kenyataan yang amat menyakitkan.. Sebab percaya kau kecewa.. mungkin kau buta.. mungkin dia yang buta..
Hidup tanpa didikan agama, tanpa dipeduli orang tua sememangnya sukar. Kehidupan menjadi terumbang-ambing. Banyak duit pun tidak berguna jikalau...
"Best ke?" Tanya Watie semasa mereka rehat untuk makan tengahari. Danial menyuruh mereka mengambil makanan di cafe untuk makan tengahari.
"Bolehlaaa.. Ehh, Abang Danial bawa aku pegi Pulau Sibuan.."
"Waaaa.. Bestnyaaa.. Aku pun dah sampai sana dengan family aku dulu.. Eh jeleslaa.. Nanti nak ikut laaa lain kali.." Watie tersengih.
"Engkau tidur kat mana?"
Yona Fella yang sedang meneguk milo ais itu tersedak.
"Wo.. Wo.. Wo.. Hoi engkau kenapa?" Watie cemas.
"Uhhukkkk!!!" Yona Fella terbatuk-batuk.
"Hmm.. Tak.. Aku okay.. Mungkin ada orang sebut nama aku kot.." Padahal dia tersentak dengan soalan Watie tadi.
Dan soalan itu tidak berjawapan.
********
"Yona, Abang Danial ajak makan malam ni.. Tanya nak makan apa?" Watie baru menerima WhatsApp daripada Danial.
"Hmmmm.. Pandai sangat coverline boyfriend aku tu.. Haha.." Getus hati Yona Fella. Dia tersenyum sendiri.
"Hello.. Mengkhayal lagi laaaa tu.. Ya Allah.. Engkau dengar ke?" Watie naik geram.
"Ehhh dengarlah.. Apa-apa jelah.. Ikut tekak engkau.." Yona Fella memang sangat tidak cerewet tentang makanan.
"Wow!!! Ni yang aku suka kat engkau.. Hehe.. Kalau macam tu, malam ni kita makan Lamb Chop, Sotong Bakar, Ikan bakar, Hot Chocolate & ABC Special... Wow.. Yummy!!!!" Watie nampaknya bersemangat.
"Perrrgghhh.. Nafsu engkau memang tak boleh bawak bincang doh..." Yona Fella tidak mampu menahan ketawa melihat gelagat nakal Watie.
"Eleh.. Yang betullah.. Tapi kan Yona, mama aku terkejut tengok aku masa videocall kemarin.. Dia kata aku dah gemuk.." Watie seraya membelek dirinya di hadapan cermin.
"Hahaaaa.. Betullah kata Aunty Mira tu.." Yona Fella sengaja mengusiknya lagi.
"Alaaa engkau ni memang sengajakan.." Watie acah-acah merajuk.
"Hoi.. 'Engkau'? 'Kita' okay.." Sambil dia mencapai handphone.
Yona Fella cuma mampu ketawa.
*********
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Watie dengan telatahnya yang comel sangat senang hati melihat hidangan malam itu.
"Sorry Watie, tak macam menu yang Watie request tadi.." Danial tersenyum berkata sambil matanya menjeling-jeling Yona Fella yang pada malam itu seperti biasa. Memukau. Seksi.