tajam ke arahnya. Sudah semestinya mengata sesuatu yang buruk tentang Seoyeon.
Nampak sangat yang mereka mempercayai kata-kata Hanat yang entah betul entah tidak itu tanpa memeriksa terlebih dahulu.
" La, nampak jer baik, tapi pelacur rupanya! "
" Syaitan bertopengkan manusia! "
" Dasar perempuan murah tak sedar diri! "
" Woi, Seoyeon! Berapa harga untuk one night stand? Aku pun nak merasa juga! "
" Kau bekerja di club mana Seoyeon? Nanti bolehlah aku datang setiap malam. "
Hampir menitis air matanya apabila dituduh sebegitu.
" Kau jangan nak fitnah aku, Hanat! Aku tak pernah sesekali pun rapat dengan Saem Lee! " Marah Seoyeon.
" Penipu! Ada ke pelacur macam kau ni nak mengaku kesalahan sendiri? Tak ada kan? Dahlah. Pelacur Gred A macam kau buat aku meluat! Mesti ibu bapa kau pun pelacur juga kan? Sebab tu anaknya— "
PLAK!
Belum sempat Hanat menghabiskan kata-kata kejinya, Seoyeon sudah menampar pipinya keras.
" Kau, jangan berani sebut fasal mak ayah aku. Mulut sampah kau tak layak! Dengar sini, aku boleh terima kalau kau hina aku. Maki lah aku sebanyak mana yang kau nak. Tapi aku takkan benarkan, kau heret nama ibu bapa aku sekali! "
Sebaik sahaja Seoyeon habis berkata-kata, wanita itu mengambil beg sekolahnya lalu berjalan keluar dari kelas yang dirasakan seperti neraka pada saat ini.
Tidak betah dia untuk berlama-lama di situ. Nak belajar pun tak ada mood dengan keadaan sebegitu.
Eloklah dia membawa diri menuju ke rumah saja.
- - - -
" Min Seoyeon? Awak buat apa dekat luar ni? Pergi mana? Sekarang waktu kelas kan? "
Seoyeon memandang ke arah si empunya suara. Anak mata hazel nya tertancap pada wajah guru muda itu.
Saem Lee.
" Saya, nak balik. Rasa tak sihat. " Tipu Seoyeon lalu tersenyum palsu.
Dia ingin cepat-cepat beredar dari situ. Takut nanti ada orang nampak dia dan Saem Lee berdua-duaan di situ. Tak pasal-pasal mengundang fitnah lagi.
" Oh. Awak nak saya hantarkan? Awak nampak macam tak larat sangat dah tu. " Pelawa Saem Lee dengan lembut.
" Eh, tak apalah Saem. Nanti apa pula orang lain akan cakap kalau saya tumpang Saem. " Tolak Seoyeon.
" Apa yang orang lain akan kata? Awak pelajar saya. Saya guru awak. Memang tugas saya untuk membantu pelajar. Dahlah, naik kereta saya. " Ajak Saem Lee kali ini lebih tegas.
Seoyeon menghela nafasnya.
Dia tahu, dia sudah tidak boleh nak menolak ajakan guru itu.
Akhirnya Seoyeon akur. Kereta Mercedes putih milik gurunya itu dinaiki.
- - - -
" Awak tak nak saya hantar ke kilnik? Check apa yang patut? Beli ubat ke? " Soal Saem Lee yang sedang memandu itu setelah lama berdiam diri.
" Tak. Tak perlu, saem. Saya cuma nak balik rumah. " Balas Seoyeon.
" Seoyeon, awak boleh je panggil saya dengan panggilan tak formal ketika di luar. Umur kita bukan jauh beza sangat pun. Plus, saya tak suka sangat panggilan formal. " Balas Saem Lee lalu tersenyum kecil.
" Jadi, saem– eh. Awak... nak saya panggil apa? " Soal Seoyeon agak janggal. Dia jarang memanggil guru dengan panggilan tidak formal. Baginya itu biadab.
" Panggil saya Mark. Okay? It's not that hard, right? " Ujar Mark.
Seoyeon hanya membalas dengan senyuman.
" Erm... Sini rumah saya. " Ujar Seoyeon.
Mark terus memberhentikan keretanya di hadapan rumah pelajarnya itu.
" Urm... terima kasih, M-Mark. Sebab tolong hantar saya. " Ucap Seoyeon.
" Sama-sama. If you needs help, you can just meet me, okay? "
Seoyeon hanya mengangguk sebelum keluar dari kereta milik Mark.
•
•
•
Goals: I want comments : (
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]