Kitae mengeluh. Skrip yang berada di tangannya sudah selesai dibaca. Namun kelibat Jisoo tidak dapat dia lihat semenjak Jennie memberikan skrip ini kepadanya. Gadis itu keluar dari situ tanpa memberikan sepatah perkataan pun kepada Kitae.Jisoo agak marah kepadanya kerana bersetuju untuk menggantikan watak Jinyoung dalam pertandingan drama kali ini.
“ so, Kitae. Dah habis baca? ” ramah sahaja Jennie bertanya. Dia menganggukkan kepalanya.
“ nanti awak kena hafal satu skrip ni tau. Kalau lupa, pandai-pandailah awak cover waktu pertandingan nanti ” pesan Jennie. Kitae tersenyum nipis mendengar pesanan Jennie.
Kemudian, keadaan mula senyap kembali. Akibat kekok dengan situasi itu, dengan perlahan-lahan Jennie beredar ke tempat lain.
Manakala Kitae menyambung pembacaan skripnya. Dia mahu menghafal skrip ini secepat yang mungkin!
°°°
Jisoo kembali masuk ke dalam dewan pementasan drama sebaik sahaja sesi latihan mahu bermula.
Mereka semua segera mengambil tempat masing-masing, termasuklah Kitae.
Tadi, Jennie, Lisa dan Chaeyoung telah memberikan penerangan kepada dirinya tentang babak pertama yang dia akan lakonkan bersama Jisoo.
Mereka bertiga juga menunjukkan video lakonan mereka kepada Kitae. Dapatlah Kitae mengkaji watak Jinyoung secara lebih mendalam di dalam drama tersebut.
Kedudukan sekarang adalah Kitae berdiri berhadapan dengan Jisoo.
Lelaki itu melihat wajah Jisoo buat seketika. Wajah gadis itu kelihatan pucat. Perasaan risau tiba-tiba bertandang dalam diri Kitae.
“ hey are you okay? Your face look so pale ” soal Kitae prihatin. Tangannya cuba untuk memegang wajah Jisoo tetapi ditepis oleh gadis itu.
Kitae tergamam. Kenapa layanan Jisoo terhadapnya pada hari ini sungguh dingin? Dia ada buat salah ke?
“ i'm okay. So don't worry about me ” balas Jisoo. Matanya dilarikan ke arah lain supaya tidak memandang Kitae. Sempat dia berikan sebuah jelingan khas buat Kitae.
Entahlah. Dia tidak tahu kenapa dia begitu marah pada Kitae hari ini. Sedangkan lelaki itu langsung tidak membuat dia marah.
Dia cuma tak puas hati tentang tarikh peperiksaan pertengahan tahun dan tarikh pertandingan drama ini. Tetapi mengapa lelaki itu yang menjadi mangsa kemarahannya?
Perutnya dipegang. Sejak dari pagi tadi perutnya ini sakit.
Ubat tahan sakit sudah dimakan.
Minyak sudah disapu.
Tetapi masih tiada perubahan.Period painnya pada kali ini sungguh menyakitkan.
Jisoo memejamkan matanya buat seketika berharap agar sakit ini akan reda. Tetapi lain pula yang terjadi. Kepalanya pening secara tiba-tiba dan menyebabkan badannya terhuyung-hayang.
Perkara terakhir yang dia ingat adalah Kitae menjerit memanggil namanya sebelum dia tidak sedarkan diri.
°°°
Jisoo membuka matanya secara perlahan-lahan. Perkara pertama yang menghiasi ruang matanya adalah siling berwarna putih.
Kepalanya ditolehkan ke sebelah kiri dan kanannya untuk tempat dia berada sekarang.
Bilik sakit.
Jisoo memejamkan matanya semula. Lengannya diletakkan di atas dahi.
Sakit pada perutnya sudah kurang tetapi kepalanya pula sedikit pening.
“ unnie dah sedar? ” tegur Lisa sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik sakit. Sebuku roti yang dia beli diletakkan di atas meja kecil di tapi katil Jisoo.
Jisoo hanya bersuara perlahan mengiyakan kata-kata Lisa.
“ how are you now? Okay or not? ” soal Lisa prihatin. Jisoo mengangukkan kepalanya perlahan tanda dirinya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Secara tiba-tiba, matanya dibuka. Wajah milik Lisa dipandang. “ by the way, macam mana unnie boleh ada kat sini? ”
“ unnie tak ingat ke? ”
Jisoo geleng kepalanya, membuatkan Lisa tersenyum nipis.
“ teman lelaki unnie, Kitae yang mencempung unnie sampai ke sini. Dahlah jarak antara bilik sakit dengan dewan pementasan drama tu jauh. Muka dia pucat sangat bila tengok unnie pengsan tadi. Habis semua orang dia marah sebab diorang semua tak prihatin tentang keadaan unnie ” cerita Lisa.
Jisoo termenung.
Kalau Kitae risau akan keadaan dirinya, mengapa lelaki itu tidak berada di sini sekarang?
Dia musykil.
“ Kitae kat mana sekarang? ”
“ oh, dia tengah praktis untuk pertandingan drama memandangkan dia jauh ketinggalan daripada ahli-ahli yang lain ”
Jisoo tergamam.
Kitae lebih mementingkan latihan drama daripada dirinya? Kenapa begitu? Sepatutnya dia lebih penting daripada pertandingan drama tu.
Hmmp!
Kitae memang nak kena dengan dia!
Dia nak merajuk!°°°
Tbc
Jisoo terlebih emo pulak
ಠ,_」ಠ
[ Sila vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...