Hubungan

8.6K 59 8
                                    

Yani Cella bersyukur bila hubungan antara dia dan keluarga kandungnya bersatu aman semula. Puan Mariam meninggal dunia kerana serangan jantung setahun yang lalu. Tetapi Yani Cella tetap menetap di Turkey kerana meneruskan perniagaan butiknya di sana. Hanya akan balik ke Malaysia bila urusannya semua selesai.

Kehidupannya tanpa wujud insan bernama kekasih membuatkan dia sentiasa fokus akan kerjanya.

Cinta itu sebenarnya ada tetapi belum tiba waktunya untuk dia mengungkapkan rasa cinta itu. Dia percaya akan jodoh.

*******

"You nak ke mana?" Soal Danial kepada Ruhaila.

"Nak keluar kejap ngan Mary dan Julia.."

"Jaga baby dalam kandungan tu.."

"Okay B.. I jalan dulu.."

"Baby.. Hujung bulan kita balik KL.. Edy nak kahwin.."

"Wow.. Dengan siapa??? Syukurlaa B.."

"Entahlaaa.. Model dari  Jepun kot.." Jawab Danial sinis.

Hubungan mereka memang sentiasa dingin. Jarang bertemu. Jika bertemu pun, pasti akan berlaku pertengkaran.

"Hmmm you ni.. Dahlaa tu.. Mary dah chat I ni.. I jalan dulu.."

Danial hanya melihat gerak langkah isterinya yang sedang hamil 5bulan.

******

"Mak Mah.. Masak apa?" Tanya Yona Fella.

"Hari ni Mak Mah nak buat menu masakan kampung.."

"Yona nak belajar.. Boleh..?"

"Issshhh.. Apa pulak tak boleh.. Lagipun Yona kan dah nak jadi isteri orang.. Haaaa pegilah mandi dulu, Mak Mah tunggu.."

"Okay!!! Tunggu tau.."

"Yelaaa.." Mak Mah tersenyum dengan gelagat Yona Fella yang berlari budak menuju masuk ke biliknya.

"Haa kenapa Yona tu Mak Mah?"

Datin Zameera tiba-tiba muncul bertanya.

"Nak belajar masak katanya.."

"Yona ni ada-ada je.. Nak kahwin dah pun perangai masih budak-budak.. Hmm.. Yona  ada call Lala tak?"

"Tak taulah pula.. Hmm.. Nanti saya tanyakan Yona.."

"Ni Mak Mah.. Saya dengan Dato nak keluar kejap.. Nak cari barang untuk majlis tu nanti.."

"Baiklah Datin.."

*****

"Aku mesti cari kau kembali Yani Cella.."

Dua Belahan JiwaWhere stories live. Discover now