Sorry for the late update
Enjoy!😉<••>
" Kwak Kitae pergi ke bilik pengetua sekarang " kata Song songsaengnim. Dia merenung tajam wajah Kitae.
Manakala Kitae bangun dari duduknya tanpa sebarang reaksi. Dia bergerak ke arah Song songsaengnim. Mereka berdua berjalan beriringan pergi ke pejabat pengetua yang terletak di tingkat pertama.
Tuk! Tuk! Tuk!
Song songsaengnim mengetuk pintu pejabat milik pengetua.
" masuk " arah suara dari dalam. Song songsaengnim membuka pintu. Kakinya melangkah masuk ke dalam pejabat pengetua diikut oleh Kitae dari belakang.
Mata Kitae diliarkan untuk melihat keadaan sekeliling pejabat pengetua ini.
Terdapat Yoochan dan seorang lelaki yang berumur. Mungkin ayah si Chan. Fikir Kitae.
Kemudian, matanya secara tiba-tiba terhenti pada figura yang sedang duduk tegak sambil merenung tajam dirinya.
Dia meneguk liurnya. " a-abeoji " kata Kitae perlahan. Kepalanya ditundukkan agar memandang lantai.
Tidak sanggup rasanya dia melihat wajah tegang milik Tuan Kwak, ayahnya.
" duduk " arah Tuan Kwak dingin. Kitae menuruti arahan daripada Tuan Kwak tanpa bantahan. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan Tuan Kwak dan bertentangan dengan Yoochan dan ayahnya.
" seperti yang Tuan Kwak lihat, muka Yoochan dipenuhi dengan lebam dan kesan luka. Semuanya disebabkan Kitae. Dia telah membuli Yoochan " beritahu Pengetua Kim.
Tuan Kwak memandang Kitae dari ekor matanya. " betul ke Kitae? " keras sahaja Tuan Kwak bertanya.
Kitae mengenggam kedua-dua tangannya. Kepalanya masih menekur memandang lantai.
" n-nae a-abeoji " jujur Kitae menjawab. Tangannya digenggam untuk menghilangkan perasaan gentar.
" minta maaf sekarang " arah Tuan Kwak sepatah.
Kitae terus mengangkat mukanya memandang Tuan Kwak. Dia agak terkejut dengan arahan yang diberikan.
" n-nae? " soal Kitae seperti tidak mempercayainya.
Tak. Tak mungkin ayahnya menyuruh dia meminta maaf di atas perbuatan buli yang dia lakukan.
Kebiasaannya, ayahnya akan menyelesaikan hal seperti ini dengan wang. Tetapi lain pula pada hari ini.
" me lu tut " arah Tuan Kwak lagi. Sepatah-sepatah Tuan Kwak menyebut suku kata perkataan melutut.
Kitae terus memegang lengan Tuan Kwak. " a-abeoji " kata Kitae separuh merayu.
Dia tidak mahu melakukan perkara yang disuruh.
Dan dia tak akan melakukannya.
Melakukan perbuatan itu ibarat dia menjatuhkan maruahnya sebagai seorang pembuli.Tuan Kwak memandang Kitae. Senyuman sinis diberikan kepada anak lelakinya.
" do it now Kwak Kitae! " arah Tuan Kwak. Kali ini suaranya dikuatkan.
" Tuan Kwak, rasanya Kitae tak perlu meminta maaf sambil melutut " Song songsaengnim membela Kitae. Kasihan apabila melihat Kitae dipaksa melutut sambil meminta maaf. Tidak pernah sekali pun bapa pelajar lelaki itu menyuruhnya melakukan perkara yang mencemarkan maruah anaknya.
Kitae menganggukkan kepalanya dengan laju.
" b-betul tu abeoji " kata Kitae.
Tuan Kwak senyap tanpa bicara. Kitae terkelu dengan perbuatan ayahnya ini.
Dia akhirnya bangun dari duduknya setelah beberapa minit keadaan senyap sunyi. Badannya ditundukkan sebanyak 90 darjah.
" Lee Yoochan, mianhae! " kata Kitae secara kuat. Dari ekor matanya, dia dapat lihat Yoochan sedang tersenyum kemenangan.
Kitae mengiggit bibirnya. Penumbuknya juga digenggam erat. Dia geram.
Dia geram dengan Lee Yoochan. Dia seperti mahu menumbuk sahaja remaja lelaki itu sebaik sahaja mereka keluar dari pejabat pengetua ini.
" I accept your apologize " balas Yoochan. Dia dan Tuan Lee bangun dari duduk dan melangkah keluar dari pejabat pengetua.
Kitae menegakkan badannya kembali. Tuan Kwak bangun dari duduknya. Kakinya dilangkah keluar daripada pejabat pengetua.
Kitae hanya mengikut langkah Tuan Kwak.
Setelah agak jauh dari bilik pengetua. Tuan Kwak memberhentikan langkahnya. Badannya dipusingkan menghadap Kitae.
Kemudian, sebuah penumbuk dihadiahkan pada wajah Kitae. Badan Kitae terdorong ke dinding. Tapak tangannya memegang sebelah pipi yang telah ditumbuk.
Perbuatan Tuan Kwak menyebabkan pelajar yang berada di kelas yang terdapat pada koridor menjengukkan kepala mereka untuk melihat perkara yang terjadi.
Tuan Kwak membetulkan tangannya yang telah menumbuk Kitae. Wajah milik Kitae direnung.
" anak yang memalukan! " kata Tuan Kwak tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Dia kemudian memusingkan badannya dan melangkah menjauhi Kitae.
Kitae hanya melihat Tuan Kwak sehingga lelaki tua itu hilang dari pandangan matanya sambil menyentuh pipinya yang terasa sakitnya apabila ditumbuk.
Dia kemudiannya memusingkan badannya ke belakang. Dapat dilihat seorang senior perempuan merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
" Jisoo sunbae "
Monolog Kitae. Kedua belah kakinya secara perlahan-lahan melangkah mendekati Jisoo sehinggalah dia berhadapan dengan gadis itu.
Sesaat
Dua saat
Tiga saat
Selama tiga saat Kitae merenung wajah milik Jisoo. Ingin tahu reaksi yang diberikan oleh Jisoo terhadap kelakuannya. Tetapi hampa gadis itu tidak langsung memberikan sebarang reaksi. Dia hanya berdiri kaku sambil memandang ke arah Kitae.
Kitae mula tersenyum sinis dan kembali melangkah ke hadapan. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Tanda dia tidak kisah akan kejadian yang berlaku sebentar tadi.
°°°
Tbc
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...