"Apa khabarnya budak Yona tu..? Dah sihat?"
Edry Mann teringatkan Yona Fella.
"Hmmm.. Aku manada nombor fon dia.. Rumah dia pun aku tak tau kat mana.."
"Camna aku nak cari dia ek...?"
Edry Mann malam itu sukar melelapkan matanya. Dia terbayang wajah gadis itu ketika pertama kali melihatnya di lapangan terbang. Pucat. Tidak bermaya.
"Dia baru sahaja mengalami keguguran.." Kini kata-kata doktor itu pula terngiang-ngiang di cuping telinganya.
"Yona belum berkahwin.." Kata-kata wanita itu pula berganti.
Edry Mann merebahkan diri di tilam empuknya.
"Aku tak tau apa yang ada dengan kau ni.. Ada something special.. Aku nak kenal kau lebih dalam lagi.. Aku akan cari kau sampai jumpa.."
Dan dia pada akhirnya terlena jua.
********
Edy, abang kamu dah nak balik Sabah ni..
So????
Kalau iyapun, pegilah jumpa dulu.. Sampai bila nak bertengkar??
Dahlaaa ma.. Edy masih mengantuk ni.. Kirim salam je dengan abang..
Datin Aliah kecewa. Kecewa dengan kegagalannya sendiri untuk menyatukan kedua puteranya.
******
"Mak Mah, lusa ni Lala dah balik Turki.. Tengok-tengokkan Yona.. Insyaallah, ada masa terluang nanti, Lala akan balik jenguk Yona.. Hmm, jangan bagitau mama dengan papa tau Lala ada kat sini."
"Baiklaa Lala.. Dah gitau Yona?"
"Belum lagi Mak Mah.. Nantilaaa.. Taulah Yona tu.. Nanti pandailah Lala cipta alasan.."
"Haaaa.. Sesuailaaa tu.. Lala tidur kat sini malam ni?"
"Ye Mak Mah.. Okaylaa Mak Mah, Lala nak pegi halaman jap.. Nak call mommy.."
Yani Cella segera menghubungi Puan Mariam.
Assalamualaikum mommy..
Walaikumsalam.. Lala lama sangat tak call..
Eh yeke.. Rasanya semalam Lala call mommy. Ehh.. Setiap malam lah... Mommy ni kannn..
Yani Cella tertawa kelucuan. Ibunya juga sama.
Mommy, emmm.. Tempoh Lala kat sini dilanjutkan lagi 2minggu..
Lama Puan Mariam terdiam.
Mommy.. Mommy..
Yani Cella tahu ibunya sedih mendengarnya.
Mommy.. Okay.. Lala janji kalau kerja siap awal, Lala balik okay.. Lala rindu mommy..
Baiklah nak.. Lala jaga diri tau.. Ingat.. Mommy sayang Lala..
Assalamualaikum mommy..
Walaikusalam..
Yani Cella berasa serba salah membohongi ibunya. Namun apakan daya dia mempunyai rencananya yang tersendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dua Belahan Jiwa
Ngẫu nhiênkenyataan yang amat menyakitkan.. Sebab percaya kau kecewa.. mungkin kau buta.. mungkin dia yang buta.. Hidup tanpa didikan agama, tanpa dipeduli orang tua sememangnya sukar. Kehidupan menjadi terumbang-ambing. Banyak duit pun tidak berguna jikalau...