Chapter 25

1.4K 259 32
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧══════•❁❀❁•══════✧

Hear Me Out

✧══════•❁❀❁•══════✧






" Dia dewa neraka. Tapi dia, seribu kali ganda lebih baik daripada dewa perang macam kau. " Sindir Seoyeon dengan pedas.

Dia sudah tahu identiti Mark yang sebenarnya semasa dia pergi date dengan Jaemin semalam. Jaemin telah memberitahu kesemuanya.

Tak sangka. Guru muda itu yang selama ini disangka baik, rupa-ripanya ada agenda yang tersendiri.

" Aku tak faham. Aku suka kau dulu. Aku suka kau nak dekat bertahun-tahun. Tapi Jaemin hadir di dalam hidup kau tak sampai berbulan-bulan pun. Kau tertarik dengan dia? "

" Kau nak tahu kenapa? Sebab keperibadian Jaemin jauh lebih bagus daripada kau. Kau sedar tak dengan cara ni, kau hanya membuatkan aku semakin benci dekat kau. " Balas Seoyeon tegas.

Mark berdecit tidak suka. Dia tidak suka dibandingkan dengan dewa neraka itu. Egonya bagaikan tercalar.

" Kau akan tahu akibatnya kalau kau menolak aku, Min Seoyeon. "

Hanat terjerit kecil tatkala lengannya ditarik Mark. Sebilah pisau tajam diletak tepat di lehernya.

" Yah! Apa kau buat?! Lepaskan dia! " Suruh Seoyeon. Terketar-ketar badannya kerana takut.

" Why should I? Dia dah bunuh orang. Dia dah bunuh Son Hyunji. Senior di sekolah kau. " Mark berkata dengan senyuman sinis masih lekang di belahan bibirnya.

Seoyeon membulatkan matanya. Wajah Hanat dipandang dengan riak muka terkejut.

" B-Betul ke... ? "

Hanat menggelengkan kepalanya laju. Air mata mengalir di pipinya.

" T-Tak... Aku dipaksa! "

Seoyeon memandang pula ke arah Mark dengan penuh kebencian.

" Hmm... Aku mengaku, memang aku yang paksa. Tapi bukan salah aku. Son Hyunji reject aku. Jadi itulah balasan yang dia dapat. Kalau kau reject aku juga, kau akan mendapat balasan yang sama, sayang. So, think wisely. "

Balas Mark dengan selamba. Baginya membunuh itu merupakan perkara biasa. Dia sudah biasa membunuh di medan perang.

" Kau gila, Mark. Kau tak tak ada hati perut. Kejam. " Ujar Seoyeon dengan geram. Semakin bertambah kebenciannya terhadap Mark.

" Ya. Aku memang gila. Sebab tu aku mampu buat begini. "

Dengan selamba, pisau yang berada di tangannya itu mengelar leher Hanat sehingga mengeluarkan darah merah pekat dengan banyak. Hanat rebah ke lantai.

Seoyeon menekup mulutnya. Air mata bergenang di tubir mata. Terkejut dengan kejadian yang baru sahaja disaksikannya tadi.

Hanat... Mati kerananya. Jika bukan kerana mulutnya yang lancang menyumpah seranah Mark tadi, pasti Hanat masih hidup.

" Aww~ cheer up, honey. Aku dah bunuh orang yang pernah membuli kau dengan teruk. Orang yang kau benci. Kau sepatutnya berterima kasih dekat aku. Kenapa menangis? " Mark mengesat air mata itu dengan ibu jarinya.

" Jaemin... please. Help me. " Monolog. Seoyeon di dalam hati.

" Tak ada guna kau memanggil dia melalui batin kau, Seoyeon. Dia takkan dengar. Sebab aku dah sihir kau. Kau takkan ada sebarang contact dengan Jaemin. Dia takkan dapat mencari kau. " Mark berkata dengan nada sinis.

Maka, semakin lebat air matanya mengalir.

" Aku nak keluar sekejap. Behave okay? " Kepala Seoyeon diusapnya.

Sebelum Mark melangkah keluar dari bilik itu, dia menyuruh bodyguard yang diupahnya itu untuk menguruskan mayat Hanat.

Mayat Hanat diheret keluar. Hampir termuntah Seoyeon tatkala melihat keadaan Hanat itu.

Pintu ditutup rapat. Seoyeon berseorangan di dalam bilik itu.

Seoyeon mengalihkan pandangannya ke luar tingkap dengan air mata yang masih bersisa.

" Jaemin can you hear me? Please save me... "

Dia tahu yang Jaemin tidak boleh mendengar kata hatinya. Tetapi dia tetap berbuat begitu. Berharap yang Jaemin akan mendengar rintihannya.






《C》HADES | 나재민Where stories live. Discover now