Keesokkannya—Kitae membaca sebentar sticky notes yang telah dia tulis malam semalam.
“Every day may not be good... but there’s something good in every day.”
Dia tersenyum. Kemudian sticky notes itu dilekatkan pada loker milik Jisoo. Badannya dipusingkan untuk bersiap sedia beredar dari situ.
“ ehem ” seseorang berdehem. Kitae memusingkan badannya kembali ke belakang.
Matanya melihat figura yang berada di hadapannya ini. Dia terkaku.
J–Jisoo sunbae.
Dia sedang memegang sticky notes yang baru Kitae lekatkan pada lokernya.
Kitae mulai menggelabah. Takkan perbuatan rahsianya telah terbongkar?
Jisoo merenung wajah Kitae. Mukanya ketat seperti baru makan sesuatu yang pahit.
“ follow me ” arah Jisoo. Kakinya mula melangkah ke sesuatu tempat. Manakala Kitae hanya mengikuti langkah Jisoo.
Pada masa yang sama Kitae gementar. Dia gementar tentang perkara yang akan dikatakan oleh Jisoo.
Bermacam-macam andaian buruk yang dia fikirkan pada saat ini.
Salah satunya adalah Jisoo mungkin menyuruh dirinya agar tidak melekatkan sticky notes di lokernya lagi.
Dan paling buruk pun, mungkin Jisoo akan menengking dirinya.
Secara tiba-tiba kaki Jisoo berhenti melangkah. Kitae melangkah keadaan sekeliling.
Mereka berdua sekarang berada di bumbung sekolah. Jisoo memusingkan badannya menghadap Kitae.
“ so do you really like me? ” soal gadis itu secara tiba-tiba. Kitae terpinga-pinga dengan soalan tersebut. Secara perlahan-lahan dia mengangukkan kepalanya.
Buat apa dia mahu berahsia lagi?
Rahsianya sudah pecah.“ ok then. Let's date ” ujar Jisoo.
Mata Kitae terbuntang.
Betul ke apa yang dia dengar ni?
Telinganya masih berfungsi dengan elok bukan?“ a–apa sunbae? ” soal Kitae seperti tidak mempercayainya.
Jisoo tersenyum. Kakinya melangkah mendekati Kitae. Dia menjengketkan kakinya lalu menyentuh rambut lelaki itu memandangkan lelaki itu mempunyai ketinggian 186 cm. Itu pun Kitae perlu merendahkan badannya sedikit agar Jisoo dapat menyentuh rambutnya.
Jisoo kemudian mengusap rambut lelaki itu. “ aish buat pekak pula dia ni. Kita couple ” ucap Jisoo. Tangannya diletakkan pada sisinya kembali.
Wajah terpinga-pinga milik Kitae direnung. “ jumpa waktu rehat nanti, my boyfriend. Belajar elok-elok ” pesan Jisoo. Kakinya segera beredar dari situ.
Manakala Kitae memegang dadanya. Mukanya sudah kemerah-merahan akibat malu.
D–Dia seperti tidak percaya sahaja.
Dia sekarang sudah menjadi teman lelaki kepada Kim Jisoo yang merangkap senior dan crushnya!°°°
Kitae berjalan menuju ke kelasnya dari bumbung sekolah. Sepanjang perjalanan ke kelas, dia asyik memegang pipinya yang kemerah-merahan itu.
Sudah puas dia cuba untuk mengawal perasaan malunya ini. Tetapi perasaan malu ini tidak mahu pergi-pergi!
Kitae berhenti melangkah. Matanya tertumpu pada Jisoo yang sedang berdiri di hadapan kelasnya.
Kitae mengukirkan senyuman. Melihat gadis itu sahaja sudah mampu membuatkan dia gembira.
Jisoo mengangkat mukanya apabila perasan kehadiran Kitae yang sedang melihat dirinya. Dia juga tersenyum kepada Kitae.
Kitae melangkah ke arah gadis itu.
Dia tertanya-tanya mengapa Jisoo datang ke kelasnya sedangkan baru beberapa minit sahaja mereka berpisah.
Ada sesuatu benda penting yang Jisoo mahu sampaikan ke?
“ kenapa sunbae datang ke sini? Bukan ke kita baru berjumpa tadi? ” soal Kitae tanpa segan silu. Wajah milik Jisoo direnung.
“ you forget to give me something ”
Kitae mengerutkan dahinya. Dia lupa mahu berikan apa? Dia ada berjanji dengan Jisoo hendak memberikan sesuatu ke? Rasanya tak ada.
“ beri apa? ”
Jisoo memuncungkan bibirnya. Rasa kecewa tiba-tiba bertandang di dalam dirinya. Takkan Kitae sudah lupa?
Sudah beberapa minggu lelaki itu melakukan perbuatan tersebut. Takkan hari ni dia lupa?
“ tak ada makanan untuk saya ke? ” soal Jisoo tanpa berselindung.
Seperti tersedar Kitae segera mengeluarkan sesuatu daripada begnya. Makanan tersebut diberikan kepada Jisoo.
Onigiri berperisa ayam.
“ maaflah, hari ni saya tak sempat nak masak. Jadi, saya dapat beli onigiri ni je ” Kitae berterus-terang.
Jisoo menyambut huluran makanan tersebut dengan senang hati. Dia memberikan senyuman yang amat manis kepada Kitae.
“ gomawo ”°°°
Tbc
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanficDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...