Chapter 33

1.5K 260 61
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

Why Don't You Keep Breathing?

✧══════•❁❀❁•══════✧

Song:

Breath - Lee Hi





" LEE JENO! APA KAU DAH BUAT?! AKU PERCAYAKAN KAU UNTUK JAGA SEOYEON! "

Bergema satu rumah tatkala Jaemin menengking malaikat maut di hadapannya itu. Urat di leher Jaemin jelas kelihatan. Menandakan bahawa dewa itu benar-benar marah.

Sekujur tubuh Seoyeon dibaringkan ke pahanya. Bahagian belakang badan Seoyeon yang ditembak itu Jaemin tekup dengan tangannya.

Air mata Jaemin mengalir tidak henti sehingga setitis air matanya jatuh di pipi Seoyeon. Sedih. Sedih hatinya tatkala melihat keadaan Seoyeon yang basah dengan darah.

Dia sudah gagal.

Dia sudah gagal dalam melindungi Seoyeon. Orang yang paling dia sayang.

" Maafkan saya... Tuan. Dia terlepas. "

Ujar Jeno kesal. Dia menunduk ke arah Jaemin tanda memohon maaf atas kecuaiannya.

Jaemin meraup rambutnya kasar. Cecair jernih itu masih mengalir di pipinya. Tiba-tiba... dia dapat merasakan sentuhan hangat daripada seseorang di pipinya.

Jaemin memandang ke arah Seoyeon yang berbaring di pahanya. Seoyeon... menayangkan senyuman tipisnya ke arah Jaemin.

Jaemin terdiam seribu bahasa.

Dalam keadaan yang sebegini pun... wanita itu masih mampu menayang senyum.

" J-Jangan... salahkan J-Jeno, Jaemin. Saya... yang salah. Saya yang... selamatkan awak. " Terketar-terketar suara Seoyeon saat dia berkata-kata.

" Kenapa... awak buat macam tu? S-Saya... yang sepatutnya mati. Bukan awak. Why...? " Jaemin menyoalnya semula. Kesedihannya tidak dapat diselindung lagi.

" Saya tak sanggup... untuk tengok awak mati. Saya lebih rela... gantikan tempat awak... daripada melihat orang yang saya sayang mati di depan saya. "

" Tapi awak tak pernah fikir perasaan saya. Saya... tak mahu melihat orang yang saya sayang mati di depan saya juga. " Balas Jaemin. Esakannya semakin kuat kedengaran.

" Shh... Jaemin. Jangan menangis lagi. Saya nak rehat. Tapi saya tak boleh rehat dengan tenang jika awak terus bersedih begini. "

Pujuk Seoyeon. Mulutnya mengeluarkan sedikit darah. Kondisi badannya semakin lemah.

Dia sudah tidak lama...

Hati Jaemin remuk-redam menahan kekecewaan. Deraian manik-manik putih masih menitis di pipi. Tidak mahu berhenti. Dia mengerti sangat dengan perkataan 'rehat' yang dimaksudkan oleh Seoyeon.

Satu perkataan biasa. Tetapi mengandungi maksud tersirat yang memilukan.

" Sudah tercatat dalam suratan takdir, Jaemin. Kita tidak boleh bersama sekarang. Tapi saya berharap sangat yang takdir akan menemukan kita di kehidupan yang seterusnya. "

" A-Andwae... please... bertahan sikit sahaja lagi. Keep breathing, sweetheart. Please... " Tangan sejuk milik Seoyeon dipegang erat olehnya.

Tangan dingin itu dikucup berkali-kali dwngan seribu satu kesedihan tersemat di dada.

Seoyeon turut tersenyum. Tanpa disedari, air matanya juga turut menitis tatkala melihat Jaemin.

" S-Saya... nak rehat sekarang... Jaemin. Saya penat. Penat menanggung kesakitan ini. Terima kasih... untuk segalanya. Saya tidur dulu ya... Jaemin. "

Serentak dengan kata-kata itu, Seoyeon menutup matanya rapat lalu menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Jaemin.

" T-Tak... awak bergurau dengan saya sekarang kan, sayang...? Bangunlah. Jangan bergurau lagi. Hikss... "

Bibir Jaemin bergetar menahan tangis. Dia menepuk perlahan muka Seoyeon. Berharap agar wanita itu membuka matanya. Namun hampa.


Wanita itu sudah pergi.

Buat selama-lamanya.

" Lucas... kau kena tolong aku. Hidupkan dia semula... Lucas. "

Lucas menghela nafasnya perlahan. Dia memandang ke arah Jaemin sambil mengetap bibirnya.

" Maaf, Hades. Tak ada apa-apa yang aku boleh lakukan untuk hidupkan dia semula. Ares telah menembaknya dengan pistol terlarang daripada kerajaan dewa-dewi. "

" Kau kena terima hakikat, Hades. Seoyeon... sudah pergi. Tak ada apa-apa yang kita boleh buat untuk menghidupkan dia kembali. "

Sambung Lucas. Bahu dewa itu disentuh. Ingin menyalurkan kekuatan buat dewa itu setelah kehilangan orang tersayang.


" Tak. Masih ada satu cara yang aku boleh buat. "

Jaemin memandang ke arah Lucas dengan serius. Lucas membulatkan matanya. Dia begitu mengerti dengan apa yang dimaksudkan Jaemin.

Dia tahu... cara apa yang mahu diguna Jaemin untuk menghidupkan semula Seoyeon.

" Yah, kau gila? Kau nak guna cara tu? Seriuslah kau ni?! "

Nada suara Lucas naik seoktaf. Begitu terkejut dengan dengan keputusan yang dibuat Jaemin.

Jaemin mengagguk tanpa teragak-agak.

" Tolonglah, Zeus. "

Lucas mengeluh kecil.

" Kau pasti dengan keputusan kau, Hades? " Soalnya.

" Ya, aku pasti. "

" Baiklah... "






" Permintaan kau, akan aku tunaikan. "









《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now