Sudah lima hari Kitae ditahan di hospital dan hari ini dia dibenarkan pulang. Selama lima hari itu juga, Tuan Kwak dan Puan Choi langsung tidak datang melawat dirinya. Hanya Mak Cik Lee sahaja yang menjaganya sepanjang dia berada di hospital.
Kitae tersenyum kegembiraan apabila dia dibenarkan keluar hospital pada hari ini.
Baginya, kehidupan di hospital teramatlah bosan!
Buka tv pun tiada siaran yang seronok.
Kelajuan internet juga macam nak kena maki. Lembap ya ampun!Kitae masuk ke dalam kereta yang menjemput dirinya bersama Mak Cik Lee. Pemandu kereta tersebut dilihat.
Kwak Kihun.
Abang tirinya itu berpakaian serba hitam. Mukanya juga monyok sejak Kitae masuk ke dalam kereta.
Tetapi, Kitae tidak mempedulikan keadaan tersebut. Jari-jemarinya hanya menekan skrin telefonnya untuk melihat perkara-perkara yang terkini.
Setelah 30 minit perjalanan, kereta Kihun berhenti di hadapan dewan pengebumian.
Kihun mematikan enjin keretanya lalu dia keluar dari perut kereta. Begitu juga dengan Mak Cik Lee.
Kitae hanye mengerutkan dahi. Mengapa Kihun memandu kereta sehingga ke sini?
Ada sesiapa ahli keluarga mereka yang mati ke?
Agak mustahil sekali kerana datuk, nenek, pak cik dan mak ciknya masih sihat lagi. Tiada seorang pun antara mereka menghidap penyakit serius walaupun sudah dimakan usia.
Tanpa membuang masa, Kitae keluar dari kereta. Dia mengikut jejak langkah Kihun dan Mak Cik Lee dari arah belakang.
Matanya melihat keadaan sekeliling. Kelihatan ada ramai wartawan yang berada di situ.
Dia mula tertanya-tanya.
Adakah salah seorang orang kuat bisnes meninggal dunia?
Ataupun
Adakah salah seorang idol yang terkenal meninggal dunia?
Hanya itu sahaja kemungkinan yang dapat Kitae fikirkan.
Semakin bertambah langkah kaki Kitae, semakin jantung Kitae berdetak dengan laju.
Dia tidak tahu mengapa. Tetapi apa yang pasti, majlis pengebumian pada hari ini melibatkan orang yang mempunyai hubungan yang rapat sekali dengan dirinya.
Kihun berhenti melangkah. Dia memberikan ruang kepada Kitae untuk bergerak ke hadapan.
Kitae hanya mengikut arahan senyap yang diberikan oleh Kihun. Dia berjalan perlahan sehingga mendahului Kihun.
Kepalanya kemudian ditolehkan ke sebelah kanan di mana sebuah bilik pengebumian berada.
Matanya tertumpu pada gambar yang terdapat di dalam bilik pengebumian tersebut.
Ianya gambar ommanya, Choi Jiwoo.
Kitae masuk ke dalam bilik pengebumian tersebut. Badannya terketar-ketar melihat gambar omma.
Matanya mulai berkaca. Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk pecah.
Kitae jatuh terduduk. “ O–Omma, ” kata Kitae perlahan.
“ Puan Choi kemalangan waktu hendak melawat kau. Dia disahkan meninggal dunia malam semalam ” beritahu Kihun. Bahu Kitae ditepuk perlahan.
“ aku harap kau kuat ” kata Kihun sebagai sokongan.
Tangisan Kitae mulai pecah. Terhenjut-henjut dia menangis apabila mengetahui ommanya mahu melawat dirinya di hospital selepas dia ditikam tempoh hari.
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...