20%

59 12 0
                                    


Pergaduhan antara Kitae dan Yoongi menjadi bualan hangat seluruh pelajar sekolah.

Mereka semua mengatakan Kitae gila. Gila kerana cukup berani untuk bergaduh dengan Yoongi yang merupakan pembuli  paling berkuasa di sekolah itu selain Kitae.

Lagipun Yoongi merupakan seniornya.

Tetapi Kitae beriak biasa sahaja jikalau terserempak dengan lelaki itu. Begitu juga dengan Yoongi. Lagi pula mereka berdua telah diberikan sesi kaunseling dan disiplin selepas kejadian pergaduhan itu berlaku.

Yoongi juga telah meminta maaf kepada Kitae atas kejadian yang berlaku. Dia tidak sepatutnya menyerang Kitae dahulu. Dan Kitae telah menerima kemaafan Yoongi tanpa merungut.

Sudah seminggu kejadian pergaduhan iru berlaku. Ini bermaksud sudah seminggu juga Kitae menjalinkan hubungan dengan Jisoo.

Setiap pagi dia pasti akan melekatkan sehelai sticky notes pada loker Jisoo walaupun mereka berdua sudah bercinta. Perkara itu sudah menjadi tabiatnya. Jadi dia tidak boleh mengubahnya secara tiba-tiba.

Setelah melekatkan sticky notes pada loker Jisoo, dia pasti akan menunggu gadis itu di hadapan lokernya.

Kitae tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya sebaik sahaja melihat kelibat Jisoo.

Kitae tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya sebaik sahaja melihat kelibat Jisoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gadis itu sedang berjalan mendekati dirinya. Sebaik sahaja tiba di hadapan Kitae, gadis itu terus menjongketkan kakinya lalu mengusap rambut Kitae.

Dia kemudian mengambil sticky notes yang telah dilekatkan pada lokernya. Sticky notes tersebut dibaca perlahan.

"The key to life is accepting challenges. Once someone stops doing this, he's dead."
-Bette Davis

Sticky notes tersebut dilekatkan di dalam lokernya. Buku-buku mata pelajaran diambil. Setelah itu, dia mengunci lokernya.

Kitae mengambil buku-buku yang berada di tangan Jisoo. Dalam erti kata lain, dia tolong membawakan buku-buku gadis itu.

Jisoo hanya membiarkan perbuatan Kitae itu. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kelas Kitae.

°°°


Kitae membiarkan Jisoo duduk di tempatnya manakala dia menarik kerusi yang berada di hadapannya, lalu dia duduk menghadap Jisoo.

Bekal makanan yang dia bawa dari rumah dikeluarkan dari begnya. Kemudian bekal tersebut dihulurkan kepada Jisoo.

Jisoo mengambil bekal tersenyum. Senyuman diukirkan.

“ hari ni makanan apa pula? ” soal Jisoo. Tangannya segera membuka bekal makanan tersebut.

Matanya mula bersinar sebaik sahaja melihat makanan tersebut. “ wah, pa-jeon! ” kata Jisoo dengan teruja. Makanan tersebut segera disuapkan ke dalam mulutnya.

Kitae tersenyum melihat gelagat Jisoo itu. Pantang nampak makanan!

Lelaki itu meletakkan dagunya di atas meja. Matanya tetap menatap kelakuan Jisoo yang sedang makan itu. Comel!

Jisoo terpandang akan Kitae. Sepotong pa-jeon disuakan pada Kitae, tetapi Kitae menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

“ tengok sunbae makan pun dah buat saya kenyang ” ujarnya.

Pak!

Jisoo mengetuk kepala Kitae. Lelaki itu terus memegang dan mengusap tempat yang dipukul oleh Jisoo.

Dahinya dikerutkan tanda sakit.

“ tak sukalah dengar ayat macam tu. Tak sweet langsung ” balas Jisoo. Sepotong pa-jeon dimasukkan ke dalam mulutnya.

“ habis tu, sunbae nak dengar ayat macam mana? Penat saya tengok kdrama, baca buku dan tanya pada Hyunbin macam mana nak jadi lelaki yang sweet

just be yourself Kwak Kitae. You don't have to be someone else.”  kata Jisoo, tetapi kata-katanya tidak mendapat balasan daripada Kitae.

Dia melihat Kitae. Lelaki itu sedang memejamkan matanya. Mungkin merajuk?

Satu keluhan berat terlepas daripada mulut Jisoo. Inilah padahnya bila bercinta dengan orang yang muda daripadanya.

“ kwakki merajuk ke? ”

Senyap.

“ diam tandanya ya ”

Senyap.

Jisoo menggaru kepalanya. Dia buntu. Kitae betul-betul tidur ataupun tidak?

Akhirnya Jisoo meletakkan kepalanya di atas meja. Matanya merenung wajah Kitae.

Hidung mancung.
Bibirnya mungil.
Dan
Paling menarik sekali adalah rambutnya.

Rambut Kitae selalu kelihatan kemas walaupun gaya rambutnya agak bad boy.

Jisoo memberanikan dirinya untuk menyentuh rambut Kitae. Jarinya kemudian turun menyentuh hidung lelaki itu. Perbuatannya terhenti apabila jarinya berada hampir dengan bibir lelaki itu.

Secara tiba-tiba lengannya dipegang oleh Kitae. Mata Kitae terbuka dengan luas.

Mata mereka bertembung buat seketika. “ dah puas tengok? ” soal Kitae. Dia menjongketkan keningnya. Pegangan pada lengan Jisoo dilepaskan.

Jisoo segera mengangkat mukanya. Dia mula menggelabah. “ m–mana ada ” jawab Jisoo tergagap-gagap. Kitae tersenyum. Wajahnya juga diangkat. Kemudian rambut milik Jisoo diusap.

sunbae, nak spend time dengan saya tak esok? ”

°°°

Tbc

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now