“No one is perfect - that’s why pencils have erasers.”
Wolfgang Riebe
Keynote Speaker/MagicianJisoo membaca sticky notes yang kedua dia dapat. Seperti semalam, sticky notes itu ditampal di bahagian tepi dalam lockernya.
Buku Bahasa Korea dan Inggeris diambil manakala buku Matematik disimpan. Selepas itu, lockernya ditutup dan dikunci.
Jisoo menyandarkan belakang badannya pada locker. Kedua-dua belah matanya dipejam rapat.
Satu keluhan berat dilepaskan pada bibirnya.
Pengakuan daripada Yoochan masih terngiang-ngiang di telinganya.
“ Yoochan bagi semua tu sebab Yoochan suka noona ”
“ Yoochan suka noona ”
Selepas mendengar pengakuan Yoochan itu semalam, Jisoo terus beredar dari situ. Dirinya masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Yoochan menyukai dirinya. Dia sudah menganggap Yoochan seperti adik kandungnya.
Tetapi mengapa lelaki itu mempunyai perasaan terhadapnya?
Jisoo membuka matanya. Dia terkejut apabila melihat seorang pelajar lelaki sedang berdiri sambil merenungnya tajam.
Jantungnya dipegang. “ yah, kenapa berdiri kat situ macam patung. Sekurang-kurangnya beritahulah awak ada kat situ ” ujar Jisoo. Pelajar lelaki itu dijelingnya.
Mata Jisoo kemudian melihat tanda nama di baju lelaki itu. “ Kwak Kitae? ” Jisoo membaca tanda nama pelajar itu.
Kitae mengangukkan kepalanya. Tangannya disilangkan pada dada.
“ your face looks familiar. Kita pernah berjumpa ke sebelum ni? ” soal Jisoo polos. Muka Kitae dilihat lama.
“ oh, ya. Awak yang tumbuk Yoochan hari tu kan? ”
Kitae angguk. Tiada langsung rasa mahu menindakkan perkara itu. Sudah terang lagi bersuluh dia menumbuk Yoochan, jadi buat apa dia mahu menindakkan perkara itu. Buang masa sahaja.
Dalam pada masa yang sama dia agak kecewa dengan Jisoo. Dalam banyak-banyak kejadian yang Jisoo lihat, kejadian yang dia tumbuk Yoochan paling Jisoo ingat. Nampak sangat yang dia tidak penting dalam ingatan Jisoo.
“ ada apa jumpa saya? ” soal Jisoo.
Kitae mengangkat bahunya. “ saja ” balas Kitae.
Jisoo hampir tergelak mendengar balasan daripada Kitae itu.
Saja.
Saja?“ tak ada kerja lain k—”
“ tak ada ”
“ buatlah kerja sekola— ”
“ dah siap ”
Jisoo menahan geram. Dia tak sempat menghabiskan pertanyaannya tetapi sudah dijawab oleh Kitae. Menyakitkan hati betullah!
“ dah tu nak apa? ” soal Jisoo keras.
“ saja nak kacau sunbae ” balas Kitae. Kakinya mula melangkah untuk beredar dari situ. Dia tersenyum.
°°°
Jisoo mengerutkan dahinya apabila terdapat sebuah bekal di bawah mejanya. Bekal tersebut diletakkan di atas meja. Lalu penutupnya dibuka.
Terdapat lebih kurang 6 potongan kimbap.
Nayeon yang sedang menyiapkan kerja sekolah dilihat. “ kau betul-betul tak tahu ke siapa yang letak bekal ni? ” soal Jisoo.
Nayeon menggelengkan kepalanya. Jisoo mengeluh. Takkan Yoochan yang letak lagi?
Jisoo bangun dari duduknya. Kakinya berjalan menuju ke kelas Yoochan. Bekal makanan tersebut turut dibawa.
Jisoo terjenguk-jenguk melihat ke dalam kelas Yoochan yang riuh rendah itu. Tetapi hampa, kelibat remaja lelaki itu langsung tidak kelihatan.
“ unnie cari siapa? ” tegur Chaeyoung.
Jisoo lega apabila Chaeyoung yang merangkap rakan baiknya dan juga ahlu kelab pementasan drama.
Lengan Chaeyoung dipeluk. “ Yoochan ada tak? ”
“ ermm. Yoochan? ”
“ Dia ta— ”
“ Eh Jisoo sunbae ” potong seseorang dari depan pintu kelasnya. Jisoo menunjukkan muka meluat. Tadi sudah terserempak di locker, sekarang ini di hadapan kelas Yoochan pula.
Ada sahaja budak ini nak menganggu dirinya.
“ yes. Ada apa Kitae? ” soal Jisoo. Mukanya sengaja dimaniskan.
“ bukan ke sepatutnya saya yang tanya sunbae. Kenapa sunbae datang sini? ” soal Kitae pula. Matanya tertumpu pada bekal yang berada di tangan Jisoo.
“ saya cari Yoochan ” ujar Jisoo. Kitae menganggukkan kepalanya tanda faham.
“ nak bagi bekal tu kat Yoochan ke? ” serkap Kitae. Chaeyoung yang berada di sebelah Jisoo agak kekok dengan situasi ini.
“ m–mana ada ” balas Jisoo laju. Dia menindakkan kata-kata Kitae.
“ oklah kalau macam tu. ”
“ Chaeyoung boleh tak tolong ajar saya soalan Bahasa Inggeris. Saya tak berapa nak faham? ” soal Kitae. Chaeyoung menganggukkan kepalanya.
Kitae segera masuk ke dalam kelasnya kembali. Chaeyoung melihat wajah Jisoo. “ maaf unnie. Rasanya Chae tak nampak lagi Yoochan hari ini ” ujar Chaeyoung. Dia melangkah masuk ke dalam kelasnya kembali.
Manakala Jisoo masih termangu. Betul ke Yoochan yang bagi strawberi tu semalam padanya? Dia seperti tak mempercayai kata-kata remaja itu.
°°°
Tbc
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...