Dia suka dia.
Mereka bercinta.
Kemudian berpisah.
❝ You need to meet someone better
than me and be happy
But I hope not to
the point where you forget me ❞...
Kitae menatang dulang makanannya. Sambil-sambil itu matanya tercari-cari tempat duduk yang kosong untuk dirinya bagi menikmati makan tengah hari ini.
Matanya secara tiba-tiba tertumpu pada sebuah meja. Terdapat lima orang pelajar di meja tersebut. Mereka kelihatan gembira sekali saat menikmati makanan mereka.
Jisoo sunbae,Lisa, Chaeyoung, Hyunbin dan paling mengejutkan Kitae sekali adalah Yoochan. Secara tiba-tiba sahaja Yoochan menjadi rapat dengan Hyunbin setelah dia dan Hyunbin bergaduh.
Kitae tersenyum nipis. Pandangannya dipaling ke arah lain, tidak mahu menatap wajah mereka berlima lagi.
Sudah tiga hari kejadian pergaduhan itu berlaku tetapi dia masih bergaduh dengan Hyunbin, jadi dia tidak mahu menjamu selera semeja dengan Hyunbin. Dia takut sekiranya selera makan dia dan Hyunbin mati apabila duduk semeja.
Hubungannya dengan Jisoo juga semakin renggang. Semuanya disebabkan oleh dirinya.
Mesej dan call daripada gadis itu langsung tidak diendahkan. Malah dia menyekat nombor gadis itu agar mereka tidak berhubung lagi.
Dia mahu menjauhkan dirinya daripada Jisoo sebentar. Dalam pada masa yang sama, dia mahu menenangkan dirinya di atas semua perkara yang telah terjadi.
Mata Kitae kemudian melihat sebuah tempat duduk kosong yang berada di belakang Hyunbin. Kakinya segera melangkah ke tempat tersebut lalu punggungnya terus dilabuhkan di atas kerusi tersebut.
Tangannya mula bekerja menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
" berani juga kan kau duduk kat belakang aku " kata Hyunbin. Kitae mengetap bibirnya. Dia tahu kata-kata daripada Hyunbin itu ditujukan khas kepadanya.
Tangannya digenggam. Kalau boleh, mahu sahaja dia melayangkan penumbuk di muka Hyunbin, tetapi bila mengenangkan mereka pernah menjadi rakan baik, Kitae membatalkan niatnya itu.
Dia meneruskan aktiviti menjamu seleranya tanpa mempedulikan kata-kata daripada Hyunbin.
" heh, mak kau tu spesies penggoda. Tak ada lelaki lain ke dia nak kahwin? Suami orang juga yang dia nak " kata Hyunbin lagi.
Kitae diam, tiada niat dia mahu melayan Hyunbin itu. Lebih baik dia berdiam diri daripada bersuara.
Mungkin orang lain akan ingat dirinya seorang yang lemah kerana tidak melawan kata-kata Hyunbin itu, tetapi mereka salah.
Orang yang paling kuat adalah orang yang berdiam diri ketika seseorang itu marah.
Kitae mengangkat mukanya apabila menyedari kerusi di hadapannya ditarik. Pelajar tersebut tersenyum nipis.
" kenapa Jennie sunbae duduk kat sini? " soal Kitae pelik. Jennie hanya membiarkan soalan tersebut tanpa jawapan. Tangannya menyuapkan makanan yang berada di hadapannya.
" heh, sejak dua menjak ni aku terfikir. Ayah kau kahwin dengan mak kau sebab apa eh? Sebab terlanjur ke? Aku rasa macam ya, sebab diorang pun bukannya pedulikan kau pun " kata Hyunbin secara tiba-tiba setelah beberapa minit berdiam diri.
Keadaan di kantin yang riuh-rendah kembali senyap. Mereka semua menumpukan perhatian kepada Hyunbin termasuklah Jisoo.
Mata Jisoo terkebil-kebil melihat Hyunbin. Dia rasa kata-kata daripada Hyunbin agak sedikit melampau.
Kitae mengenggam kedua-dua tangannya. Hyunbin sudah melebih!
Ayat dia kali ini memang membuatkan Kitae naik angin.
" Hyunbin sudahlah tu " kata Chaeyoung, cuba untuk membuat keadaan lebih baik. Lengan Hyunbin disentuh lembut, melarang lelaki itu menyerang Kitae dengan mulutnya.
Kitae menepis tangan Chaeyoung. Tangannya menumbuk meja makan sambil berdiri.
Kitae menyuapkan sesudu makanan ke dalam mulutnya sambil terketar-ketar. Dia sudah tidak boleh mengawal amarahnya pada saat ini.
Kedua-dua tangannya diangkat untuk dihentak pada meja.
" Yah, Kwon Hyunbin! " jeritan Jennie menghentikan perbuatan Kitae. Gadis itu bangun dari duduknya. Hyunbin memusingkan badannya menghadap Jennie. Wajah gadis tersebut dilihat.
Mata Kitae terkebil-kebil memandang Jennie.
" aku nak makan pun tak senang dengan perangai kurang ajar kau tu " marah Jennie.
" selera makan aku dah mati sekarang ni. Kau nak tanggung ke? " kata Jennie lagi.
Sudu yang berada di genggamannya dicampakkan ke atas lantai. Wajah Hyunbin dijeling tajam.
Hyunbin meneguk liurnya apabila melihat Jennie yang begitu.
Jennie boleh menjadi amat menakutkan apabila dia marah atau tiada mood. Tiada sesiapa yang berani mendekati gadis itu ketika dia sedang marah termasuklah Jisoo.
" aishh, jinja. Budak tak guna " kata Jennie lagi. Rambutnya dikusutkan. Dia kemudian mengatur langkah untuk beredar dari situ.
Kitae tersenyum nipis dengan tindakan Jennie.
°°°
Tbc
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]