22%

68 12 4
                                    


Kitae tersenyum apabila melihat kelibat Jisoo yang sedang berdiri di hadapan papan kenyataan sekolah. Dia segera mendapatkan gadis itu.

Jisoo mengangkat kepalanya untuk memandang Kitae. Dia tersenyum nipis.

“ tengok apa tu? ” soal Kitae berbasi-basi. Jisoo tidak menjawab soalan daripada Kitae itu sebaliknya hanya keluhan kecil yang keluar dari mulut gadis itu.

Kitae melihat Jisoo sejenak kemudian matanya melihat ke arah papan kenyataan.

Satu persatu perkataan dia baca dengan teliti.

Pengumuman!

Peperiksaan pertengahan tahun akan bermula 2 minggu daripada sekarang.
Sila bersedia bagi mendapatkan gred yang terbaik.

exam? ” soal Kitae.

Jisoo mengangukkan kepalanya dengan lemah. Kepalanya diangkat untuk memandang Kitae. Dia mengeluh.

what's the matter? ” soal Kitae prihatin. Rambut Jisoo diusap lembut.

“ saya ada pertandingan drama sebelum hari peperiksaan. So, I don't have enough time to practice and study ” adu Jisoo. lemah sahaja suara gadis itu berkata.

“ pertandingan lagi? Bukan ke haritu dah menang? ” soal Kitae. Dia mengerutkan dahinya. Dia pelik.

Setahunya, pertandingan drama yang disertai oleh Jisoo telah tamat lebih kurang tiga yang lalu. Takkan ada pertandingan drama lagi?

“ yang tu bukan pertandingan. Drama hari tu sebagai pembukaan majlis penting. Kali ini baru pertandingan ” terang Jisoo.

“ dahlah, malas nak cakap dengan awak. Buang masa je ” kata Jisoo. Sebelum beredar, dia sempat menghadiahkan sebuah jelingan yang tajam buat Kitae. Biar lelaki itu sakit hati!

Sudahlah moodnya hari ini akan terumbang-ambing. Mungkin kerana dia sedang datang bulan. Jadi hormonnya agak tidak betul.

Kitae menggaru kepalanya.

Aik!
Dia tanya je.
Itupun nak marah.

°°°

“ yah, berlatih elok-eloklah ” marah Jisoo. Dia mengurut pelipis kepalanya. Masa untuk mereka berlatih tinggal dua minggu sahaja lagi.

Dua minggu adalah masa yang paling singkat bagi mereka untuk berlatih.

Itu belum kira lagi, ada yang tak datang sewaktu latihan.
Nak ubah skrip.
Nak susun semula lakonan.

Sudahlah ramai yang tarik diri dalam pertandingan ini disebabkan minggu peperiksaan semakin dekat.

Secara tiba-tiba, Jisoo diserang sakit kepala. Dia stress dengan satu persatu masalah yang menimpanya pada hari ini.

“ Jisoo unnie. Jinyoung sunbae tarik diri ”  beritahu Jennie. Mukanya masam semasa memberitahu pada Jisoo tentang berita buruk tersebut.

Jisoo melihat satu persatu ahli kelab pementasan drama yang sedang duduk di hadapannya.

Pengerusi kelab pementasan drama sendiri menarik diri dalam pertandingan kali ini. Itu belum kira ahli-ahli yang lain. Muka mereka masing-masing seperti tidak rela mahu menyertai pertandingan ini.

Jisoo akhirnya mengeluh. Punggungnya dilabuhkan di atas lantai. Mukanya disebamkan pada lututnya.

Dia seperti ingin menangis ketika ini!

Sudahlah Jinyoung merupakan first lead dalam drama kali ini. Mana dia nak cari lelaki yang boleh menghafal skrip dalam masa yang singkat untuk menggantikan Jinyoung? Dan paling penting sekali, lelaki itu mestilah tidak kayu semasa berlakon nanti.

Jisoo mengangkat mukanya setelah sekian lama. “ siapa nak tawarkan diri untuk gantikan tempat Jinyoung? ” soal Jisoo setelah lama berdiam diri.

Namun kesemua ahli kelab tersebut menundukkan wajah mereka, tidak berani mahu memandang Jisoo. Dalam erti kata lain, mereka tidak berani mahu menggantikan tempat Jinyoung.

Bagi mereka, mereka perlu mempunyai keyakinan yang tinggi sekiranya mahu menggantikan tempat Jinyoung.

Hal ini kerana, Jisoo merupakan teman wanita Jinyoung di dalam drama tersebut. Semestinya ada beberapa babak romantik yang perlu mereka lakonkan bersama.

no one? ” soal Jisoo lagi.

Pertanyaannya tidak berjawab. Jisoo tahu jawapan ahli kelab tersebut terhadap persoalannya, tetapi dia tetap berfikiran positif agar ada seseorang mahu menawarkan diri mereka.

Secara tiba-tiba pintu dewan pementasan drama dibuka oleh seseorang. Mereka semua menumpukan perhatian ke arah pintu tersebut.

Mata Jennie membulat apabila melihat lelaki itu. Idea muncul di dalam otaknya semasa semua orang tengah serabut. Muka Jisoo dilihatnya “ unnie, Kitae boleh ganti Jinyoung! ” kata Jennie teruja.

Jisoo segera memalingkan mukanya memandang Jennie. Dia seperti tidak percaya Jennie memberikan idea sebegitu.

Idea yang tidak masuk akal sekali!

are you kidding me? ” soal Jisoo seperti tidak mempercayainya.

Wajah milik Kitae dan Jennie dipandang silih berganti.

“ Kitae, awak boleh kan? ” soal Jennie kepada Kitae yang sudah berada di sebelah Jisoo.

Kitae terpinga-pinga dengan soalan Jennie. Wajah Jisoo dilihat agar gadis itu memberikan penjelasan kepada dirinya.

“ awak gantikan Jinyoung dalam drama kali ni ”

“ hah? ”

I think you don't have any problem for this because you already Jisoo's boyfriend. Awak cuma perlu hafal skrip dan berlakon ”

°°°
Tbc

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now