09%

90 13 0
                                    


Sudah seminggu Jisoo menjumpai sticky notes pada locker miliknya setiap hari. Tetapi dia masih tidak mengetahui siapa yang melekatkan sticky notes itu.

Pada mulanya dia mengesyaki Yoochan yang melekatkan kesemua sticky notes ini. Bila ditanya, lelaki itu mengaku bahawa dia yang lekatkan kesemua sticky notes itu pada lockernya.

Tapi Jisoo musykil, dia selalu datang awal daripada Yoochan. Jadi, sejak bila Yoochan ada masa untuk melekatkan sticky notes itu?

Jisoo mengambil dan membaca sticky notes untuk hari ini. Dalam pada masa yang sama dia mengeluh.

“Once you replace negative thoughts with positive ones, you’ll start having positive results.”

Willie Nelson

Musician

Satu lagi sticky notes yang berupa kata-kata semangat untuk dirinya.

°°°

“ eoh, letak makanan lagi? ” soal Nayeon. Pelajar lelaki itu tersenyum. Rambutnya diramas.

Sebuah bekal makanan diletakkan di bawah laci meja milik Jisoo. “ berhentilah buat macam tu. Jisoo bukannya perasaan kehadiran awak ” nasihat Nayeon. Lelaki itu hanya memberikan senyuman sebagai balasan.

btw, sunbae tak beritahu identiti saya pada Jisoo sunbae kan? ”

“ tak. I had promised you remember? ” ujar Nayeon. Tempoh hari semasa Jisoo bertanya tentang bekal makanan itu kepada dirinya, dia hampir kaget dengan soalan Jisoo.

Penat dia mahu berpura-pura tidak tahu di hadapan rakan baiknya itu.

Lelaki itu tersenyum. “ i'm okay if she doesn't  notice me. I'm always okay ” ucap pelajar lelaki itu. Dia menundukkan badannya sebagai tanda hormat kepada Nayeon lalu mula beredar dari situ.

°°°

“ kali ni makanan apa pula? ” soal Nayeon. Kepalanya terjenguk-jenguk untuk mengintai makanan apa yang terdapat di dalam bekal. Bekal yang diberi oleh seorang pelajar lelaki misteri.

Jisoo mengeluh. Bekal makanan tersebut diletakkan di atas meja Nayeon.

Nayeon tersenyum. “ nugget and french fries ” kata Jisoo perlahan. Fikirannya asyik memikirkan gerangan yang meletakkan bekal makanan ini di bawah mejanya.

“ oh ya. Jangan lupa hari ni kelab pementasan drama ada lakukan latihan penuh untuk pertandingan drama minggu depan. Jangan lupa datang tau. Untuk sokong aku ” beritahu Jisoo. Nayeon mengangukkan kepalanya.

°°°

Petang itu, seperti yang dikatakan oleh Jisoo, kelab pementasan drama membuat latihan. Kali ini dewan yang digunakan oleh mereka dibuka untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar lain menonton hasil latihan penat lelah mereka selama ini.

noona! ” panggil Yoochan. Jisoo menolehkan kepalanya ke arah Yoochan. Lelaki itu bergerak menghampiri Jisoo.

“ Yoochan dah hafal skrip kan? Jangan lupa apa yang kita dah berlatih selama ini ” pesan Jisoo panjang lebar. Dia takut sekiranya remaja ini lupa akan dialognya.

Kesannya akan membawa buruk kepada seluruh pasukan. Sudahlah tempoh hari, Yoochan tidak datang ke latihan selama seminggu. Jadi remaja lelaki itu banyak ketinggalan berbanding pelajar lain.

Nasib baiklah Yoochan hanya memegang watak sampingan sahaja. Jadi, dia tidak perlu risau sangat.

“ Jisoo, are you ready? ” soal Jinyoung yang baru berada di sebelahnya. Jisoo mengangukkan kepalanya.

Kali ini, Jisoo dan Jinyoung akan menjadi watak utama dalam drama ini memandangkan tahun ini, tahun terakhir bagi mereka berdua.

Dalam masa 10 minit, drama tersebut sudah bermula. Kitae melangkah masuk ke dalam dewan tersebut sewaktu drama sedang dilakonkan.

Dia mengambil tempat duduk di penjuru dewan. Dia tidak mahu sesiapa pun menyedari kehadirannya di sini.

Biarlah dia berseorangan buat masa ini.

°°°

Tbc

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now