“ Kitae, kau ok ke? ” soal Hyunbin prihatin. Kitae hanya tersenyum sebagai balasan kepada pertanyaan Hyunbin.“ aku dengar kau kena tumbuk dengan ayah kau semalam. Aku tak sangka pula kau lesap lepas tu. Kau pergi mana? Ponteng? ” tebak Hyunbin.
Kitae tidak memberikan sebarang reaksi.
Dia sebenarnya ok sahaja ditumbuk oleh Tuan Kwak. Jadi kenapa Hyunbin memberikan reaksi yang berlebihan?
Lagipun dia sudah biasa dengan keadaan semalam. Jadi dia tak berapa kisah sangat.
Alah, setakat lebam pada pipinya. Apalah sangat. Paling-paling teruk pun dahinya pernah terhantuk pada laci meja sehingga menyebabkan pendarahan.
Dan Tuan Kwak tidak memberikan sebarang reaksi risau dengan keadaan Kitae pada ketika itu. Disebabkan kejadian itu, dia mempunyai parut di dahi kirinya.
Tetapi kini, parut itu sudah pudar. Dia juga menutupi parut tersebut dengan rambutnya. Jadi, orang ramai tidak akan sedar dengan parut di dahi kirinya.
“ Kwak Kitae ” panggil Hyunbin. Tangannya dilambaikan di hadapan mata Kitae.
Kitae tersedar dari lamunannya.
“ berangan pula dia. Kau berangan pasal siapa? Jisoo sunbae? ”
Kata-kata gurauan daripada Hyunbin membuatkan Kitae menggelebah. Pipinya mulai kemerah-merahan. Malu barangkali “ k–kau merepek apa ni? ” tergagap-gagap Kitae menuturkan ayat tersebut.
Dia segera bangun dari duduknya. Rambutnya digaru walaupun tidak gatal.
“ A–Aku nak pergi locker kejap. Nak ambil buku ” ujar Kitae. Kakinya melangkah keluar daripada kelas secara menggelabah. Manakala Hyunbin sudah terkekek dengan perbuatan Kitae itu.
Dia sebenarnya hanya bergurau. Tetapi tak sangka pula Kitae betul-betul suka dengan Jisoo sunbae.
°°°
“ haish, Kwon Hyunbin ” kata Kitae perlahan secara berulang kali. Sudah hampir 30 minit dia berjalan mengelilingi sekolah.
Kata-kata kepada Hyunbin tadi sekadar alasan untuk menyembunyikan mukanya yang kemerahan daripada dilihat lelaki itu.
Akhirnya kakinya berhenti di belakang bangunan sekolah. Dia melepaskan keluhan kecil.
Dia perasan semua orang berbisik sesama sendiri apabila dia melalui mereka semua. Mungkin kerana kejadian semalam sudah tersebar ke seluruh sekolah.
Kejadian yang ayahnya sendiri telah melayangkan penumbuk di mukanya.
Kitae meraup mukanya kasar. Rambutnya sengaja dikusutkan.
Kotak rokok dan lighter yang terdapat pada poket seluarnya dikeluarkan. Kemudian sebatang rokok diambil.
Rokok tersebut dinyalakan dan dikepit pada bibirnya. Asap rokok dihembus melalui bibirnya.
Tenang. Dia berasa tenang apabila melakukan perbuatan tersebut.
Hanya dengan merokok dan membuli sahaja dia dapat menenangkan hatinya. Tiada apa dan tiada sesiapa dapat menenangkan hatinya selain daripada dua perkara tersebut.
“ merokok? ” tegur seseorang dari arah belakang. Kitae memegang dadanya. Dia terperanjat dengan teguran itu.
Badannya dipusingkan ke belakang iaitu dari arah suara itu datang. Dia membulatkan matanya. Seraya itu, rokok yang berada di tangannya disorokkan di belakang badan
“ J–Jisoo sunbae ” ujar Kitae perlahan. Kotak rokok yang berada di sebelah tangan lagi satu cuba untuk disorokkan. Dia tidak mahu Jisoo tahu tentang kegiatan merokoknya walaupun kegiatannya ini sudah sedia maklum diketahui oleh gadis ini.
“ s–saya boleh terangkan ” kata Kitae. Kakinya melangkah mendekati Jisoo. Walaupun dia sendiri tidak tahu mahu menerangkan apa kepada Jisoo.
“ stop it ” arah Jisoo. Tangannya memberikan isyarat kepada Kitae agar lelaki itu berhenti melangkah.
Kitae menuruti kata-kata Jisoo. Kakinya berhenti melangkah.
“ Song songsaengnim cari awak. So better you go see him ” beritahu Jisoo. Kakinya segera beredar dari situ.
Kitae tersenyum sinis.
“ Jisoo sunbae tak akan suka kau Kitae. Sedar diri tu sikit. Kau ni cuma junior dia je ” gumam Kitae perlahan.
°°°
Tbc
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...