"Hello my mirror!!!" Yani Cella kelihatan sangat teruja bertemu kembarnya Yona Fella. Mereka berpelukan lama.
"Selamat pengantin baru Yona.. Jadi wife yang baik tau.." Entah mengapa hatinya tiba-tiba berasa sayu.
"Thanks.. Eh.. Malam ni kita tidur sama-sama tau.. Aku dah minta izin dengan Edy.. Ada benda aku nak cerita.." Yani Cella perasan jika riak wajah Yona Fella berubah sedih.
"Okay.. Cerita tau.."
"Yona.... Lala.. Jom makan.. Mak Mah masak special.. Udang Butter, ikan bawal goreng, ayam goreng.. Ahh banyaklah lagi.. Mari.." Mak Mah tiba-tiba muncul.
"Wow!!! Yummy!!!" Jerit kembar itu serentak.
Mereka menikmati makan malam itu.
*******
"Hah.. Apa cerita?" Tanya Yani Cella tidak sabar.
"Danial and Edy adik beradik.."
"Whattttt?????? Wait.. Wait.. Boleh tolong ulang balik apa kau cakap tadi..?" Yani Cella langsung terperanjat.
"Yes Lala.. Dorang tu adik beradik.." Yona Fella kelihatan kusut.
"Danial ada cakap apa-apa kat engkau?? Kat Edy???"
Yona Fella menggelengkan kepalanya.
"Hati-hati Yona.. Danial tu psycho.."
Yona Fella tersentak.
"Ermmm.. Engkau ni macam kenal je ngan Danial.." Yona Fella mengusik.
Yani Cella hanya diam. Dia bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini.
"Lala.. Aku tengok kau yang gelisah.. Rasanya aku yang ada masalah ni.."
Yani Cella terketawa mendengar ayat kembarnya. Ya. Memang dia gelisah. Walaupun sudah berlaku beberapa tahun yang lalu.
"Jack.. Kau kat mana?" Bisik hati kecil Yani Cella.
"Lala.. Yuhuuu.. Amboi.. Termenung.."
Yani Cella tersentak dari lamunan.
"Aku risaulah kalau Danial cerita kat husband aku pasal kejadian lama tu.." Jelas terpampang kerisauan di wajah manis Yona Fella.
"Rilek.. Aku ada dengan kau.. Kau jangan risau okay.." Yani Cella juga menduga hal yang sama.
"Lala.. Kau ada boyfriend kat Turkey?" Soalan Yona Fella membuatkannya terdiam.
Memang ramai jejaka ingin mendekatinya, tetapi ditolaknya halus. Kerana di hatinya sudah ada tersemat satu nama. Jack.
Yani Cella hanya menggelengkan kepalanya.
"Yona, kalau aku bagitau kau sesuatu, kau tak kisah?"
"Eleh.. Kau belum cerita lagi, kisah apanya aku?" Yona Fella terketawa.
"Hahahaa.. Yelaaa.. Nantilah.. Kau dah call Edy?"
"Dah chat.. Dia ada photoshoot malam ni.. Tula aku ambil kesempatan spend time dengan kau.."
"Oooo.. Eh.. Wife si Danial tu ada?"
"Ada.. Tengah pregnant.."
"What???"
"Eh.. Suami isteri kan.." Yona Fella tersenyum sinis.
"Memang sesuailaaa.." Yani Cella teringat kisah di Semporna, Sabah.
"Lala, kalau sekiranya Danial ceritakan Edy hal lama tu, macamna?"
"Eh dahlaaa tak payah fikir.. Kalau Danial cerita, haaa biarlah.."
Membulat mata Yona Fella merenung tajam tepat ke wajah Yani Cella.
"Woi.. Gila apa?? Tak pasal-pasal bercerai-berai aku!!"
"Amboi mulut kau boleh tahan longkang aaaaa.. Kau ni Yona, don't worry.. Aku ada.. Aku akan tolong kau.. Lagipun Danial tak tau kita twins.. Remember that.."
"Thanks Lala.. I love you.." Dipeluk erat kembarnya itu.
"Welcome my mirror.. Love you too.."

ANDA SEDANG MEMBACA
Dua Belahan Jiwa
Casualekenyataan yang amat menyakitkan.. Sebab percaya kau kecewa.. mungkin kau buta.. mungkin dia yang buta.. Hidup tanpa didikan agama, tanpa dipeduli orang tua sememangnya sukar. Kehidupan menjadi terumbang-ambing. Banyak duit pun tidak berguna jikalau...