18%

71 11 2
                                    


Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk merehatkan minda mereka setelah belajar selama beberapa jam.

Begitu juga dengan Kitae. Kakinya segera melangkah menuju ke kelas Jisoo meninggalkan Hyunbin yang telah tertidur semenjak kelas Sejarah bermula.

Pada kebiasaannya, dia juga akan mengikut jejak langkah Hyunbin untuk tidur sewaktu kelas Sejarah. Dan disebabkan perkara itu, dia selalu tidak sempat untuk makan dan minum. Matanya akan terbuka sejurus sahaja waktu rehat tamat.

Tetapi lain pula pada hari ini. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada gurunya. Mungkin kerana pesanan yang telah diberikan oleh Jisoo pagi tadi. Dia jadi bersemangat untuk belajar.

Kitae tiba di hadapan kelas Jisoo. Matanya tertumpu pada Jisoo yang sedang mengemas barang-barangnya.

Kitae menyandarkan badannya di tepi dinding. Agak tersorok juga dari tempat duduk Jisoo. Dia tersenyum lalu jantungnya dipegang sebentar.

Berdebar-debar.

Kemudian tangannya kembali diletakkan di bawah. Senyumannya juga mati. Dia tidak mahu pelajar lain menganggap dirinya gila.

“ eoh, Kitae? ” tegur Jisoo. Gadis itu mengukirkan senyuman.

“ buat apa kat sini? Tunggu saya ke? ” soal Jisoo.

Kitae terkaku. Debaran di jantungnya semakin kuat. Entah mengapa soalan itu amat susah sekali untuk dijawab. Mulutnya terasa berat sekali untuk dibuka.

Kitae hanya mampu untuk merenung wajah Jisoo tanpa berkelip.

“ say— ”

noona! ” jerit seseorang.

Kitae berdecit. Dari suaranya pun dia sudah tahu gerangan orang yang menganggunya sekarang ini

Jisoo menolehkan kepalanya ke belakang. Tangannya dilambaikan kepada lelaki itu.

“ Yoochan–ahh ” teruja sahaja Jisoo menyebut nama lelaki itu.

Yoochan melangkah dengan laju ke arah Jisoo. Kakinya diberhentikan sebaik sahaja jarak mereka hampir dekat.

Mata Yoochan terlihat kelibat Kitae di belakang Jisoo. “ Kitae buat apa di sini? ” soal Yoochan. Wajahnya sengaja dimaniskan.

Kitae menjeling lelaki itu. Kemudian, matanya berlegar mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai alasan mengapa dia berada di sini.

Matanya secara tiba-tiba tertangkap kelibat Jennie sunbae yang baru sahaja keluar dari kelas sebelah. “ tu ah, nak ajak Jennie sunbae rehat sama-sama ” ujar Kitae.

Kakinya melangkah mendekati Jennie. Lengan gadis itu dipegang. Jennie melihat Kitae. Dahinya dikerutkan.

Dia pelik. Mengapa secara tiba-tiba juniornya ini berani memegang lengannya.

mianhae sunbae ” bisik Kitae perlahan. Mereka berdua beriringan beredar dari situ.

Manakala Jisoo tersenyum kecil melihat kelakuan Kitae itu. Agak lucu tetapi nampak dungu.

Dia tahu mengapa Kitae berbuat sedemikian. Lelaki itu cuma mahu merahsiakan hubungan mereka buat sementara ini. Dia tak mahu sesiapa pun tahu tentang hubungan mereka.

Dan semestinya lelaki itu tidak mahu Yoochan tahu mengenainya memandangkan Yoochan musuh Kitae.

“ kenapa dengan Kitae tu noona? Macam pelik je ” kata Yoochan perlahan. Jisoo mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.

Matanya kembali melihat Yoochan. “ kenapa Yoochan datang sini? ”

“ oh ya. Yoochan nak ajak noona rehat sama-sama ”

°°°

Hyunbin tergelak apabila mendengar perkara yang diceritakan oleh Jennie. Matanya sengaja ditumpukan pada wajah Kitae semasa dia ketawa.

“ kau dah kenapa buat macam tu? Nampak sangat penakut ” ujar Hyunbin. Dia kembali ketawa.

“ diamlah kau ” marah Kitae. Mukanya mula cemberut.

Nasib baik Jennie sunbae memaafkan dirinya selepas kejadian tadi. Sebagai balasan, dia perlu menceritakan semua perkara yang menyebabkan dia melakukan perbuatan tersebut.

Ini termasuklah tentang hubungan percintaannya dengan Jisoo. Dan sekarang status hubungannya dengan Jisoo sudah diketahui oleh Hyunbin, Jennie, Chaeyoung dan Lisa.

Kitae melihat tonkatsu yang berada di depan matanya. Tonkatsu itu dipotong menjadi ketulan besar lalu disuapkan ke dalam mulut Hyunbin.

Biar lelaki itu berhenti ketawa!
Lagi bagus kalau lelaki itu tersedak.
Aman sikit telinga Kitae.

Secara tiba-tiba mata Kitae tertacap pada Jisoo dan Yoochan yang sedang jalan bersama-sama. Api cemburu mula keluar dari matanya. Mukanya juga sudah bertukar menjadi masam.

Tonkatsu yang berada di hadapannya dicucuk dengan ganas sehingga mengejutkan rakan semejanya yang lain.

Muka Hyunbin mulai pucat apabila melihat kelakuan Kitae itu. Lengan lelaki itu disentuh agar dapat meredakan kemarahannya. Tetapi tangannya ditepis oleh Kitae.

Kitae bangun dari duduknya.

Secara tiba-tiba, dia dapat merasakan bajunya sudah basah. Bajunya dipegang.

Sos tonkatsu!

Seorang pelajar telah menumpahkan tonkatsu pada bajunya.

Keadaan kantin yang tadinya riuh-rendah secara tiba-tiba menjadi sunyi. Semua pelajar yang berada di kantin itu menumpukan perhatian kepada kejadian yang sedang berlaku.

Wajah pelajar itu Kitae renung tajam. Manakala muka Hyunbin menjadi lebih pucat apabila melihat kejadian itu. Dia terasa seperti ingin pengsan.

Dia berdoa agar Kitae tidak mengamuk pada waktu ini.

°°°

Tbc

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now