Chapter 12

1.8K 293 21
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

Sulking

✧══════•❁❀❁•══════✧









" Jaemin? "

Jaemin memandang ke arah Seoyeon yang berdiri di belakangnya.

" Ya, sayang? Rindu ke? Meh sini nak peluk. " Jaemin melebarkan kedua-dua tangannya.

Seoyeon menayang muka jijik.

" Jangan perasan sangat boleh tak? By the way, petang tadi ada orang cari kau. Tapi kau tak ada dekat rumah. So, aku cakaplah kau keluar. "

Jaemin menjungkitkan keningnya hairan.

" Siapa? " Soal Jaemin.

Seoyeon mengangkat bahu. " Tak tahu. Tapi dia kata nama dia Bella Kim. "

Jaemin terkejut tatkala mendengar nama yang disebut Seoyeon. Nama yang diharap tidak akan muncul lagi dalam kamus hidupnya.

" Aku tak kenal dia. So, lepas ni kalau dia datang lagi, kata dekat dia aku tak kenal. " Tipu Jaemin.

Tidak mungkin dia akan memberitahu Seoyeon perkara yang sebenar tentang perempuan itu.

" Betul ke kau tak kenal ni? Dahlah lawa. " Soal Seoyeon curiga.

Takkanlah wanita itu kenal Jaemin, tapi Jaemin tak kenal dia?

Jaemin menghela nafas.

" Ya, sayang. Aku tak kenal dia. Kenapa susah sangat kau nak percaya aku? Hmm? "

Dengan perlahan tubuh Seoyeon ditolak ke dinding berdekatan. Muka Seoyeon memerah teruk. Jantungnya berdegup laju.

Bukan kerana posisi mereka sekarang.

Tapi kerana, dia baru tersedar yang Jaemin tidak berbaju. Dada kekarnya terpapar di hadapannya.

Seoyeon mendongak ke atas. Berusaha untuk tidak memandang ke arah... bahagian abdomen.

" Bodohlah! Dewa pun ada sixpacks ke?! " Seoyeon sudah menyumpah seranah di dalam hati.

" Kau tahu kan aku boleh dengar apa yang kau cakap dalam hati tu? " Dewa itu berkata sambil tertawa kecil.

" Yah. Tak payahlah baca! Kan privacy tu. " Seoyeon mendengus geram. Pipinya semakin memerah kerana malu.

" Tak tergoda, sayang? " Jaemin mengangkat sudut keningnya.

" Tch. Buat apa nak tergoda dekat kau? Baik tergoda dekat Saem Lee tu. Lagi handsome. " Sengaja Seoyeon mengusik Jaemin begitu. Ingin melihat reaksinya.

Hakikatnya, dia langsung tidak menyimpan perasaan terhadap gurunya itu. Dia juga menganggap bahawa Jaemin lebih kacak dari Saem Lee. Tapi dia tak mahu mengaku.

Dengan serta merta riak muka Jaemin berubah. Dia mengetap bibir.

" Siapa Saem Lee? "

" Oh. He's just my teacher. " Seoyeon tersenyum sinis.

" So, kau kata dia lebih kacak daripada aku? "

" Yup. " Seoyeon membalas. Hampir tergelak dia tatkala melihat wajah Jaemin yang tidak puas hati itu.

" Tsk. Lantak kaulah. "

Seoyeon agak kaget apabila Jaemin mengatur langkah menuju ke biliknya.

" Alahai. Dewa merajuk ke? Macam budak-budak. " Seoyeon tertawa kecil dengan perangai Jaemin.

" Nanti-nanti jelah aku pujuk. " Seoyeon bermonolog di dalam hati.

- - - -

Jaemin merebahkan badannya ke katil.

" Aku dewa yang paling kacak kot di antara semua dewa. Boleh pula dia bandingkan kekacakan aku dengan manusia? " Rungut Jaemin.

Sengaja dia pura-pura merajuk tadi. Nak Seoyeon pujuk je.

Jaemin baring di atas katil empuk itu sambil menutup matanya.

Fikirannya menerawang kepada perbualannya dan Lucas tadi.







《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now