Chapter 5

2.3K 334 86
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

When Our Lips Meet

✧══════•❁❀❁•══════✧






" Yah! Dasar dewa miang! Apa kau buat ni hah?! "

Dada Jaemin dipukul berkali-kali. Kisah apa jikalau dewa itu sakit atau tidak. Dewa yang miang perlu diajar!

" Aduh! Aduh! Yah, tenanglah! Kau yang nak aku tolong hilangkan rasa bahang tadi kan? Ha, sekarang ni rasa bahang tu dah hilang. Bukannya nak berterima kasih dekat aku pun. " Rungut Jaemin.

Seoyeon berhenti memukul Jaemin.

Betul kata dewa itu. Rasa bahang itu sudah hilang dengan serta merta sebaik sahaja Jaemin mengucup bibir mungilnya.

" Tapi, macam mana... " Seoyeon terkelu. Kejadian itu langsung tidak masuk dek akal.

Bagaimana rasa bahang boleh dihilangkan dengan kiss pula?

" Bahang yang kau rasa tu sebenarnya dari aku. Aku dari neraka. So, secara tidak langsung mestilah rasa panas tu akan melekat dekat badan aku. Ada satu saja cara untuk menghilangkan rasa panas tu. Kau kena ada skinship dengan aku. " Terang Jaemin.

" Skinship? Habis tu kenapa tak peluk ke? Pegang tangan ke? Skinship juga kan? Kenapa kena kiss juga? " Soal Seoyeon agak bengang dengan tindakan Jaemin.

" Kiss barulah sweet. Lagipun kau bakal permaisuri aku. So, what's the problem? Aku boleh buat lebih dari itu tahu? Tapi aku tahan saja. Kenalah slow-slow kan? " Jaemin tersenyum nakal sambil menjilat bibirnya.

" Yah! Aku tak pernah bersetuju pun untuk jadi permaisuri kau. " Balas Seoyeon. Mukanya sudah memerah akibat kata-kata Jaemin tadi.

" Hmm... Tapi aku tak pernah minta persetujuan kau untuk jadikan kau permaisuri aku. " Jaemin mengeyit matanya ke arah Seoyeon lalu keluar dari bilik itu.

" Eii rasa nak carut je dekat dewa perangai setan macam tu. Oh lupa pula. Dari neraka kan? Patutlah terlebih menyetan. "

- - - -

Usai membersihkan diri, Seoyeon keluar dari biliknya dan menuju ke dapur.

Mulutnya terlopong melihat pelbagai makanan di atas meja.

Tak mungkin. Semua ni dewa tu ke yang masak?

" Duduklah, sayang. Tak nak makan ke? " Soal Jaemin apabila menyedari kehadiran Seoyeon di situ.

Kerusi kosang yang berada di sebelahnya ditepuk. Menyuruh Seoyeon duduk di sebelahnya.

Seoyeon akur. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Jaemin.

" Okay first, berhenti panggil aku sayang. Eww! Kita bukannya couple pun. And second, kau ke yang masak semua ni? " Soal Seoyeon.

" First, aku nak panggil kau sayang juga. Memang kita tak couple, tapi kau bakal menjadi permaisuri aku. Got it? Second, apa kau ingat aku ni dewa, aku tak reti memasak ke? " Balas Jaemin satu persatu dengan tenang.

" Macam mana kau masak? Tak silap aku bahan mentah dalam peti dah nak habis. Aku tak beli lagi barang untuk bulan ni. "

Sudut bibir Jaemin terangkat. Dia tersenyum sinis.

" Aku ni dewa kot. Setakat barang dapur tu, petik jari jer dah muncul depan mata. " Balas Jaemin dengan nada riaknya.

Seoyeon memutarkan matanya. Riak betul dewa di sebelahnya ini!

" Tapi... Ada satu perkara yang aku susah nak dapat. "

Kata-kata Jaemin yang seterusnya sedikit sebanyak menarik perhatian Seoyeon.

" Apa dia? " Seoyeon menyoal.

Hairan juga dia. Biasanya apa yang para dewa mahukan, pasti mereka akan dapat dengan mudah. Apa agaknya yang Jaemin sukar nak dapat tu?

Seoyeon memandang ke arah Jaemin. Dan... Dia menyesal kerana bertindak sedemikian.

Sepasang mata milik dewa itu galak merenung ke arahnya. Mereka bertentang mata.

Seoyeon tenggelam. Tenggelam dalam keindahan anak mata milik Jaemin.

Anak mata sang dewa yang  berwarna crimson red itu tidak pernah gagal untuk mengagumkannya.

Tangan Jaemin mula menyentuh segenap wajahnya. Dengan perlahan, jarinya menyentuh dari dahi lalu turun ke pipi dan rahangnya.

Seoyeon tidak menepis. Dia masih terpukau dengan keindahan anak mata milik Jaemin.

" Begitu sukar bagi bagi aku... "


" Untuk mendapatkan hati kau agar kau menjadi hak aku sepenuhnya. "





《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now