Chapter 13

1.8K 295 47
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

She's Back

✧══════•❁❀❁•══════✧





" Berhati-hatilah. Kerana Aphrodite masih mengejar cinta kau. "

Jaemin menjungkitkan keningnya hairan.

" Aphrodite? Maksud kau, Bella Kim? Bukankah dia sudah bertunang? Jadi apa yang perlu aku risaukan? " Ujar Si Hades.

Lucas menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

" Kau dah tersilap, Na Jaemin. Dia masih mengejar kau. Kau pun tahu kan yang dia dan tunang dia tu disatukan bukan atas dasar cinta pun. Jadi berhati-hati. Dia akan membahayakan nyawa manusia yang kau cinta sangat itu. " Ujar Lucas. Ada nada ketegasan di dalam suaranya. Menandakan bahawa dia benar-benar serius dengan apa yang dikatakan.

" Apa yang dia boleh buat? Kau sendiri tahu yang kuasa aku lebih kuat berbanding Aphrodite. Aku mampu jaga Seoyeon. " Bantah Jaemin.

" Jangan terlalu yakin, Jaemin. Aphrodite ni licik dan bersemangat tinggi. Dia akan berusaha untuk dapatkan kau dalam apa-apa cara sekali pun. Lagi-lagi selepas kau menolak cintanya mentah-mentah. Her dignity as a goddess of love, akan tercalar. " Terang Zeus dengan bersungguh-sungguh.

Jaemin menghela nafasnya perlahan.

" Kau tahu dia dekat mana sekarang? " Soal Jaemin.

" Aku dengar daripada dewi-dewi yang lain, Bella sudah bertolak ke dunia manusia. Kau kena pergi sekarang Jaemin. Aku tahu dia merancang untuk membunuh Seoyeon. " Suruh Lucas.

Jaemin menganggukkan kepalanya.

" Aku pergi dulu. Ada apa-apa hal, beritahu saja aku. "

- - - -

Seoyeon meregangkan badannya sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya.

Seoyeon keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

" Eh? Si dewa tu belum bangun ke? Biasanya dialah yang bangun paling awal. Takkanlah merajuk lagi kot? " Seoyeon bermonolog di dalam hati.

Seoyeon terus menyiapkan sarapan ringkas sebelum menuju ke bilik yang yang menempatkan Jaemin.

Pintu bilik diketuk lembut.

" Jaemin! Tak nak breakfast ke? " Seoyeon melaung dari luar.

Namun, Jaemin tidak membalas panggilannya. Seoyeon membuat keputusan untuk masuk ke dalam.

Tombol pintu yang tidak berkunci dipulas. Pintu dikuak perlahan. Jaemin yang sedang membalut seluruh badannya dengan selimut itu dipandang.

" Jaemin-ah. Bangunlah. Tak nak makan ke? " Seoyeon melabuhkan punggungnya di atas katil. Bersebelahan dengan Jaemin yang tidur... atau pura-pura tidur?

" Tak nak. Kenapa kisahkan aku? Pergilah dekat Saem Lee kau tu. Kau suka dia sangat kan? "

Kata-kata Jaemin yang menandakan bahawa lelaki itu masih dalam mood merajuk menyebabkan Seoyeon tertawa kecil.

" Alololo~ Dewa dari neraka pun merajuk ke? Macam budak-budak. Aku yang budak sekolah pun lebih matang daripada kau. "

" Ceh! Suka hati akulah kau. Tak nak pujuk sudah. Pergi jauh-jauh sana. " Jaemin menghalau. Dirinya masih berada di dalam balutan selimut. Langsung tidak mahu memandang ke arah Seoyeon yang berada di hadapannya.

Seoyeon memutarkan matanya.

" Yelah. Nak pujuk la ni. Kau nak apa? Aku akan tunaikan kalau aku mampu. " Akhirnya Seoyeon mengalah dengan dewa itu. Tapi mengalah tidak bererti kalah.

" Betul ni? " Jaemin keluar dari selimut. Dia tersenyum lebar sehingga ke telinga.

" Eh, tapi ingat. Aku takkan tunaikan permintaan yang mengarut. " Tegas Seoyeon.

Jaemin kelihatan sedang memuncungkan bibirnya.

" Ala. I was just thinking about making a lots of babies with you. "

" NA JAEMIN! "

" Hisy, jangan la marah. Gurau pun tak boleh. "

Jaemin kelihatan sedang berfikir sebelum tersenyum manis ke arah Seoyeon.

" Aku nak... "





" Kau date dengan aku hari ni. "


《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now