Kembar

19.1K 71 16
                                        

"Lala apa khabar?" Tanya Mak Mah.

"Alhamdulillah sihat.." Jawab gadis itu.

Mak Mah meneliti wajah itu. Sama. Hanya tahi lalat di bawah kening sahaja membezakan mereka.

YONA FELLA & YANI CELLA

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

YONA FELLA & YANI CELLA

"Mama dengan papa mana?" Soalnya.

"Ke Italy.. Ada urusan katanya.. Lala makan sini ye.. Mak Mah masakkan Lala.."

"Yona?" Gadis itu terusan bertanya.

"Yona ke Sabah.. Hujung minggu ni baliklah dia.. Emmm.. Lala lama kat sini?" Soal Mak Mah sambil mengeluarkan bahan-bahan dari peti ais untuk dimasak.

"Sebulan je Mak Mah.. Lepas tu balik ke Turki dah.." Jawabnya lemah.

"Apa khabar Puan Mariam?"

"Alhamdulillah sihat.. Tapi daddy dah 2tahun meninggal dunia. Serangan jantung.."

"Innalillahwainalillahirojiun.."

Mak Mah terimbau masa lalu.

Mereka dipisahkan ketika mereka berumur 11tahun.

Mariam, adik kepada Datin Zameera mengalami kemurungan selepas anak tunggal perempuannya yang sebaya dengan si kembar meninggal dunia akibat demam panas. Datin Zameera tidak sanggup melihat kakaknya dalam keadaan begitu. Diserahkannya dengan berat hati salah seorang daripada anak kembarnya. Yani Cella. Yani Cella berpangkat adik tapi dia lebih matang dari Yona Fella. Dia akan mengalah bila berdepan Yona Fella.

Yani Cella mudah diurus berbanding Yona Fella. Yona Fella sedikit cerewet. Kemahuannya mesti dituruti. Semua mesti sama. Baju, rambut, bag, semuanya. Yona Fella seorang anak dan kakak yang manja.

Mak Mah juga teringat insiden beberapa tahun yang lalu itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Mak Mah juga teringat insiden beberapa tahun yang lalu itu. Yona Fella demam selama seminggu selepas mereka dipisahkan. Sewaktu Yani Cella diambil Bryan, suami Mariam, Yona Fella meraung. Ingin dikejarnya kembarnya, tapi ditahan orang tuanya. Yani Cella pada ketika itu tenang. Dipeluknya kakak kembarnya.

"Suatu hari nanti  Lala akan cari Yona.. Okay.."

Hati Mak Mah sayu melihat mereka.

Ringggggg...

Telefon rumah yang salah satunya diletakkan di ruang dapur itu berbunyi.

Mak Mah.. Besok Yona balik..

Kenapa nak?? Yona sakit?

Tuuuuttttt..

Panggilan dimatikan.

"Kenapa Mak Mah?" Yani Cella kelihatan cemas selepas mendengar nama kembarnya disebut.

"Besok Yona balik.."

"Takpe.. Biar Lala jemput dia kat airport.."

"Mak Mah ikut ek.." Pinta orang tua itu.

"Okay Mak Mah.."

Yani Cella tidak sabar. Dia rindu cerminnya yang sebenar.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


**yuhuuu.. Yona ada 2orang.. Ehhhh.. Tu bukan Yona.. Tu Yani.. 😘😘😘

Dua Belahan JiwaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang