Hari ini Kitae sedikit lewat datang ke sekolah seperti hari kebiasaan.Sepanjang perjalanannya ke loker, mata para pelajar asyik memerhati dirinya. Mulut mereka juga akan terbuka apabila dia melepasi mereka.
Tetapi, Kitae tidak mempedulikan mereka semua. Dia hanya meneruskan urusannya.
Loker miliknya dibuka, tangannya sibuk mengeluarkan dan memasukkan buku-buku yang sepatutnya.
Matanya kemudian tertumpu pada sekeping kertas yang berada di tengah-tengah lokernya. Kertas tersebut diambil dan dibaca.
Heh, anak isteri kedua.
Ada hati nak tunjuk gangster!
Blah ah kauKitae mengetap giginya.
Macam mana pelajar tersebut boleh mengetahui rahsia yang disimpan olehnya selama ini?
Dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang keluarganya. Tapi, macam mana pelajar tersebut boleh mengetahui tentangnya. Dia musykil.
Kitae menutup lokernya dengan kasar sehingga mengejutkan para pelajar yang berada di sekelilingnya.
Badannya dipusingkan menghadap ke belakang untuk melihat muka-muka pelajar yang menulis dan menyelitkan kertas tersebut ke dalam lokernya.
“ siapa yang letak? ” soal Kitae perlahan. Dadanya turun dan naik menahan amarah yang menguasai dirinya.
Persoalan Kitae dibiarkan tanpa jawapan.
“ aku tanya siapa yang letak kertas ni dalam loker aku?! ” jerit Kitae. Kertas tersebut dironyokkan lalu dicampakkan ke atas lantai.
Bukan setakat itu sahaja, kertas tersebut juga dipijak-pijak olehnya.
Wajahnya diangkat dan matanya merenung tajam satu persatu pelajar yang berada di hadapannya.
Kesemua pelajar di situ menundukkan wajahnya, tidak berani mahu memandang Kitae.
“ aku yang letak ” kata seorang pelajar lelaki. Tangannya diangkat dengan tinggi dan yakin. Kakinya melangkah mendekati Kitae sehingga dia berhadapan dengan Kitae.
Wajah milik Kitae dia renung dengan tajam. “ aku yang tulis dan letak kertas tu. Salah ke? ”
Kitae memandang pelajar lelaki itu seperti tidak percaya. Perasaan marahnya kini bertukar kepada perasaan terkejut.
Dia tak sangka pelajar lelaki itu sanggup berbuat perkara sedemikian kepadanya.
“ Kwon Hyunbin. T–Tapi kenapa? ” terketar-ketar bibir Kitae menuturkan ayat tersebut.
Hyunbin hanya tersenyum sinis mendengar pertanyaan daripada Kitae.
“ heh, kau dah lama kenal aku kan. Takkan kau tak tahu, aku ni memang tak suka orang macam mak kau tu. Perampas suami orang. Penghancur kebahagian orang! ” balas Hyunbin.
Kitae terdiam.
Dia sendiri sudah tahu yang Hyunbin memang anti dengan wanita yang berkahwin dengan suami orang. Hal ini kerana, Puan Kwon ditinggalkan oleh suaminya gara-gara terpikat dengan wanita lain.
Sejak dari hari itu, Hyunbin memang tidak suka dengan perempuan yang sebegitu.
Kitae meneguk liurnya. Memang salahnya kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada Hyunbin.
Tapi salah ke kalau dia ini anak kepada isteri kedua? Dia tidak berdosa pun.
Omma dan appanya pun berkahwin dengan cara yang baik. Isteri pertama appanya, Puan Kim juga menerima ommanya dengan cara yang baik. Tetapi mengapa semua orang memandang serong terhadapnya, seperti semua kejadian ini berlaku kerana dirinya.
Secara tiba-tiba Hyunbin menunjal dahi Kitae menyebabkan amarah di dalam diri Kitae semakin meningkat.
Kedua-dua tangannya digenggam, bersedia untuk melayangkan penumbuk di muka Hyunbin.
“ kau ni tak malu ke hidup macam ni? Kau mati lagi bagus ”
Buk!
Hyunbin memegang pipinya yang telah ditumbuk oleh Kitae. Darah yang keluar daripada bibirnya dilap menggunakan lengan baju.
Dia tersenyum sinis. Penumbuknya juga dilayangkan pada muka Kitae.
Buk!
Buk!
Buk!
Buk!Mereka berbalas tumbukan sehingga menyebabkan hampir kesemua pelajar berkumpul di sekeliling mereka berdua. Mereka ingin mengetahui perkara yang sedang terjadi.
Hyunbin menghentakkan kepala Kitae pada loker sebanyak dua kali sehingga menyebabkan darah mula mengalir pada dahi lelaki itu. Tangannya kembali melayangkan penumbuk pada wajah Kitae.
Buk!
“ kau sebenarnya lemah ”
Buk!
“ tapi berlagak kuat ”
Buk!
“ aku benci orang yang spesies macam kau ”
Buk!
Hyunbin menghentikan perbuatannya. Matanya melihat Kitae yang sudah jatuh terkulai di loker. Dia tersenyum sinis.
“ yah, Kwon Hyunbin! ” jerit Chaeyoung. Dia dan Jisoo segera berlari ke arah Hyunbin dan Kitae.
Badannya berdiri di antara Hyunbin dan Kitae untuk menghalang lelaki itu mencederakan Kitae lagi. Manakala Jisoo melihat keadaan badan Kitae yang sudah cedera parah itu.
Muka Kitae dibelek dan disentuh perlahan.
Dia hampir menangis apabila melihat keadaan Kitae itu.
Mukanya dipenuhi dengan lebam. Dengan darah lagi yang mengalir di dahi dan bibir lelaki itu.
“ jom pergi bilik sakit. Kecederaan awak terus sangat ni ” ajak Jisoo. Dia memberikan pertolongan kepada Kitae bagi membantu lelaki itu berdiri.
Tetapi Kitae menolok pertolongan daripada Jisoo. Dia menepis tangan Jisoo daripada memegang lengannya.
Wajah milik Jisoo dilihat sebentar.
“ I don't need your help ” dingin sahaja Kitae bersuara. Dia bangun dari duduknya sambil mendesis kesakitan.
Seusai itu kakinya melangkah beredar dari situ untuk menuju ke bilik rawatan.
°°°
Tbc
[ Sila vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...