Dia suka dia.
Mereka bercinta.
Kemudian berpisah.
❝ You need to meet someone better
than me and be happy
But I hope not to
the point where you forget me ❞...
Setelah lapan tahun menetap di Auckland, New Zealand, dia kembali ke Korea Selatan. Semua ini di atas arahan appanya, Tuan Kwak sendiri.
Selama lapan tahun itu juga, hubungannya dengan orang yang berada di Korea Selatan terputus. Dia langsung tidak mengetahui keadaan semasa di Korea Selatan. Dalam erti kata lain, Kitae hanya menumpukan kehidupannya di New Zealand.
Sepanjang berada di New Zealand, dia berjaya menamatkan pengajian sehingga ke peringkat universiti dalam jurusan seni kulinari.
Disebabkan itu, dia menjadi seorang chef yang terkenal di New Zealand dan juga di seluruh dunia.
Dia juga menulis sebuah buku resepi khas untuk makanannya. Dan paling mengejutkan, buku resepi tersebut telah habis terjual dalam masa beberapa jam sahaja.
Orang ramai juga memberikan respon yang terbaik terhadap resepi makanan yang terdapat di dalam buku tersebut.
Kitae memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat bertukar merah. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta untuk menghilang kebosanan.
Bebola matanya melihat orang yang lalu-lalang melintas jalan raya. Secara tiba-tiba matanya tertacap pada seseorang yang amat dikenalinya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Degupan jantungnya berdegup dengan laju. Dia terkedu.
Matanya dikelipkan berulang-ulang kali untuk memastikan perkara yang dilihatnya bukan sekadar ilusi.
Gadis tersebut sedang memeluk lengan seorang lelaki sambil melintas jalan. Gadis itu kelihatan amat gembira sekali.
Gadis itu tiba-tiba menolehkan kepalanya pada kereta Kitae. Mata mereka berdua bertembung membuatkan senyuman gadis tersebut mati.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mata Kitae melihat gadis itu sehingga bayangan gadis itu hilang di matanya.