✧══════•❁❀❁•══════✧
Grim Reaper
✧══════•❁❀❁•══════✧
Sudah seminggu berlalu. Seoyeon masih lagi terkurung di rumah agan itu bagai kucing yang terkurung di sangkar. Badannya semakin kurus.
Bukan kerana Mark tak bagi makan, tapi kerana dirinya sendiri yang menolak pemberian Mark itu. Selera makannya semakin hilang. Dirinya masih berharap agar Jaemin menyelamatkannya.
Seoyeon merenung ke luar jendela. Empangan air matanya sudah lama pecah. Air mata mengalir menuruni pipi. Entah bila dia boleh keluar dari sini. Tidak betah dia berlama-lama di tempat yang bagaikan neraka ini.
Mark melayannya seperti pelacur. Menyentuhnya sana sini tanpa kerelaan dirinya sendiri. Dia jijik. Dengan perangai bak binatang milik lelaki itu.
" Alahai... cengeng betullah. Menangis? Huh! Kau ingat dengan tanggisan tu kita orang akan melepaskan kau dengan mudah? "
Berdesing telinga Seoyeon tatkala mendengar kata-kata pedas itu. Tahu sangat dia dengan pemilik suara itu. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk tidak mengendahkan kata-katanya itu.
" Yah! Jangan abaikan kata-kata aku! "
Bella menarik rambut Seoyeon. Bengang kerana kata-katanya tidak dipedulikan. Macam bercakap dengan dinding. Seoyeon berdecit sakit tatkala rambutnya ditarik
" Jaemin takkan selamatkan kau, budak. Kau kena tipu dengan dia hidup-hidup. Sebenarnya, dia rapat dengan kau untuk gunakan kau. Tulah. Siapa suruh percaya orang sangat kan? Jaemin tu, dengan sebelah mata pun dia takkan pandang manusia biasa macam kau. Dia cuma pandang dewi macam aku. So, cukup-cukuplah berangan. Dia takkan selamatkan kau. "
Dengan sinis Bella berkata. Sengaja mahu meracuni fikiran Seoyeon.
" Kau menipu. Aku takkan percayakan kau. " Seoyeon menolak untuk mempercayai kata-kata Bella yang entah benar entah tidak itu.
Dia percayakan Jaemin sepenuh hatinya. Jaemin takkan menipunya.
" Lantak kaulah nak percaya atau tidak. Aku akan berkahwin dengan dia dan hidup bahagia. Kau? Kau boleh jadi pengasuh. Jaga bakal anak aku dengan Jaemin nanti. "
Bella mengakhiri kata-katanya dengan sinis. Akhirnya dia melangkah keluar dari bilik itu.
- - - -
" Bella Kim. Bukan ke aku dah cakap jangan kacau Seoyeon? Leave her alone. Apa yang kau tak faham? "
Soal Mark lalu mencerlung tajam ke arah dewi itu. Namun, dewi itu sedikit pun tidak gentar.
" Ala, aku geram. Sebab tu aku buat macam tu. Budak tu masih mengharapkan Jaemin tu. " Ujar Bella selamba.
" Tak kisahlah apa alasan kau. Jangan buat lagi sebab aku tak suka. "
Bella memutarkan matanya. Entah apa yang dewa perang itu suka sangat dengan manusia biasa itu. Dia pun tak tahu.
- - - -
Seoyeon merenung ke luar jendela. Melayani perasaannya sendiri. Kadang-kadang dia berharap agar Jaemin berada di luar jendela itu.
Pintu bilik itu yang dibuka secara tiba-tiba tidak menarik perhatian Seoyeon. Dia pasti itu pekerja Mark yang menghantar makanan buatnya.
" Cik, makan malam. "
" Saya tak ada selera. " Respon Seoyeon tanpa memandang ke arah si empunya suara.
Kelihatan orang itu mengeluh kecil. Tray makanan yang dibawanya diletakkan di atas kabinet yang berada di sisi katil.
" Kalau cik tak makan, Tuan Jaemin akan risau. "
Dengan serta merta Seoyeon menoleh. Memandang ke arah lelaki itu tatkala nama Jaemin meniti di belahan bibirnya.
" Jaemin...? "
Lelaki itu tersenyum lalu mengangguk.
" Ya. Cik jangan risau. Saya berada di pihak cik bukan Mark. Saya nak tolong cik keluar dari sini. " Terang lelaki itu.
" B-Betul ni? Awak tak tipu kan? " Soal Seoyeon curiga.
Lelaki itu menggeleng.
" Ya, saya berkata benar. Saya akan keluarkan cik dari sini esok malam. Tapi kita kena berhati-hati jika tidak mahu ditangkap. " Ujar lelaki itu.
" Sekejap. Siapa sebenarnya awak? " Soal Seoyeon. Baru dia perasan. Dia tidak tahu pun nama lelaki ini dan apa hubungan dia dengan Jaemin.
Lalaki itu tersenyum nipis sebelum berkata...
" Lee Jeno. Malaikat maut yang diutus oleh Tuan Jaemin untuk menjaga cik. "
••
•
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]