05%

108 11 0
                                    


" please have a sit, Kitae " jemput Song songsaengnim sebaik sahaja Kitae menunjukkan mukanya di hadapan pintu bilik kaunseling.

Kitae masuk ke dalam bilik tersebut namun dia langsung tidak duduk di atas sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut.

Song songsaengnim tersenyum melihat kelakuan Kitae. " what are you waiting for. Please have a sit "

Kitae tersenyum sinis. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

" I don't need any caunseling advise saem "

Song songsaengnim terkedu dengan Kitae. Dia bangun dari duduknya.

Bahu milik anak muridnya itu dipukul perlahan. " I know you need it. So pl- "

" saem. I'm Kwak Kitae. I'm ok without your advise " Kitae memotong percakapan Song songsaengnim. Wajah milik guru kelasnya dilihat sekejap.

Kemudian, kakinya melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Song songsaengnim bersendirian.

Mata Kitae secara tiba-tiba bertembung dengan mata milik Yoochan. Kakinya berhenti melangkah lalu dia tersenyum sinis melihat lelaki itu.

Yoochan juga tersenyum. Dia memberikan senyuman yang dapat menyakitkan hati Kitae.

" kau nak apa? " soal Kitae. Nada suaranya seperti tertahan-tahan. Dia menahan geram dan amarah yang sedang menguasai dirinya sekarang ini.

Yoochan mendekatkan dirinya dengan Kitae. Mukanya didekatkan pada telinga lelaki itu.

" nothing. Cuma nak dengar dan tengok keadaan kau hari ini. Mana tahu kau ada niat nak mampus. "

Kitae mengenggam penumbuknya. Dalam beberapa saat sahaja penumbuk ini akan kena pada Yoochan. Tetapi dia sedar. Dia perlu bersabar dengan lelaki ini.

Yoochan sengaja mahu menyemarakkan lagi kemarahannya.

" nak membuli tapi mangsa buli lebih berkuasa daripada pembuli. Kau patut sedar diri tu sikit, Kwak Kitae. Syarikat ayah kau bergantung nasib pada syarikat ayah aku " kata Yoochan lagi. Dia menepuk bahu Kitae sambil tersenyum sinis. Kakinya mula melangkah.

Tetapi Kitae sempat memegang lengan Yoochan. Dia menghalang Yoochan daripada beredar dari situ.

Penumbuknya diangkat dan....

Buk!

Yoochan jatuh terduduk. Dia tergelak melihat muka kemerahan Kitae yang sedang menahan amarah.

Kitae memegang kolar baju milik Yoochan dan memaksa lelaki itu berdiri.

" kau ingat aku kisah ke kalau ayah kau lagi kaya daripada ayah aku! "

Buk!

" ya, memang aku tak sedar diri "

Beberapa orang pelajar cuba untuk menghalang Kitae daripada terus menumbuk muka Yoochan. Tetapi mereka semua ditolak dengan mudah oleh Kitae.

Buk!

" tapi aku bukan anak manja "

Buk!

Huh! Huh! Huh!

Keluhan nafas dilepaskan oleh Kitae. Muka Yoochan yang dipenuhi lebam dipandang dengan penuh jijik.

" kau dah jadi musuh aku. Kau tak ingat ke? " kata Kitae. Dia memperbetulkan baju sekolahnya yang telah ronyok.

Beberapa orang pelajar yang cuba menghalangnya tadi dilihat sekilas. Kemudian dia beredar dari situ.

" ommo! Chan-ahh " jerit satu suara dari arah belakang secara tiba-tiba. Kitae menoleh.

Kim Jisoo!

Kelihatan gadis itu sedang duduk bercangkung di tepi Yoochan. Muka Yoochan juga dibelek-belek oleh gadis itu.

Dia menunjukkan riak wajah yang risau pada Yoochan.

Kitae melihat Yoochan sekilas. Kali ini remaja lelaki itu tersenyum sinis seakan-akan mengejek dirinya.

Kitae memusingkan badannya kembali. Kakinya kemudian melangkah beredar dari situ.

°°°
Tbc

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now