Bersalah

8K 60 8
                                    

"Ehh.. Abang Danial bila sampai??" Tanya Watie terkejut sebaik sahaja dia tiba di rumah Datin Aliah itu.

"Kelmarin.." Jawabnya pendek. Sebenarnya terlalu banyak perkara hendak ditanyakan kepada adik saudaranya itu.

"Kak Ruhaila tak ikut serta?" Soal Watie lagi.

"Tak.. Maybe bulan depan kot.." Jawabnya.

"Abang.. Abang tak nak jumpa Yona? Yona sakit.. Pucat muka dia bang.. Kesian.."

Danial tersentak. Dipandangnya wajah Watie.

"Yo..yona ka..kat mana sekarang?" Bergetar suara Danial. Gagap.

"Kat rumah dialaaa.. Abang nak lawat?? Watie temankan.."

"Emmm.. Nantilah.." Entah mengapa Danial tiba-tiba merasa tidak selesa.

Dia merindukan gadis itu. Terlalu merindukannya.

"Boleh minta alamat Yona?"

"Ok.. Nanti Watie hantar location okay.."

"Watie, nanti bagi kat mama ye.." Datin Aliah mengirimkan bubur kacang buatannya untuk adiknya.

"Okay Aunty.. Eh.. Abang Edy mana? Lama tak nampak.."

"Hmmmm.. Abang Edy kamu tu susah nak cakap Watie.. Susah sangat nak berbaik dengan Abang Danial kamu ni.. Sikit-sikit nak bertengkar.." Adu Datin Aliah. Danial hanya tunduk diam. Bukan memikirkan tentang apa yang dibicarakan ibunya dengan Watie, tetapi tentang Yona Fella. Gadis pujaan hatinya.

"Sayang.. Abang rindukan sayang. Maafkan abang.."

********

"Yona, besok kita pegi hospital okay.. Ada hal nak bincang dengan doktor.. Aku tak nak papa dengan mama tau pasal hal kau ni.. Biarlah ni jadi rahsia kita.. Mak Mah pun setuju kalau hal ni kita rahsiakan.."

Yona Fella hanya diam. Hatinya masih sakit dengan Danial yang menipunya. Gara-gara kecurangan Danial, dia mengalami keguguran. Tidak cukup dengan itu, Watie baru saja mengkhabarkan padanya tentang perkahwinan Danial dan bekas jandanya.

"Kenapa hal ni terjadi kat aku??!!!!"

Dia menangis lagi. 

Yani Cella hanya mampu merenungi Si Kembarnya.

Dua Belahan JiwaWhere stories live. Discover now