Hilang

9.3K 81 9
                                    

Edry Mann sebak bila melihat bawang-bawang dan bahan-bahan lain yang masih terletak di atas meja dapur itu. Sudah rosak semuanya. Dia teringat niat isterinya yang teringin makan sup tulang.

Sudah 3 hari isterinya menghilang. Telefon bimbit juga dimatikan. Edry Mann sangat risaukan isterinya itu. Dia sudah menghubungi Yani Cella untuk memberitahu hal tersebut. Yani Cella juga memarahinya. Edry Mann buntu.

Hampir semua hotel dijejaknya. Isterinya pergi hanya sehelai sepinggang. Dompet, dokumen penting, lesen kereta semuanya tertinggal. Dia sudah membuat laporan polis.

"Ya Allah.. Bantu aku.."

******

Danial yang juga mendengar perkhabaran itu pun terpaksa membatalkan niatnya untuk balik Sabah. Tidak senang hatinya. Dia juga cuba mencari Yona Fella. Namun gagal.

Keluarga Yona Fella juga sudah mulai buntu. Dengan keadaannya yang sedang hamil, membuatkan semua orang di sekelilingnya menjadi risau.

Yani Cella dan Jack juga tidak berputus asa mencarinya.

******

"Assalamualaikum... "

Datin Aliyah segera keluar melihat siapa gerangan yang datang ke rumahnya itu.

"Waalaikumsalam.. Eh Yona.."

"Aunty.. Emm.. Saya Yani Cella.. Kembar Yona Fella.. Danial ada?"

Edry Mann muncul dari biliknya. Dia tidur di rumah orang tuanya.

"Yani, sorry Yani.. Aku takde niat cakap macam tu kat Yona.. Aku.. Aku cemburu!"

"Dahlah Edy, kalau ada jadi apa-apa kat Yona, siaplah engkau dengan Danial! Mana Danial???!"

Danial yang terdegar bunyi kecoh itu terus keluar melihat.

Terkejut Danial melihat Yona Fella sudah kembali.

"Yona.."

"Yona kepala hotak engkau!!! Aku Yani Cella.. Kenapa? Terkejut? Ni Jack, bakal suami aku!!! Masih ingat??"

Danial bingung. Terdiam seribu bahasa. Seakan tidak dapat mempercayainya. Wajah mereka seiras. Sangat seiras.

"Yang kau nampak kat resort kau tu bukan Yona.. Tapi aku!!! Ehh, Yona bukan macam kaulah Danial.. Dia takkan balas perbuatan kau.. Yona baik.. Sebab dia baiklah dia tak balas apa-apa kat kau.."

Yani Cella sudah tidak peduli jika suaranya sudah bergema di dalam rumah agam itu.

"Kau ganggu rumahtangga Yona ngan Edy, kau dapat apa? Kami dapat apa? Yona hilang!!! Aku geram sangat dengan kau ni! Ada bini lawa, tetap juga nak kacau Yona.. Sial lah!!!"

Jack menenangkan Yani Cella.

"Korang ingat Yona tu kuat? Dia lemah.. Dia buat-buat kuat je.. Aku kembar dia.. Aku dapat rasa apa dia rasa.. Korang apa tau????!!"

Yani Cella mulai menangis.

"Sudah-sudahlah sakitkan hati Yona. Dahlah dia tengah pregnant.. Korang tambah lagi dengan perangai lahanat korang!!! Fikirlah!!!"

"Korang ingat eh, aku takkan biarkan korang macam tu je kalau ada apa-apa jadi kat Yona!! Ingat!!!"

Edry Mann kembali teringat kejadian semalam.


##gaisss, mana Yona Fella menghilang??? Dahlah tak sempat makan sup tulang.. Hmmmmm..

Danial, Edry Mann, apa kamurang rasa???? Orennnnn?????

Dua Belahan JiwaWhere stories live. Discover now