✧══════•❁❀❁•══════✧
Go To The Hell
✧══════•❁❀❁•══════✧
Sudah dua minggu berlalu. Hubungan di antara Seoyeon dan Jaemin semakin akrab.
Hanat? Dia kena tahan di hospital selama sebulan setengah kerana patah kaki.
Siapa punya kerja? Mestilah si dewa itu. Walaupun sudah puas ditegah Seoyeon, namun Jaemin tetap juga nak membalas dendam dekat Hanat.
Nasib baiklah hanya patah kaki. Kalau diikutkan hati, nak saja Jaemin mencampak Hanat ke neraka paling dalam. Biar kena jilat dengan iblis-iblis di sana.
" Nak pergi mana? "
Jaemin memandang ke arah Seoyeon yang berada di belakangnya.
" Aku kena pergi 'tempat aku'. Ada banyak benda nak diuruskan. " Jawab Jaemin.
Seoyeon hanya mengangguk. Sejujurnya, dia harap Jaemin tidak meninggalkannya. Bukan apa. Dia cuma bosan kalau Jaemin tak ada.
Tapi dia faham. Tugas Jaemin sebagai dewa neraka merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Lelaki itu pastinya sibuk.
" Tapi, kalau kau nak sangat berkepit dengan aku 24 jam, aku bagi je kau ikut. Manalah tahu kau rindu aku tak ada. " Ujar Jaemin dengan senyuman mengusik.
" Jangan nak perasan sangatlah. Tak ada kerja aku nak rindu kau. " Balas Seoyeon lalu memutarkan matanya. Annoyed.
" Sure ni tak nak? Aku baru nak kenalkan kau dekat penduduk di sana. Biar mereka tahu, siapa bakal ratu mereka. "
Tanpa amaran Jaemin mendekatkan tubuhnya dengan Seoyeon. Jari telunjuk Jaemin menolak dagu Seoyeon ke atas agar mata mereka bertaut.
" Hisy, taknak lah. Kau pergi jelah. Tak perlu heret aku sana sekali. Dah, jauh sikit dari aku. Rimaslah! "
Seoyeon menolak Jaemin agar menjauh darinya. Jaemin pula sudah terkekek-kekek ketawa. Suka benar mengusik wanita di hadapannya itu.
" Okay then. I'll see you around 9. Kalau rindu, sebutlah nama aku dalam hati kau. Aku akan datang secepat yang mungkin. Bye! "
Belum sempat Seoyeon membalas, dewa itu sudah lesap dari pandangannya.
" Tch! Siapa nak rindu dia? "
- - - -
Pintu gerbang dibuka luas. Bagai menyambut kedatangannya. Jaemin mengukirkan senyuman sinis lalu melangkah masuk ke dalam kerajaan miliknya.
Sungguh dia rindu dengan kerajaan neraka miliknya. Rasa bahang di situ.
Suara jeritan milik manusia-manusia bergelumang dengan dosa itu menyapa gegendang telinga.
Mungkin kerana tidak tahan apabila kulit mereka dibakar dan dijilat oleh sang iblis.
" Kebelakangan ini, manusia semakin banyak masuk ke sini berbanding syurga? Aku tengok kebanyakan iblis di sini sudah kenyang dengan hati manusia berdosa. " Ujar Jaemin kepada pembantunya yang berada di sebelah.
Pembantunya itulah yang membantunya mengawal keadaan di neraka sepanjang dirinya berada di dunia manusia.
" Ya, tuan. Jumlah manusia yang masuk ke sini semakin ramai dari hari ke hari. Jikalau keadaan ini berterusan, penghuni di neraka mungkin akan mengalahkan bilangan penghuni di syurga. " Balas pembantu itu penuh hormat.
Jaemin tersenyum puas.
" Baguslah. Semakin ramai yang terjerumus ke jalan yang sesat. Aku suka. "
Sang dewa memasuki istana mewahnya.
Halaman istananya agak jelek dengan pemandangan jijik di mana iblis atau syaitan menjilat manusia berjiwa kotor sebagai santapan harian.
Namun di dalam, istananya itu merupakan istana tercantik berbanding semua kerajaan di situ. Rekaan dalamannya unik dan mewah berbanding istana di syurga.
Jaemin melabuhkan punggung di singgahsananya. Tongkat hitam berlambangkan ular itu tidak lepas dari tangan.
Cerberus(anjing berkepala tiga) yang menjaga pintu gerbang istana dilihatnya sedang meratah daging manusia-manusia yang cuba lari.
Nasib baik Seoyeon tidak mengikutnya. Jika tidak, wanita itu pasti akan muntah dengan pemandangan jijik yang terpapar.
" Tuan... "
Mata dan perhatian Hades tertumpu semula pada pembantunya.
" Ada dewa nak jumpa tuan. " Ujarnya.
Kening Jaemin terjungkit sedikit. Siapa pula yang ingin berjumpanya pada waktu begini?
" Benarkan dia masuk. " Arah sang dewa penuh dengan ketegasan dan dominasi.
•
•
•
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
أدب الهواةSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]