Pak! Pak! Pak!
Keras sahaja rotan milik Song songsaengnim mendarat pada punggung Kitae.
“ saya tak ajar pelajar saya membuli. Jadi, kenapa nak membuli? ”
Pak!
“ dah berpuluh kali saya merotan awak sebab kesalahan yang sama. Awak tak bosan ke? ”
Pak!
“ jangan membuli lagi Kwak Kitae. Nasib baik ayah awak penyumbang terbesar sekolah ini. Kalau tak, saya rasa sudah lama awak dibuang dari sekolah ini ”
Song songsaengnim memberhentikan perbuatan merotan Kitae. Rotannya diletakkan di tepi.
Kitae memusingkan badannya menghadap Song songsaengnim. Riak tanpa wajah ditunjukkan pada guru lelaki itu.
Sakit?
Ya, memang sakit.Tapi dia sudah biasa. Dia sudah biasa dirotan oleh guru ini. Rasanya hampir lima batang rotan guru ini patah hanya kerana selalu digunakan untuk merotan dirinya
“ jangan membuli lagi Kwak Kitae. Fikirkan perasaan ayah dan mak awak bila dapat tahu anak diorang ni seorang pembuli ” pesan Song songsaengnim. Wajah milik anak muridnya ini dipandang sayu.
Dia sedih apabila memikirkan masa hadapan remaja lelaki ini. Dia takut sekiranya remaja ini memilih jalan yang salah.
Namun pesanan daripada Song songsaengnim dibalas dengan senyuman sinis daripada Kitae.
“ they don't have feelings saem. You just don't know them well ” kata Kitae sekilas. Kata-katanya itu merujuk kepada ibu dan bapanya. Hidupnya umpama seperti tidak mempunyai keluarga.
Tetapi disebabkan, ayahnya seorang lelaki yang kaya, semua orang di sekolah tersebut menganggap yang hidupnya sentiasa gembira. Walhalnya tidak.
Kemudian dia melangkah keluar daripada bilik disiplin meninggalkan Song songsaengnim yang sedang terpinga-pinga.
Kitae memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam blazer sambil berjalan menuju ke kelasnya.
Secara tiba-tiba bahunya terlanggar seorang pelajar perempuan. Dia segera menundukkan badannya sedikit. “ mianhae ” ucapnya sekilas.
Memang dia seorang pembuli. Tetapi kalau memang silapnya, dia akan meminta maaf. Dia bukannya seorang yang pentingkan diri dan kejam.
Kitae kembali mengangkat mukanya. Kemudian matanya bertembung dengan mata pelajar perempuan tersebut. Secara tiba-tiba jantungnya berdegup dengan kencang.
Tanpa Kitae sedari, dia sedang merenung wajah pelajar perempuan tersebut dengan agak lama. “ hey, are you okay? ” soal pelajar perempuan itu. Risau sekiranya pelajar lelaki ini mengalami kesakitan walaupun cuma terlanggar di bahu.
Kitae terus tersedar dari lamunannya. Matanya dilarikan ke tempat lain agar matanya tidak bertembung dengan mata pelajar perempuan itu.
“ y–ya i'm okay. Sorry terlanggar ” kata Kitae tergagap-gagap. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal. Cuba untuk menghilangkan perasaan kekok yang tiba-tiba sahaja bertandang.
Pelajar perempuan itu menganggukkan kepala perlahan. Kakinya kembali melangkah ke hadapan meninggalkan Kitae.
Manakala Kitae memegang dada sebelah kirinya.
Dadanya berdegup dengan sangat kencang.
dia tak tahu mengapa.“ yah, Kwak Kitae! ” panggil seseorang. Kitae menolehkan wajahnya ke belakang.
Kwon Hyunbin. Gumam Kitae perlahan.
Hyunbin menundukkan badannya sedikit kepada pelajar perempuan tadi. Kemudian lelaki itu berjalan mendekati Kitae.
Tangannya didaratkan pada bahu Kitae. “ Kim saem suruh aku cari kau. Dia marah aku tahu tak sebab kau tak ada dalam kelas ” adu Hyunbin. Kaki mereka berdua berjalan seiringan ke hadapan.
Sekali sekala, Kitae menolehkan kepalanya untuk melihat pelajar perempuan tadi sehingga dia hilang daripada pandangan.
Hyunbin berhenti berjalan.
“ kau tengok siapa? Jisoo sunbae ke? ” soal Hyunbin. Kitae menggelengkan kepalanya. Dia meneruskan langkahannya.
S–Sunbae?
°°°
Tbc
Tudiaa first meet antara Kitae dan Jisoo
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...