Dia suka dia.
Mereka bercinta.
Kemudian berpisah.
❝ You need to meet someone better
than me and be happy
But I hope not to
the point where you forget me ❞...
" woi budak. Kau minta maaf dekat aku sekarang. Makanan aku tumpah sebab kau " arah pelajar lelaki itu. Dahi Kitae ditunjal olehnya.
Kitae mengenggam kedua-dua belah tangannya. Wajah seniornyadilihat dengan renungan yang tajam.
Kemudian dia memberikan senyuman yang sinis. “ Yoongi sunbae yang langgar saya dulu ” ujar Kitae lancar.
Yoongi membelas renungan Kitae. Dagu Kitae dia pegang lalu ditepis kasar.
“ woi budak. Aku senior kau. Tunjuk hormat sikit ” tutur Yoongi panjang lebar. Dia mengukirkan senyuman sinis.
Jari Yoongi menunjal dada Kitae beberapa kali hingga menyebabkan badan Kitae terundur ke belakang.
Senyuman Kitae kian mengendur. Kesabarannya sudah mencapai had yang maksimum.
Dia terus menolak badan Yoongi sehingga lelaki itu terundur ke belakang dan jatuh terduduk.
Rakan-rakan Yoongi menolong lelaki itu bangun. Kakinya segera melangkah ke arah Kitae. Penumbuknya diangkat untuk menumbuk wajah Kitae.
Namun Kitae sempat menangkap penumbuk Yoongi itu. Dia menempis penumbuk Yoongi. Wajah Yoongi menjadi sasaran tumbukan Kitae.
Buk!
Satu tumbukan telah berjaya dilepaskan pada wajah Yoongi.
Terbeliak mata rakan-rakan Yoongi apabila melihat lelaki itu ditumbuk oleh Kitae. Yoongi segera mengarahkan dua orang rakannya agar memegang Kitae.
Kedua-dua mereka mengikut arahan yang diberikan oleh Yoongi. Kedua-dua tangan Kitae dipegang oleh rakan Yoongi.
Buk!
Wajah Kitae menjadi sasaran pertama Yoongi.
Buk!
Buk!
Buk!
Diikuti dengan perutnya. Yoongi berhenti menumbuk. Dia mengambil nafas buat seketika.
Dia melihat wajah Kitae. Bibir milik lelaki itu pecah. Mukanya juga lebam. Terdapat juga darah yang keluar daripada mulut Kitae.
Tetapi Kitae hanya memberikan senyuman mengejek kepada Yoongi. “ tu je ke yang kau boleh buat. Dasar lemah! ” provok Kitae. Dia tersenyum sinis.
Yoongi mengenggam kedua-dua tangannya. Dia tergugat dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Kitae.
Penumbuknya diangkat lagi. Tetapi kaki Kitae lebih pantas. Dia segera memusingkan badannya di udara sehingga menyebabkan lengan rakan Yoongi yang memegangnya berputar.
Mereka berdua segera melepaskan pegangan mereka pada Kitae. Lalu tangan mereka diusap. Mereka dalam kesakitan!
Kitae tersenyum. Tak sia-sia dia mempelajari parkour dulu. Darah yang terdapat pada bibirnya dilap kasar pada bajunya
Yoongi tergamam dengan perkara yang baru sahaja dilakukan oleh Kitae.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
“ sunbae nak minta maaf atau kita berlawan? ” soal Kitae.
Yoongi senyap.
“ saya akan anggap sunbae nak berlawan ” kata Kitae. Penumbukya diangkat bersiap sedia untuk dihayunkan pada wajah Yoongi.
Tetapi perbuatannya terhenti apabila seseorang telah memegang lengannya. Kepalanya ditundukkan untuk melihat gerangan yang memegang lengannya.
Jisoo sunbae.
“ geumanhae(stop it) ” ujar Jisoo. Mata bundarnya merenung wajah Kitae. Kitae membalas renungan mata Jisoo. Secara perlahan-lahan, tangannya dijatuhkan ke bawah.
Jisoo melepaskan pegangannya pada lengan Kitae.
Kitae kemudian melangkah laju untuk beredar dari situ.
“ tak sangka kau bela aku Jisoo ” kata Yoongi secara tiba-tiba. Dia tersenyum sinis.