16%

70 11 2
                                    

Kitae memegang dulang makanan sambil kepalanya terjenguk-jenguk mencari kelibat Hyunbin.

Dia tersenyum sebaik sahaja melihat Hyunbin melambaikan tangan kepadanya. Kakinya segera melangkah mendekati meja yang diduduki oleh lelaki itu.

Namun senyumannya mulai pudar apabila melihat wajah-wajah pelajar yang turut berada di meja tersebut. Kakinya mula berhenti berjalan.

Ada Hyunbin, Chaeyoung, Lisa, Jennie sunbae dan juga Jisoo sunbae.

Kitae menggigit bibirnya. Dia mahu berpatah balik buat masa ini. Dia mahu mengelak daripada bertemu dengan Jisoo sunbae.

Entahlah dia tidak tahu mengapa. Tapi dia mahu menjauhkan diri buat seketika dengan Jisoo. Mungkin kerana dia malu apabila gadis itu mengetahui yang dia pernah bekerja di restoran barbeque.

Kitae memusingkan badannya ke belakang. Kakinya sudah bersiap sedia untuk berjalan memandangkan jarak antara dirinya dengan meja itu masih jauh.

“ Kitae! ” jerit Hyunbin. Kitae berdecit. Dia kembali memusingkan badannya menghadap Hyunbin.

Hyunbin tersenyum. Dia sedaya upaya memberikan isyarat agar Kitae duduk semeja dengannya.

Kitae mengeluh. Kakinya melangkah ke arah meja tersebut. Matanya memerhati tempat duduk yang kosong. Tetapi hanya tempat di samping Jisoo sunbae yang kosong.

Dulang makanan diletakkan di atas meja. Dia segera melabuhkan punggungnya di tempat kosong itu.

Kemudian dia mula menikmati makanan tersebut tanpa mempedulikan sesiapa pun. Mukanya langsung tidak diangkat untuk memandang rakan semejanya.

“ Jisoo sunbae bawa bekal ke? ” tegur Hyunbin secara tiba-tiba. Matanya segera dikalihkan untuk memandang Kitae.

Dia tahu bekal yang Jisoo dapat itu adalah daripada Kitae. Chaeyoung dan Nayeon sunbae telah menceritakan semua kepada dirinya.

Dari sticky notes hinggalah bekal makanan itu.

Jisoo tersenyum mendengar pertanyaan daripada Hyunbin. Dia kemudian menggelengkan kepalanya. “ ada orang bagi dia ” balas Jennie.

“ dengar kata orang tu peminat rahsia Jisoo unnie ” kata Jennie lagi.

“ uhuk uhuk ”

Kitae tersedak. Cawan yang berisi air minuman segera dicapai. Dia meneguk air itu sehingga habis. Tetapi tekaknya masih terasa perit.

Jisoo segera menghulurkan susu kotak berperisa strawberi kepada Kitae. Kitae mengambilnya lalu meneguk susu tersebut sehingga habis.

Mata Hyunbin terbeliak melihat perbuatan Kitae itu. Manakala Chaeyoung dan Lisa terkedu.

Tak pernah pernah Kitae meneguk susu selain perisa coklat. Tetapi kali ini, dia meneguk susu berperisa strawberi kepunyaan Jisoo.

Setahu Hyunbin, Kitae paling benci akan susu berperisa strawberi. Bukan benci, cuma Kitae tidak boleh makan makanan dan minum minuman yang berasakan strawberi. Dalam erti kata lain, lelaki itu alergik dengan strawberi.

Kitae meletakkan kotak susu yang kosong di atas meja. Matanya kemudian memandang Hyunbin, Chaeyoung dan Lisa yang duduk di hadapannya silih berganti.

Mata mereka bertiga terkelip-kelip memandang Kitae.

“ sejak bila kau boleh minum susu strawberi? ” soal Hyunbin.

Kitae membatu. Susu kotak berperisa strawberi yang telah kosong dilihatnya lama.

Perutnya dipegang. Dia bangun dari duduknya. Mulutnya juga ditekup. Dia segeea berlari untuk mencari tandas.

Dia terasa ingin muntah saat ini!

°°°

Kitae memejamkan matanya di atas katil yang terdapat di bilik sakit.

Dia muntah teruk selepas meminum susu strawberi Jisoo sunbae tadi!

Dia menyesal. Memang selepas ini, dia takkan minum susu berperisa strawberi lagi.

Sebaik sahaja dia keluar dari bilik air tadi, wajah Hyunbin, Chaeyoung, Lisa, Jennie dan Jisoo terbentang di matanya.

Masing-masing menunjukkan riak wajah yang risau akan keadaan Kitae. Terutama sekali Jisoo.

Malah gadis itu terus meminta maaf kepada Kitae sebaik sahaja dia keluar dari bilik air.

Mungkin kerana dia berasa bersalah di atas semua perkara yang terjadi. Dia yang beri susu berperisa strawberi itu kepada Kitae dulu, kalau dia tak beri susu itu tentu Kitae tidak muntah teruk sebegini.

Kitae tersenyum. Dia gembira apabila Jisoo peduli tentang dirinya. Nampaknya Jisoo sudah mula perasan akan dirinya.

°°°

Tbc

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now