13%

69 10 0
                                    

Triple update for today





Yoochan tersenyum-senyum sambil memanggang daging dan organ dalaman. Kemudian beberapa ketul organ dalaman seperti hati dan limpa diletakkan di atas nasi Jisoo.

Jisoo hanya memandang organ dalaman tersebut tanpa ada sebarang niat untuk makan.

Senyuman Yoochan mulai pudar apabila melihat kelakuan Jisoo itu. “ kenapa noona tak makan? ” tegur Yoochan. Suaranya seperti berkecil hati dengan Jisoo.

noon—

“ Jisoo sunbae tak makan organ dalaman. Kau tak tahu ke? ” potong Kitae. Mangkuk nasinya ditukar dengan mangkuk nasi milik Jisoo.

Sesudu nasi disuap ke dalam mulut tanpa sebarang perasaan. Matanya asyik dengan mangkuk nasi tanpa menghiraukan manusia yang semeja dengannya.

Dia terpaksa makan dan duduk di meja ini disebabkan Hongseok iaitu majikannya berkenal rapat dengan Yoochan. Takkanlah dia mahu bergaduh dengan Yoochan di hadapan majikannya. Nanti apa yang majikannya fikir tentang dirinya? Tentu akan meninggalkan tanggapan yang buruk pada Hongseok.

Jisoo terkedu dengan perbuatan Kitae itu. Dalam diam dia mengukirkan senyuman walaupun remaja lelaki itu tidak melihatnya.

Chaeyoung telah menceritakan semua perkara tentang rahsia Kitae kepada dirinya. Rahsia yang Kitae memendam perasaan terhadapnya.

°°°


Flashback

“ Chaeyoung, aku nak tanya kau satu soalan ” ujar Kitae secara tiba-tiba. Tangannya segera mengambil kerusi di hadapan meja Chaeyoung lalu kerusi tersebut dipusingkan untuk menghadap gadis itu.

Punggungnya dilabuhkan pada kerusi. Wajah milik Park Chaeyoung dilihat.

“ kau nak tanya pasal apa? ” soal Chaeyoung pula. Pensil yang berada di tangannya diletakkan di tepi. Dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap Kitae.

Kitae menundukkan wajahnya. Perasaan malu secara tiba-tiba bertandang dalam dirinya.

Setelah beberapa saat dia mengangkat mukanya untuk memandang Chaeyoung. Matanya dipejamkan.

“ Jisoo noona suka apa? ” tanya Kitae dalam kadar yang segera.

Tetapi pertanyaannya tidak dibalas. Dia membuka matanya secara perlahan-lahan. Riak wajah Chaeyoung yang sedang menahan ketawa menghias matanya.

Kitae menunjukkan riak wajah yang serius. Biar gadis ini takut akannya. Yelah, dia kan pembuli.

“ kenapa kau tanya? ” soal Chaeyoung setelah berjaya mengawal ketawanya.

Kitae senyap.

Perbuatan Kitae itu membuatkan Chaeyoung tersenyum simpul. “ kau suka Jisoo unnie eh? ” teka Chaeyoung.

Kitae menggelengkan kepalanya laju. Dia bangun dari duduknya. “ kalau kau tak nak bagitau tak apa. Aku ada banyak benda nak buat ” kata Kitae. Dia bangun dari duduknya untuk beredar.

Namun Chaeyoung sempat memegang pergelangan tangan Kitae. Dia mahu menghentikan perbuatan lelaki itu.

“ oklah. Jisoo unnie suka buah strawberi ” ujar Chaeyoung. Kitae kembali pada tempat duduknya.

Mata dan telinganya menumpukan sepenuh perhatian kepada kata-kata gadis ini.

“ lagi satu. Dia paling suka nasi ”

“ tetapi dia tak suka makan organ dalaman ”

“ dan paling penting sekali. Her ideal type is man with a warm heart. More than anything else, she is looking for someone who will treat her well.

“ tapi aku tak tahulah kalau kau menepati ciri-ciri tu ke tak. Maklumlah kau kan ganas ” perli Chaeyoung. Muka Kitae mula cemberut. Kata-kata perlian Chaeyoung sungguh pedas sekali!

°°°

“ terima kasih untuk makanan ni ” ujar Kitae sekilas. Dia bangun dari duduknya untuk beredar.

“ kau makan je? Tak nak bayar? ” perli Yoochan. Kitae memberhentikan langkahnya. Matanya dipejamkan. Tangannya juga digenggam. Dia menarik dan menghembus nafas buat seketika untuk menenangkan diri.

Setelah merasakan dirinya sudah cukup tenang, dia memusingkan badannya ke belakang. Kakinya dilangkah ke meja kaunter.

Beberapa keping duit diserahkan kepada penjaga kaunter itu. Kemudian, kakinya kembali melangkah ke meja yang diduduki oleh Yoochan. Resit pembayaran makanan dikeletakkan secara kasar di atas meja.

“ nanti bayar kat aku balik. Kau yang makan paling banyak. Pastu suruh aku bayar semua. Dasar kedekut ” perli Kitae terus-terusan. Dia segera beredar dari situ.

Jisoo tersenyum mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Kitae. Dia bersetuju dengan semua kata-kata lelaki itu.

Kitae hanya makan sedikit sahaja. Padahal dia, Yoochan, Chaeyoung, Jennie dan Lisa yang makan paling banyak.

Jadi tidak adillah jika Kitae harus membayar semua makanan ini. Melainkan jika Kitae yang menawarkan diri untuk belanja mereka semua makan.

°°°
Tbc

°°°Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  

[C] Hope Not Where stories live. Discover now