✧══════•❁❀❁•══════✧
Thank You
✧══════•❁❀❁•══════✧
" Jaemin! Jom main dekat sana! " Seoyeon menarik tangan Jaemin ke arah booth yang terdapat banyak anak patung.
" Macam mana nak main? " Soal Jaemin.
" Kau tengok aku main dulu. "
Seoyeon tersenyum. Dia memberikan sehelai duit kertas kepada lelaki yang menjaga booth itu.
Lelaki itu memberikan tiga bola kecil kepada Seoyeon.
" Kau baling bola ni dekat botol yang ada di depan tu. Kalau botol tu jatuh, ganjarannya patung tu. " Terang Seoyeon. Jaemin mengangguk faham.
Seoyeon membaling bola itu. Namun ketiga-tiganya tidak mengena.
" Hahaha! Kau tak pandai main la! " Jaemin tergelak terkekeh-kekeh ke arah Seoyeon.
Seoyeon memuncungkan bibirnya tanda protes.
" Yah! Janganlah gelakkan aku. Ramai yang tak lepas tau main benda ni sebab botol dia jauh sangat. Kau pandai sangat, kau try main. " Suruh Seoyeon.
" Oh, kau cabar aku? " Jaemin tersenyum sinis. Jaemin mengambil duit dari poketnya lalu diberikan kepada lelaki itu.
" Kau tengok cara orang pro main. " Jaemin membaling satu bola itu lalu membalingnya.
Dan secara tidak langsung, bola itu terkena tepat pada botol itu. Balingan kedua dan ketiga juga begitu.
Melopong mulut Seoyeon yang melihatnya.
" Daebak. Macam mana boleh kena? "
" Come on lah. Aku ni dewa neraka serba boleh tahu? Setakat main benda ni, tutup mata pun aku boleh. " Sudut kening Jaemin terangkat naik. Nak riak la tu.
Lelaki yang menjaga booth itu memberikan tiga patung bear yang berlainan corak kepada Jaemin. Jaemin menghulurkan patung itu kepada Seoyeon.
" Mwo? Kenapa kau bagi aku? " Soal Seoyeon.
" Hadiah untuk kau. " Jawab Jaemin pendek. Mata Jaemin melilau di sekitar funfair itu.
Taman hiburan itu sudah mula dipenuhi ramai orang.
Jaemin memegang tangan Seoyeon erat.
" Berada dekat dengan aku. Aku tak nak kau hilang. "
Entah kenapa Seoyeon tersenyum sendiri tatkala Jaemin berkata begitu.
" Jaemin. Jom pergi makan tu. " Seoyeon menarik tangan Jaemin ke booth yang menjual gula-gula kapas.
Jaemin pula hanya ikut sahaja ke mana Seoyeon ingin pergi.
Seoyeon memberikan duit kepada penjaja itu lalu dua batang cotton candy itu diambil.
" Nah. "
Jaemin mengambil gula-gula itu dari tangan Seoyeon. Dahinya berkerut.
" Apa benda ni? Kapas? Boleh ke makan kapas? Tak hadam nanti macam mana? "
Seoyeon tertawa kecil mendengar soalan-soalan Jaemin.
" Boleh makanlah. Tu gula-gula kapas namanya. Bukan kapas betul pun. " Terang Seoyeon.
" Oh. "
Jaemin menggigit sedikit.
" Sedap? " Tanya Seoyeon.
Jaemin mengangguk laju dengan seulas senyuman di bibir. Mukanya sekarang tidak ubah seperti budak polos yang mendapat gula-gula dari ibunya.
" Manis. I like it. "
Seoyeon tertawa kecil melihat perangai Jaemin yang seperti kanak-kanak kecil.
" Dahlah. Jom main dekat tempat lain pula. "
- - - -
" Jaemin. Thanks for today. Dulu, aku selalu pergi funfair dengan mendiang ibu bapa aku. Tapi sejak mereka tiada, aku dah lama tak pergi. " Ujar Seoyeon lalu tersenyum tipis.
Jaemin merenung ke arah Seoyeon. Mengamati kecantikan wanita yang duduk di sebelahnya itu dalam diam.
Jaemin membalas senyumannya.
" Aku tahu. Sebab tu aku nak ke sini. " Balasnya.
Seoyeon memandang ke arah muka Jaemin. Jaemin turut memandang ke arahnya. Iris mata mereka bertaut untuk seketika...
Sebelum seseorang menugur mereka lalu memusnahkan suasana romantis di antara mereka berdua.
" Seoyeon? Is that you? "
••
•
YOU ARE READING
《C》HADES | 나재민
FanfictionSiapa dia? Dia Na Jaemin. Sang dewa daripada dunia bawah. ↻ 나재민 - 민서연 fanfiction #1 in najaemin [ 06072020 ] #1 in jaemin [ 13052021 ] #1 in fanfiction [ 14052021 ] #1 in nctdream [ 15062021 ] #1 in greekgod [ 07072021 ] #1 in marklee [ 11082021 ]