07%

102 12 2
                                    


Double update for today!





Seperti hari-hari biasa, Jisoo akan ke lockernya dahulu untuk mengambil buku-buku yang ditinggalkan dalam locker tersebut.

Matanya terpadang pada sekeping sticky notes yang ditambal pada lockernya.

Sticky notes tersebut diambil dan dibaca.

“You’re off to great places, today is your day. Your mountain is waiting, so get on
your way.”

Dr. Seuss
Author/Poet

Jisoo tersenyum apabila membaca kata-kata semangat itu. Jarang betul dia mendapat sticky notes yang tertulis kata-kata semangat seperti itu.

Selalunya sticky notes yang dia terima pasti tertulis ayat-ayat yang manis untuk menggayat hatinya. Tetapi sticky notes pada kali ini berlainan sekali.

Orang yang melekatkan sticky notes ini pasti seseorang yang misteri.

Lagipula, tulisan pada sticky notes ini sangat kemas. Tenang matanya memandang.

Jisoo melekatkan sticky notes itu di bahagian tepi lockernya. Buku matematik dan sejarah diambil lalu locker tersebut dikunci. Dia beredar dari situ.

Dari kejauhan, Kitae hanya memerhati perbuatan Jisoo yang membaca sticky notes yang dikarang dan ditulis olehnya sendiri.

Penat dia memikirkan ayat yang sesuai untuk ditulis pada sticky notes itu.

Itu belum kira lagi dengan hari-hari yang dia habiskan untuk mengetahui di mana terletaknya locker milik Jisoo, pukul berapa Jisoo sampai ke sekolah, makanan kegemaran Jisoo dan seangkatan dengannya.

Penat?
Memang penat. Tapi disebabkan Jisoo telah menjadi crushnya yang rasmi. Jadi usahanya agak berbaloi lah juga.

°°°

Jisoo mengerutkan dahinya apabila terdapat sebekas buah strawberi di bawah laci mejanya dan juga sekeping di atas bekas tersebut.

Kad itu dibaca sekilas.

Eat it if you want.
If you don't want it, you
can throw it into the dustbin.
I'm okay with your action

Nayeon yang duduk di sebelahnya dilihat. Bekas strawberi itu ditunjukkan pada Nayeon.

“ kau ke yang letak? ” soal Jisoo ingin tahu. Namun Nayeon menggelengkan kepalanya.

“ bukan aku. Aku sampai-sampai sekolah tadi, strawberi ni memang dah ada kat situ. Mungkin kau ada peminat rahsia kot ” tebak Nayeon.

Jisoo tersenyum hambar. Bekas strawberi itu kemudian disimpan di bawah laci.

Punggungnya dilabuhkan pada kerusinya. Matanya melihat keadaan koridor luar kelasnya buat seketika.

Secara tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang dikenalinya melintasi kelasnya. Namun lelaki itu langsung tidak menolehkan kepalanya melihat Jisoo.

Entah mengapa dia dapat rasakan buah strawberi ini daripada pelajar lelaki itu. Jisoo menggelengkan kepalanya.

Mungkin bukan dia yang letak buah strawberi ini di dalam lacinya. Tebaknya.

°°°

“ Jisoo noona! ” panggil seseorang dari arah belakang. Jisoo memberhentikan langkahannya. Begitu juga dengan Jennie yang berjalan beriringan dengannya. Kepala mereka masing-masing ditolehkan ke belakang.

Jisoo tersenyum melihat gerangan itu. “ Yoochan–ahh ”

Yoochan tersenyum. Dia berlari mendekati Jisoo dan juga Jennie. Jennie memberi isyarat kepada Jisoo. Dia mahu pergi ke kantin dahulu.

Jisoo menganggukkan kepalanya lalu Jennie mula melangkah pergi dari situ meninggalkan Jisoo dan juga Yoochan.

“ muka Yoochan dah tak lebam dah ” ujar Jisoo tiba-tiba setelah menilik wajah lelaki itu.

Yoochan tersenyum kekok. Kepalanya digaru walaupun tak gatal.

“ bolehlah Yoochan datang ke latihan drama hari ni kan? ” soal Jisoo prihatin. Sebagai Naib Pengerusi ahli kelab pementasan drama, dia perlu memastikan ahli-ahlinya berada dalam keadaan cukup sihat untuk menghadiri latihan.

Yoochan menganggukkan kepalanya laju. Keadaan senyap sunyi buat seketika.

Mungkin kerana Yoochan dan Jisoo terasa ganjal dan kekok dengan situasi ini.

“ hmm. Kalau dah tak ada apa-apa, noona pergi dulu lah ya ” kata Jisoo. Kakinya mula mengatur langkah.

noona, jamkaman ” kata Yoochan. Jisoo memusingkan badannya kembali ke belakang.

Yoochan menundukkan kepalanya ke bawah. Tangannya diramas.

Dia menarik nafas buat seketika. Lalu kepalanya diangkat untuk melihat wajah Jisoo. Mata milik gadis itu direnung.

noona ada dapat sticky notes dan buah strawberi ? ”

Jisoo mengangukkan kepalanya.

“ Sebenarnya Yoochan yang bagi noona

Jisoo tersenyum mendengar pengakuan Yoochan. Rambut milik Yoochan diramas.

“ terima kasih. Noona sangat harg— ”

“ Yoochan bagi semua tu sebab Yoochan suka noona

“ Yoochan bagi semua tu sebab Yoochan suka noona ”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°°°

Tbc

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now