kenyataan yang amat menyakitkan.. Sebab percaya kau kecewa.. mungkin kau buta.. mungkin dia yang buta..
Hidup tanpa didikan agama, tanpa dipeduli orang tua sememangnya sukar. Kehidupan menjadi terumbang-ambing. Banyak duit pun tidak berguna jikalau...
Edy.. Baliklaaa nak.. Papa tak marah dah tu.. Baliklaaa..
Emmm.. Tengoklah nanti.. Edy nak berdikari ma.. Edy bukan tak nak ikut cakap papa.. Tapi Edy memang tak minat nak ceburi bidang tu..
Ye Edy.. Mama tau.. Mama tak kisahpun.. Edy balik ye.. Mama tunggu..
Tengoklah ma.. Okay laa ma, kejap lagi Edy nak bertolak ke Philippines ni.. Assalamualaikum..
Edry Mann, 22. Seorang anak orang kaya tetapi suka berdikari dan rendah diri. Penampilannya yang bersahaja tidak menampakkan jikalau dia orang berada. Ada seorang abang yang bekerja bersama ayahnya. Baru tamat belajar di sebuah kolej swasta. Berminat dengan peragaan dan melancong bersendirian. Kuat merokok dan berpakaian sempoi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pernah bercinta tetapi hubungan tidak kekal lama. Ayahnya menentang hubungannya dan kekasihnya disebabkan darjat. Kecewa dengan itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari keluarga dan hidup berdikari. Mempunyai gaji sendiri dengan part time menjadi free-lance model di sebuah agensi peragaan.
Bila ada masa terluang, dia akan keluar melancong kemana-mana pun yang dia ingini. Jepun, Jakarta, Filipina dan banyak tempat lagi. Dia puas.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tidak hairanlah dia terjumpa Yona Fella di lapangan terbang tempoh hari. Dia baru balik dari melancong di Kundasang, Sabah. Salah satu tempat menarik yang terdapat di negaranya sendiri.