Merindui

8.9K 75 4
                                    

"Takkan aku kena pegi rumah dia? Dibuatnya ada Yona kat sana.. Hmmmmm..  Baby Yani.. I miss you so much.. Kenapa kau mengelak kelmarin?"

Jack gelisah. Sudah lama dia mencari 'kekasihnya' itu.

Kenangan manis mereka sewaktu di Pulau Mabul Semporna itu masih segar di ingatannya. Selepas Yani Cella, tiada gadis lain lagi di hatinya. Hanya Yani Cella.

"Aku akan menemui kau..  Aku takkan lepaskan kau kali ni.. You're mine Yani Cella.."

*******

"Mak Mah.. Masak apa hari ni?" Tanya Yani Cella.

"Ni masak lemak pucuk ubi ngan ikan bakar berempah.. Yona dan Edy nak makan sini malam ni katanya.."

"Wow.. Sedap!!! Eh Yona ni malas masak ke apa sampai suruh Mak Mah masak..?"

Mak Mah tergelak kecil.

"Lala ni kan.. Yona kata tadi dia nak kongsi berita gembira.. Tu yang dia minta macam-macam.."

"Berita gembira? Wow.. Lala macam boleh terhidu sesuatu.."

"Mak Mah pun macam dah boleh agak dah.."

"Kan Mak Mah.. Ehhh.. Mama ngan papa join sekali?"

"A'ah.. Mestilah.."

"Yeahhh!!! Perfect!!!!" Yani Cella teruja.

"Hmm belum lagi laaaa.. Lala bila lagi?" Usik Mak Mah.

Yani Cella terdiam. Serta merta riak wajahnya berubah. Dia teringat kejadian kelmarin.

"Lala.. Lala okay?" Soal Mak Mah.

"Mak Mah, Lala nak terjun kolam.. Panas.."

"Hah??? Hmmm.. Pegilaaaa.."

Yani Cella melangkah meninggalkan wanita tua itu di dapur.

Direnungnya kolam renang itu. Dia duduk merendam kakinya.

Terkenang kembali kenangan indah itu.

"I love you Baby Yani.. I akan tunggu you.. I know you love me too.. I can feel it baby.."

Ciuman hangat Jack seakan masih terasa. Dakapan mesranya juga. Sungguh dia merindui lelaki asing itu.

Dia merindui setiap perlakuan mereka sewaktu di sana. Walaupun pada permulaan hanyalah untuk penyamaran, tetapi akhirnya dia sendiri terperangkap dengan perasaannya sendiri.

"Jack, I miss you.. Really miss you.. Tapi kau dah ada kekasih.."

Airmatanya menitis lagi.

Dua Belahan JiwaWhere stories live. Discover now