Hari ini hari pertama Kitae kembali bersekolah setelah menjalani penggantungan sekolah selama 14 hari.Seperti biasa, dia akan melekatkan sehelai sticky notes pada loker milik Jisoo. Dia membaca ayat yang terdapat pada sticky notes itu buat sebentar.
When you fall for someone for who she really is, everything about her becomes beautiful. That's why the reason I fall for you
Kitae meraup mukanya apabila membaca semula ayat yang ditulisnya pada malam tadi.
Agak geli-geliman apabila dia baca semula. Dia menghentakan dahi pada loker secara perlahan berulang kali.
“ apa yang aku buat ni? ” gumamnya perlahan berulang-ulang kali.
Setelah beberapa minit berkeadaan begitu. Kitae mengambil sticky notes lalu dia meronyokkannya. Sticky notes itu dicampakkan di atas lantai.
Lantaklah kalau orang lain baca. Bukannya mereka tahu pun bahawa Kitae yang mengarang ayat pada sticky notes itu.
Kemudian, kaki Kitae menuju ke kelas milik Jisoo. Sebuah bekal makanan dikeluarkan dari begnya lalu diletakkan di bawah laci meja Jisoo.
Kitae segera keluar dari kelas Jisoo. Kakinya menuju ke kelasnya pula. Dia melabuhkan punggung di tempat duduknya.
Kepalanya diletakkan di atas meja lalu matanya dipejamkan. Dia ingin tidur buat seketika.
°°°
Jisoo mengutip sticky notes yang telah dironyokkan oleh Kitae. Sticky notes tersebut dibuka dan dibaca.
Dia tersenyum.
Setelah itu, dia mengikut langkah Kitae dari arah belakang secara senyap-senyap agar lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya.
Perbuatan Kitae meletakkan bekal makanan di bawah laci mejanya juga dapat dia lihat.
Sudah terbukti bahawa Kitae yang melakukan semua perkara ini. Daripada melekatkan sticky notes di lokernya hingga meletakkan bekal makanan di bawah laci mejanya.
Setelah Kitae sudah beredar dari kelasnya, Jisoo segera menuju ke tempat duduknya. Bekal makanan yang terdapat di bawah lacinya diambil.
Terdapat sekeping kertas di situ. Dia membacanya.
Sorry for disappearing for too long.
I promise I will not disappeared
again ;)Jisoo tersenyum. Perbuatan Kitae ini sungguh comel di matanya.
Bekal makanan tersebut dibuka. Terdapat nasi goreng kimchi di dalamnya bersama beberapa ketulan kecil ayam goreng.
Jisoo tersenyum lagi. Tangannya mencapai sudu yang terdapat di dalam bekal tersebut. Sesudu nasi goreng kimchi disuapkan di dalam mulutnya.
Dia mengunyah makanan tersebut dengan penuh nikmat.
°°°
“ uyooo. Kwak Kitae dah kembali ke sekolah ” jerit Hyunbin di muka pintu kelas. Chaeyoung yang berada di sebelahnya segera memukul lengan Hyumbin perlahan.
Kitae mengangkat mukanya memandang Hyunbin. Kemudian matanya melihat Chaeyoung yang berada di sebelah Hyunbin.
Mereka berdua segera berjalan menuju ke arah Kitae. Kitae menggeliatkan badannya buat seketika. Keadaan sekeliling kelas diperhati.
Hampir separuh daripada rakan sekelasnya sudah tiba.
Kemudian jam yang berada di pergelangan tangannya dilihat. Sudah hampir 30 minit dia tertidur. Jadi memang patut pun kelasnya sudah hampir penuh.
Kitae mengerutkan dahinya. Wajah Hyunbin dan Chaeyoung dilihat silih berganti. Sejak bila Hyunbin dan Chaeyoung rapat? Setahu dirinya, Chaeyoung bukanlah spesies perempuan yang suka lepak dengan lelaki seperti Hyunbin.
“ sejak bila korang berdua ni rapat? ” soal Kitae secara tiba-tiba. Dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi tentang status hubungan mereka berdua.
Hyunbin meneguk liurnya. Dia dan Chaeyoung saling berpandangan.
Selang beberapa saat, dia kembali memandang Kitae. “ itulah kau, tak datang sekolah lama sangat. Kan dah ketinggalan zaman ”
“ macam mana aku nak datang kalau dah kena gantung ” potong Kitae. Dia menjeling Hyunbin.
Hyunbin ni pun kalau nak bergurau pun agak-agaklah. Sudahlah Kitae mempunyai sifat panas baran. Kang dia yang kena pukul dengan Kitae sikit lagi.
Hyunbin tersengih-sengih. Kepalanya digaru. Dia menyiku lengan Chaeyoung menyuruh gadis itu bercerita tentang status hubungan mereka pada Kitae.
“ sejak kau kena gantung hari tu, si Hyunbin ni kesunyian tak ada kawan. Jadi, aku dan Lisa dengan baik hatinya berkawan dengan dia ” cerita Chaeyoung. Kitae menjongketkan keningnya tanda tidak percaya.
“ iye ke berkawan je? Macam dah lebih je? ” sangkal Kitae.
Hyunbin dan Chaeyoung mula cuak.
Secara tiba-tiba Kitae tergelak. Hyunbin dan Chaeyoung masing-masing mengerutkan dahi mereka melihat kelakuan Kitae itu.
Takkan baru kena gantung 2 minggu dah jadi gila kot?
Tak mungkinlah kan.
“ lawaklah muka korang. Macam baru lepas nampak hantu. Aku tanya elok-elok je. Relaks lah. Ha bagitau cepat ”
“ bagitau apa? ”
Senyap.
“ yelah. Kitaorang bercinta. Puas hati ” luah Hyunbin. Kitae tersengih.
“ puasss sangatt ”
°°°
Tbc
Kwak Kitae
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...