kenyataan yang amat menyakitkan.. Sebab percaya kau kecewa.. mungkin kau buta.. mungkin dia yang buta..
Hidup tanpa didikan agama, tanpa dipeduli orang tua sememangnya sukar. Kehidupan menjadi terumbang-ambing. Banyak duit pun tidak berguna jikalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ting tong ting tong
"Siapa pula datang ni?"
Mak Mah kelam kabut keluar melihat siapakah gerangan yang menekan loceng rumah agam itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Ehhh.. Yona.. Kata seminggu kat Sabah.. Ni baru 2hari.." Kata Mak Mah sambil membuka pagar.
"Ni kereta siapa? Amboi, lesen takde, dah berani bawak kereta.. Ni kalau mama dengan papa tau, Mak Mah laaa yang kena hadap semua ni.." Bebel Mak Mah lagi.
"Mari masuk.. Panas kat luar ni.. Cepat.." Ditariknya tangan gadis itu.
"Mak Mah.."
Wanita tua itu terhenti langkahnya. Dia pernah mendengar suara itu. Sudah lama. Perlahan dilepaskan tangan gadis itu. Mak Mah menoleh.