Dan hari itu tiba juga.
"Yona dan Watie jaga diri tau. Nanti ada masa, jalan-jalan je pegi sini.."
Tiada airmata dititiskan Yona Fella. Hatinya pilu bila terpaksa berpisah sementara dengan kekasih hatinya. Tiada pelukan. Tiada ciuman. Hanya berjabat tangan. Berlakon hanya sebagai pekerja dan majikan.
"Hati-hati tau.. Call abang kalau dah sampai airport KK.." Pesannya sebelum mereka melangkah masuk ke dalam bas.
"Baik bang.. Kitorang naik dulu tau.." Watie meminta diri. Yona Fella tetap berdiam diri. Dia tahu Danial merenungnya dalam diam. Dia tidak mampu membalas pandangan mata itu.
Semalam itu seakan masih belum puas baginya. Ingin sahaja dia kekal di dalam pelukan lelaki itu.
"Yona.. Jaga diri.." Perlahan suara Danial. Ikutkan hati, mahu dikucupnya bibir munggil itu. Mahu dipeluknya tubuh montok itu. Tetapi apakan daya. Masa dan tempat tidak mengizinkan.
Dihulurnya tangan untuk berjabat. Yona Fella menyambutnya.
"Yona jalan dulu.." Segera ditariknya tangan itu dan terus naik bas tanpa menoleh Danial lagi.
"Sayang.. Abang akan tunggu sayang.."
YOU ARE READING
Dua Belahan Jiwa
Randomkenyataan yang amat menyakitkan.. Sebab percaya kau kecewa.. mungkin kau buta.. mungkin dia yang buta.. Hidup tanpa didikan agama, tanpa dipeduli orang tua sememangnya sukar. Kehidupan menjadi terumbang-ambing. Banyak duit pun tidak berguna jikalau...