Hello..
Haaa.. Watie.. Kenapa?
Emmm.. Abang Edy.. Yona kat rumah Watie ni..
What??? Sejak bila?
Seminggu lebih dah bang.. Ambiklah.. Kesian Watie tengok.. Makan pun tak berselera.. Pucat dah..
Ya Allah. Okay.. Watie jangan gitau Yona dulu.. Nanti Yona mengelak lagi dari jumpa abang..
Okay bang..
Edry Mann menarik nafas lega dengan panggilan yang baru diterimanya.
"Ya Allah.. Syukur alhamdulilllah.. "
******
"Apa kau buat kat sini? Aku dah kata kan jangan cari aku!!! Watie, kalau iye pun kau tak suka aku stay sini, kau boleh je gitau aku! Tak payahlah nak call jantan bangang ni!!!"
Yona Fella memang sangat kelihatan marah dan benci terhadap suaminya, Edry Mann. Hilang sudah rasa hormatnya.
"Sayang.. Jom balik.." Lembut suara Edry Mann memujuknya biarpun terkesan dengan kata-kata kasar isterinya itu. Dia faham emosi seorang wanita yang sedang hamil.
"Sorry Yona.. Bukan maksud aku macam tu.. Aku kesian kat kau ngan baby dalam perut tu.. Aku sayang kau Yona.." Watie memang merasa serba salah.
"Aku tak nak ikut lelaki ni Watie.. Tolonglah faham aku.. Aku tak nak.." Yona Fella mulai menangis serupa anak kecil.
Watie memeluk dan menenangkannya.
"Abang Edy baliklah dulu.. Biar Yona kat sini dulu.. Abang hantar je dokumen-dokumen penting Yona supaya senang dia pegi check up kat klinik.."
Edry Mann kecewa. Dia hanya mengangguk. Ingin dipeluknya tubuh si isteri. Namun apakan daya.
"Watie, tengok-tengokkan Yona tau.. Nanti abang hantar ye.. Yona, abang minta maaf, abang balik dulu.."
Yona Fella tidak mempedulikannya. Dia masih memeluk Watie.
Edry Mann berlalu meninggalkan mereka dengan perasaan hiba.
Sepanjang memandu menuju pulang ke rumahnya, airmata Edry Mann terus-terusan mengalir.
"Aku bodoh!! Aku tak jaga perasaan isteri aku sendiri!! Aku cemburu!! Aku takut Yona masih ada perasaan kat Danial!!! Aargghhh!!!" Dia menghempas steering keretanya berkali-kali. Edry Mann sangat menyesal atas perbuatannya.
Dan dengan tidak disangka-sangka, muncul sebuah kereta tiba-tiba keluar daripada simpang di hadapan secara mengejut dan Edry Mann tidak sempat mengelaknya.
Hanya kalimah ALLAH sahaja yang terpacul dari bibirnya di saat berlakunya kemalangan itu.
Dan hanya wajah isteri kesayangannya terbayang-bayang di matanya sebelum penglihatannya perlahan-lahan menjadi kelam.
"Yona..."
##Apa yang terjadi kpd Edry Mann? Menyesalkah Yona? Jeng.. Jeng.. Jeng..
By the way.. Selamat Hari Raya..
Thanks utk yg sudi singgah baca, votes n comments..
Thanks juga yg sdh follow sa.. Ada yg sa blm ucap tq scara personal utk new followers sa tu.. Nti sa chat ya.. 😊
Yang baru baca ni msti rasa pelik sebab jln cerita sa macam byk skip kan.. Bukan.. Masalahnya byk sdh chapter sa yg hilang sbb kena report.. Hmmm it's okay.. Janji kamurang suka juga kan.. Love kamurang.. 😘
Jumpa Isnin ni.. 😊

YOU ARE READING
Dua Belahan Jiwa
Randomkenyataan yang amat menyakitkan.. Sebab percaya kau kecewa.. mungkin kau buta.. mungkin dia yang buta.. Hidup tanpa didikan agama, tanpa dipeduli orang tua sememangnya sukar. Kehidupan menjadi terumbang-ambing. Banyak duit pun tidak berguna jikalau...