Kitae terlopong apabila melihat buku latihan sejarahnya basah dengan air susu coklat. Hyunbin yang berada di sebelahnya juga agak terkejut dengan keadaan meja dan buku Kitae.Buku yang basah tersebut Kitae angkat. Kemudian satu persatu wajah rakan sekelasnya dipandang.
" siapa yang buat? " soal Kitae geram.
Wajah milik Yoochan dicari. Dia seratus peratus pasti yang lelaki itu melakukan perbuatan tersebut. Sudah hampir sebulan mereka berdua tidak bergaduh. Dan Kitae pasti, Yoochan mesti bosan apabila tidak bergaduh dengan dirinya.
Hobi Yoochan kan melihatnya naik marah.
Matanya merenung wajah Yoochan tajam. Lelaki itu hanya beriak selamba.
" bukan aku yang buat " balas Yoochan tanpa pertanyaan daripada Kitae.
Kitae melangkah menuju ke meja Yoochan. Meja tersebut dihentak.
" kalau bukan kau yang buat, habistu siapa! " marahnya. Yoochan bangun dari duduknya. Dia mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Akibat geram dengan balasan Yoochan, Kitae segera memegang kolar baju milik Yoochan. Penumbuk diangkat. Dia sudah bersiap sedia untuk menumbuk muka Yoochan.
" weh, Kitae. Aku rasa kau tak perlu sampai macam ni " tegur Hyunbin. Dia cuba untuk menghalang Kitae daripada menumbuk muka Yoochan.
Hyunbin tahu yang Kitae mempunyai sifat panas baran yang melampau. Jadi, dia cuba untuk menghalang perkara buruk daripada terjadi. Mana tahu Kitae akan menumbuk Yoochan sehingga lelaki itu masuk hospital.
" aku setuju dengan Hyunbin tu " kata Yoochan sambil tersenyum mengejek.
" kau senyap bodoh! " arah Kitae pada Yoochan.
Kitae melihat Hyunbin lama. Kemudian, secara perlahan-lahan dia melepaskan kolar baju milik Yoochan. Yoochan tersenyum kemenangan.
" sebenarnya tadi aku ada nampak orang yang curah air susu coklat kat meja kau " beritahu Yoochan secara tiba-tiba.
" siapa yang buat? " tanya Kitae.
" Keum Donghyun "
Jawapan daripada mulut Yoochan menyebabkan mata Kitae segera mencari Donghyun. Kesemua mata rakan sekelasnya juga terarah pada Donghyun yang berada di pintu hadapan kelas.
Donghyun mengundurkan kakinya ke belakang secara perlahan-lahan. Kitae merenung tajam perbuatan Donghyun.
Setelah beberapa saat, Donghyun berlari dari situ menuju ke tempat lain.
" yah, Keum Donghyun! " jerit Kitae. Dia segera mengejar Donghyun daripada belakang.
Manakala Hyunbin melihat Yoochan. " kau yang suruh Donghyun curah susu kat buku Kitae kan? " soal Hyunbin.
Yoochan mengangkat bahunya. " jawapan kepada pertanyaan kau tu terpulang pada diri kau. Kau nak percaya kata-kata aku ataupun tak " balas Yoochan. Hyunbin menjeling Yoochan.
Kemudian dia mula mengejar Kitae. Malas dia mahu melayan Yoochan yang tidak matang itu.
°°°
Kitae menghentak badan Donghyun pada dinding.
Buk!
Buk!
Buk!Donghyun sudah jatuh terkulai di lantai setelah ditumbuk oleh Kitae. Kitae melonggarkan tali lehernya.
Kolar baju milik Donghyun dipegang. Dia kemudian memaksa Donghyun untuk berdiri.
Pelajar yang mengelilingi mereka berdua langsung tidak dihiraukan. Biasalah bila ada pergaduhan pasti sahaja mereka semua mahu mengetahui perkara yang telah terjadi.
Kitae pelik. Tadi dia mengejar Donghyun dan lelaki ini tiba-tiba sahaja berhenti di hadapan koridor sebuah kelas. Dia seperti menyerahkan dirinya kepada Kitae.
Kitae mengangkat penumbuknya. Kali ini dia menumbuk perut Donghyun.
Buk!
Buk!
Buk!Kepala Donghyun dihentak pada dinding beberapa kali sehingga darah mula mengalir pada dahi lelaki itu.
Akhirnya Donghyun terkulai di atas lantai.
Kitae memperbetulkan nafasnya. Wajah milik Donghyun dilihat sekilas. Kemudian kepalanya dipaling untuk melihat keadaan sekeliling.
Dari situ dia dapat lihat Jisoo sedang menunjukkan riak wajah yang risau. Mungkin risau dengan keadaan mangsa tumbukan Kitae.
Mata Jisoo bertembung dengan mata kitae. Kitae hanya tersenyum sinis sebagai balasan.
Secara tiba-tiba Hyunbin datang ke arahnya bersama-sama dengan Song songsaengnim. Jisoo mula beredar dari situ. Hyunbin dan Song songsaengnim memandang wajah Kitae dan Donghyun silih berganti.
Hyunbin dan salah seorang pelajar lelaki menolong Donghyun untuk berdiri. Mereka berdua membawa Donghyun ke bilik rawatan.
Song songsaengnim merenung kelakuan Kitae. Dia kemudian mengeluh. “ jumpa saya di bilik guru lepas ini ” arah Song songsaengnim.
Kitae hanya menundukkan kepalanya ke lantai. Tangan yang digunakan untuk menumbuk Donghyun dilihat. Kemudian tangan tersebut digenggam.
°°°
Tbc
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...