29%

51 12 0
                                    


“ mana Kwak Kitae? ” tanya Song songsaengnim. Buku kedatangan harian yang berada di tangannya dilihat lalu matanya memandang pelajarnya seorang demi seorang, meminta jawapan.

Tetapi tiada seorang pun yang menjawab pertanyaan Song songsaengnim itu.

Mata guru lelaki itu kemudian mencari wajah Hyunbin. “ Hyunbin. Tahu tak kenapa Kitae tak datang hari ni? Awak kan kawan baik dia ” soal Song songsaengnim. Hyunbin tersenyum sinis.

Nampaknya Song songsaengnim masih tidak mengetahui perkara yang sedang berlaku antara dirinya dengan Kitae.

Belum sempat Hyunbin mahu membuka mulut, pintu kelas mereka dibuka dengan kasar. Muncullah wajah Kitae di muka pintu tersebut.

Song songsaengnim melihat Kitae dari atas sehingga ke bawah. Kitae kelihatan agak selekeh sedikit hari ini.

Rambutnya dibiarkan messy. Bajunya juga tidak dimasukkan ke dalam seluar.

Ini bukanlah Kitae yang dia kenal. Kitae yang dia kenal sukakan kekemasan walaupun pelajarnya itu suka bergaduh.

Kaki Kitae melangkah masuk ke dalam kelas. Semua mata di dalam kelas tersebut tertumpu kepada dirinya.

Dia duduk di tempatnya, kepalanya dilabuhkan di atas meja lalu matanya dipejamkan.

Manakala Song songsaengnim hanya melihat kelakuan Kitae itu. Tangannya bergerak menanda kehadiran Kitae pada buku kedatangan harian.

“ belajar elok-elok hari ni. Saya tak nak dengar sebarang laporan yang tak elok tentang kelakuan kamu semua, ” pesan Song songsaengnim memandangkan dia merupakan guru kelas bagi kelas ini. Kakinya mula melangkah keluar daripada kelas.

°°°

Kitae mencelikkan matanya apabila waktu rehat tiba. Kepalanya dipalingkan untuk melihat ke arah luar tingkap.

Secara tiba-tiba matanya tertangkap kelibat Jisoo. Dia tersenyum nipis.

Gadis itu telah menghadapi pelbagai kesukaran sewaktu bercinta dengan dirinya terutama sekali pada waktu sekarang.

Setelah berita tentang dirinya tersebar di sekolah, dia selalu menghubungi Nayeon untuk bertanya tentang keadaan Jisoo.

Dan gadis itu berkata, rakan sekelas Jisoo agak memulaukan gadis itu. Tetapi sebaik sahaja dia memberikan layanan dingin kepada gadis itu, rakan sekelas mereka tidak lagi memulaukan gadis itu.

Sebab itulah, dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan gadis itu. Dia juga menyekat nombor dan akaun media sosial dari gadis itu.

Kesemua layanan dingin yang diberikan kepada Jisoo adalah untuk kebaikan gadis itu juga.

Dia bukanlah seorang lelaki yang pentingkan diri, tetapi lebih kepada seorang lelaki yang mahu melindungi. Dia mahu melindungi orang yang dia cintai daripada tersakiti.

Kitae mengeluh lemah. Dia bangun dari duduknya. Kakinya melangkah keluar daripada kelas.

Tubuh milik Jisoo dicari di sekeliling kawasan sekolah. Dia ingin meluahkan sesuatu kepada gadis itu pada hari ini.

Dia bertekad!

Mata Kitae bersinar apabila menjumpai Jisoo sedang berjalan bertentangan dengan arahnya.

Kaki Kitae berhenti melangkah, dia menunggu Jisoo untuk sampai ke arahnya.

Setelah beberapa saat, Jisoo berada tepat di hadapannya. Gadis itu merenung muka Kitae. Lengan Kitae disentuh lembut.

“ Kitae ahh— ”

“ jumpa dekat rooftop sekarang ” arah Kitae. Dia melangkah laju untuk pergi ke bumbung sekolah meninggalkan Jisoo.

Jisoo mengeluh lemah.
Sampai bila Kitae mahu bersifat dingin dengan dirinya?

°°°

Jisoo tersenyum apabila melihat Kitae sedang menikmati pemandangan dari kawasan bumbung sekolah. Dia melangkah mendekati Kitae lalu berdiri di sebelah lelaki itu.

“ awak suka tengok pemadangan macam ni ke? ” soal Jisoo ramah. Senyuman yang manis diukirkan kepada lelaki itu.

sunbae ” kata Kitae sepatah. Dia memusingkan badannya menghadap Jisoo, riak wajahnya serius sahaja membuatkan senyuman Jisoo mulai pudar.

Jisoo tahu ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Riak wajah Kitae menunjukkan segala-galanya.

it is really hard for me now to live life like this ” ucap Kitae. Keluhan kecil terlepas pada bibirnya.

“ tapi saya tak sepatutnya libatkan sunbae dalam hal ini. Yeah, I know it is not my fault. Tapi saya tak nak sunbae kena tempias dalam hal saya— ”

Kitae berhenti berkata buat seketika.

“ —jadi saya ambil keputusan untuk putus dengan sunbae. But if they ask you why, you can say that you dumped me. I don't care at all ” sambung Kitae. Matanya melihat wajah Jisoo.

i'm so sorry. You need to meet someone better than me and be happy but I hope not to the point where you forget me ” kata Kitae lagi. Kakinya mula melangkah untuk beredar dari situ meninggalkan Jisoo bersendirian.

Mata Jisoo hanya melihat kelibat Kitae yang semakin menjauhi dirinya.

Hatinya meronta-meronta mahu mengejar lelaki itu, tetapi badannya kata tidak.

Jika itu yang Kitae mahu, dia faham. Walaupun hatinya terasa begitu sakit sekali pada saat ini.

Dia sakit dengan perpisahan ini.

°°°

Tbc

😭😭😭😭

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now