✧══════•❁❀❁•══════✧
Can You Understand My Feeling?
✧══════•❁❀❁•══════✧
Song:
Can You Hear My Heart - Epik High, Lee Hi
Silauan cahaya matahari yang menerombos masuk melalui tingkap kaca itu mengganggu lena Seoyeon. Kelopak matanya terbuka perlahan. Seoyeon menguap kecil.
Dahi Seoyeon berkerut apabila bahu kirinya terasa berat. Namun dia tersenyum kecil sebaik sahaja terpandang ke arah Jaemin yang tidur dengan kepala yang terlentok elok di bahunya.
Muka dewa itu ditiliknya. Tampak begitu tenang sekali Jaemin tidur sehingga dia pun tidak sanggup untuk menggaggu lenanya.
Entah kenapa... air matanya perlahan-lahan keluar menuruni pipi.
Inilah harinya.
Jaemin akan dibunuh oleh Mark hari ini. Tatkala mengenangkan hal itu, air matanya turun semakin lebat.
Bagaimana kalau Jaemin dibunuh?
Bersediakah dia untuk menerimanya? Untuk hidup tanpanya?
Selama ini, Jaemin lah yang menceriakan hari-harinya, menjaganya.
Dan yang paling dia tidak boleh lupa...
Ialah senyuman manis bak gula milik dewa itu.
Senyuman yang sentiasa membuatnya tenang dan menceriakannya.
Tidak terbayang hidupnya tanpa Jaemin. Pasti hidupnya akan jadi seperti dulu semula. Tidak disayangi, sentiasa dibuli, sentiasa rasa dipinggir.
" Hei, kau menangis lagi? "
Tanpa sedar, esakannya yang sayup-sayup kedengaran itu telah menyedarkan Jaemin dari lenanya.
Seoyeon terus menngesar air mata dengan ibu jarinya. Wajah Jaemin yang berada disebelah ditatapnya. Jaemin turut memandang ke arahnya.
Iris mata Jaemin yang berwarna coklat itu menikam anak matanya. Ya, berwarna coklat. Bukan lagi crimson red. Kehilangan kuasa membuatkan Jaemin kelihatan tidak ubah seperti manusia biasa.
" Muka kau semakin pucat. "
Seoyeon mengetap bibirnya. Muka Jaemin kelihatan lebih pucat daripada semalam.
" Aku tahu. Memang ini yang akan terjadi jika aku kehilangan kuasa. Aku boleh mati, jika ia berterusan. "
Jaemin berkata dengan suaranya yang kedengaran serak. Tangan Jaemin memegang tangan Seoyeon erat.
" Tapi aku tahu aku takkan mati. Kau nak tahu kenapa? "
" K-Kenapa...? "
Seoyeon memandangnya dengan air mata yang sudah bertakung. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak menangis di depan Jaemin.
" Sebab kau ada di sisi aku. Kau kekuatan aku. That's why. "
Kata-kata yang keluar dari belahan bibir dewa itu membuatkannya semakin sebak. Sebelum semuanya terlambat, Seoyeon mesti meluahkannya.
Ya, dia perlu meluahkan perasaannya sekarang.
" Jaemin, aku– "
Kata-kata Seoyeon dipotong dengan bunyi ketukan daripada tingkap kaca itu. Serentak mereka berdua memandang ke arah tingkap kaca itu.
Jaemin tersenyum nipis sebaik sahaja dia nampak Jeno dan Lucas berada di luar.
Tanpa teragak-agak, Jaemin membuka jendela itu lalu membenarkan mereka berdua masuk ke dalam.
" Kau dapat benda tu? " Soal Jaemin.
Lucas mengangguk. Dia mengambil sesuatu daripada kocek seluarnya. Sebentuk cincin berlambang ular.
" Aku berjaya curi kuasa kau semula daripada Ares. Tetapi nampaknya, dia dah guna separuh daripada kuasa kau. Kuasa dia juga semakin kuat sebab dia gabungkan kuasa dia dengan kuasa kau. " Terang Lucas.
" Tak apa. Kau dapatkan semula kuasa aku daripada Ares pun dah cukup baik. " Ujar Jaemin. Cincin itu disarung di jari manisnya.
" Kau pasti kau boleh berlawan dengan dia hari ni? Kondisi kau masih lemah, Hades. Kuasa kau memerlukan masa untuk sebati dalam diri kau. "
Jaemin menggelengkan kepalanya.
" Aku boleh, Zeus. "
" Jikalau peranglah yang abang aku inginkan, jadi peranglah yang dia akan terima. "
Sambungnya penuh tekad.
••
•
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]