Nikah

10.9K 68 14
                                    

"Aku tak sangka kau bjodoh dengan Abang Edy.. Padahal dulu kau minat dengan abang dia.." Kata-kata Watie membuatnya tersentak.

Dia sudah selesai berhias untuk majlis pernikahannya. Nampak manis dengan busana putih solekan asli.

"Apa maksud kau Watie??"

"Yona, dah? Jomlah.. Pihak pengantin lelaki dah sampai tu.."

Soalannya gantung tidak berjawab. Tetapi debar di hatinya bukan kerana dia akan bergelar isteri. Kata-kata Watie masih terngiang-ngiang di telinganya.

*********

Edry Mann sudah melabuhkan punggungnya di atas bantal bulat yang empuk diapit keluarganya dan berdepan dengan Tok Kadi. Debaran di hati semakin kencang.

Yona Fella kelihatan turun dari tangga diapit ibunya, Mak Mah dan Watie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yona Fella kelihatan turun dari tangga diapit ibunya, Mak Mah dan Watie.

Seseorang yang turut serta di majlis itu terpempan bila melihat sosok tubuh yang menjadi pengantin adiknya pada hari itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seseorang yang turut serta di majlis itu terpempan bila melihat sosok tubuh yang menjadi pengantin adiknya pada hari itu.

"Yona Fella???"

Mata mereka bertembung. Lama. Lemah langkah Yona Fella ketika itu. Sudah terlalu lama dia membuang kenangannya bersama lelaki yang dianggapnya durjana itu.

"Kenapa kau muncul sekarang???? "

Airmatanya hampir menitis. Tetapi ditahannya.

"Kenapa Yona?" Soal Watie.

"Pedih lens ni.." Bohong Yona Fella.

Tambah pedih hatinya bila dia melihat seorang wanita mengandung duduk di sisi Danial. Ya. Dia masih ingat wanita itu. Jandanya yang kembali menjadi isterinya. Dia benci melihat mereka. Kenangan beberapa tahun lalu kembali menerpa.

"Yona, jomlah.. Dah nak mula.."

Edry Mann terpegun melihat bakal isterinya. Dia tersenyum gembira.

*******

"Aduh..  Harap-harap sempatlah.."

******

Dengan sekali lafaz, Yona Fella sah bergelar isteri kepada Edry Mann.

Pedih hati Danial. Kali ini lebih pedih.

Yona Fella dahulunya dilihatnya tidur bersama kekasihnya Jack. Sengaja menyakitkan hatinya. Masih dia terbayang aksi mereka di ranjang. Betapa liarnya nafsu Yona Fella. Sama ketika berasmara bersamanya sewaktu mereka bergelar pasangan kekasih. Dan sekarang ini gadis itu akan digomol pula oleh adiknya sendiri.

Yona Fella perasan jika mata Danial masih tertumpu arahnya. Dia gelisah. Tetapi tiada sesiapa pun yang perasan. Melainkan Danial.

Hati Yona Fella memang gusar ketika itu. Sangat gusar.

Dua Belahan JiwaWhere stories live. Discover now