From: kwakki+Saya tunggu sunbae
+ Dekat The Cafe's
+Anything you want me to order?You
+Iced Americano and cheese cake
+Tenkiu
+ (つ≧▽≦)つJisoo menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Matanya mencari-cari cafe yang dikatakan oleh Kitae di dalam mesej.
Setelah terlihat cafe itu, dia segera pergi ke cafe itu. Badannya masuk ke dalam cafe lalu matanya mencari kelibat Kitae.
Dia tersenyum apabila melihat Kitae yang sedang duduk di penjuru cafe sambil bermain dengan telefon.
Lelaki itu kelihatan agak kacak dan segak dengan mengenakan pakaian tersebut.
Jisoo segera melangkah ke arah Kitae. Kerusi yang berada di hadapan Kitae ditarik lalu punggungnya dilabuhkan.
Kitae mengangkat mukanya memandang Jisoo. Dia mengukirkan senyuman. Telefonnya segera diletakkan di tepi.
“ dah lama ke tunggu? ” soal Jisoo berbasi-basi, sengaja mahu mewujudkan topik perbualan.
Kitae menggelengkan kepalanya. “ baru je. Tu cheese cake and iced americano sunbae ” ujar Kitae. Tangannya mencapai secawan kopi air yang terletak di atas meja. Dia menghirupnya.
Manakala Jisoo mula menikmati cheese cake yang telah dibeli oleh Kitae. Sesudu cheese cake disuakan pada mulut Kitae. Lelaki itu memakannya.
“ btw, janganlah panggil saya sunbae. Kita kan dah bercinta ”
“ habis tu nak panggil apa? Noona? macam Yoochan selalu panggil tu? ” ujar Kitae. Matanya merenung mata bundar milik Jisoo.
Jisoo mengemam bibirnya. Matanya dilarikan dari melihat Kitae.
“ you can call me using my name. I allow it ” balas Jisoo.
Kitae mengangkat kedua-dua belah bahunya. “ okay, kalau itu yang sunbae nak ” kata Kitae sekilas. Matanya masih tidak dapat berhenti daripada merenung wajah Jisoo.
Gadis itu terlalu cantik!
“ Kim Jisoo–shii, neomu yeppuda (very beautiful) ” puji Kitae.
°°°
Jisoo memeluk lengan Kitae sambil berjalan dengan lelaki itu. Kaki mereka melangkah ke arah taman yang berdekatan dengan cafe.
Mata Jisoo secara tiba-tiba terlihat sebuah gerai yang menjual gula-gula kapas. Dia terus menarik badan Kitae agar menuju ke gerai tersebut. Lelaki itu hanya merelakan badannya ditarik oleh Jisoo.
“ saya nak ni boleh? ” tanya Jisoo kepada Kitae. Mukanya sengaja dicomelkan agar lelaki itu membelikan gula-gula kapas ini untuknya.
Kitae melihat wajah Jisoo tanpa sebarang riak. Jisoo kemudian memuncungkan bibirnya. Setelah sekian lama, satu keluhan kecil terbit pada bibir Kitae.
“ ahjushhi, satu ni berapa? ” soal Kitae. Matanya ditumpukan pada pemilik gerai itu.
“ 1500 won ”
“ give me one ”
Jisoo segera memeluk badan Kitae. Dia gembira apabila Kitae membelikannya gula-gula kapas. Senyuman sentiasa diukirkan pada bibir Jisoo khas untuk Kitae sahaja.
Pemilik gerai tersebut memberikan gula-gula kapas yang telah dipesan oleh Kitae. Manakala Kitae menghulurkan duit kepadanya.
Gula-gula kapas tersebut diberikan kepada Jisoo. Gadis itu mencuit sedikit gula-gula kapas itu, lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
Matanya terpejam-pejam menikmati rasa manis gula-gula itu.
Mereka berdua melangkah ke arah bangku yang berdekatan. Punggung dilabuhkan di atas bangku tersebut.
Jisoo kembali menikmati gula-gula kapas yang telah dibelikan oleh Kitae.
Kitae menolehkan kepalanya untuk melihat Jisoo. Dia tersenyum melihat kelakuan gadis itu.
“ masisseoyo? (is it delicious) ” soal Kitae.
Jisoo mengangukkan kepalanya laju.
Kitae tersenyum. Rambut milik Jisoo diusap.
Jisoo membalas senyuman Kitae. “ oh ya. Dah lama saya nak tanya soalan ni kat awak. Tapi asyik lupa je ” ujar Jisoo. Secubit gula-gula kapas dimasukkan ke dalam mulutnya lagi.
Kitae menjongketkan keningnya. “ apa dia? ”
Jisoo menyudahkan kunyahan baki gula-gula kapas yang terdapat di dalam mulutnya sebelum mula bercakap.
“ how you can fall in love with me? ”
Kitae senyap. Dia menarik Jisoo masuk ke dalam pelukannya.
Setelah itu, matanya merenung mata Jisoo.
“ I just need 3 seconds to fall for you. Saat yang pertama adalah ketika melihat awak. Saat kedua adalah ketika awak melihat saya. Dan saat ketiga adalah ketika kita melihat satu sama lain. Pada saat ketiga itu jugalah, my heart say that you are one. The one who steal my heart ”
Jisoo terkebil-kebil mendengar ayat pengakuan daripada Kitae. Jantungnya secara tiba-tiba berdegup dengan laju buat pertama kali dalam hidupnya. Dia tidak pernah merasa perasaan yang sebegini jika bersama dengan orang lain.
Jisoo tak biasa dengan keadaan ini. Dia boleh terkena sakit jantung disebabkan ayat manis Kitae ini.
Jarang sekali lelaki ini memberikan kata-kata manis kepadanya. Bukan jarang tetapi tidak pernah. Secara tiba-tiba, hari ini Kitae mengungkapkan ayat-ayat tersebut. Dia agak terkejut.
“ i love you Kim Jisoo with all my heart ”
Kitae segera melabuhkan bibirnya pada bibir Jisoo.
°°°
Tbc
Siapa cair? 🙋
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...