35%

59 11 0
                                    


New Zealand

“ haih, ” keluh Kitae. Matanya memerhati pemandangan di New Zealand melalui cermin tingkap ruang tamunya.

Sudah lima hari dia kembali semula ke New Zealand, tetapi kejadian di Korea Selatan tempoh hari masih bermain di benak fikirannya.

Terutama sekali wajah Kim Jisoo merangkap bekas kekasihnya sewaktu di sekolah tinggi.

Jatungnya masih berdegup dengan laju sewaktu bertatapan dengan wajah cantik itu.

Kitae memang tak dapat menafikan yang wajah gadis itu kelihatan semakin cantik dan matang. Lebih cantik sewaktu mereka berada di sekolah tinggi dulu.

“ haih, ” Kitae mengeluh lagi.

Timbul pula rasa menyesal dalam diri kerana putus dengan Jisoo dahulu. Kalau mereka berdua tidak putus, sudah tentu Kitae yang berada di tempat Kihun sekarang ini.

Kitae menampar pipinya perlahan. Dia perlu menyedarkan dirinya yang Jisoo bukan lagi jodoh buat dirinya, tetapi jodoh Kihun. Lagipun mereka akan berkahwin lagi dua hari. Jadi sudah tentu Kitae sudah terlambat.

“ haihhhh, dah kenapa asyik mengeluh sahaja ni? ” tegur Mak Cik Lee. Peha Kitae ditepuk perlahan. Dia mengambil tempat di sebelah Kitae.

Kitae tersengih-sengih mendengar teguran daripada Mak Cik Lee.

“ ni mesti tentang Jisoo ” sangkal Mak Cik Lee. Keningnya sengaja dijongketkan.

Sejak berpindah ke New Zealand, Kitae selalu bercerita tentang Jisoo pada Mak Cik Lee sehingga wanita tua itu bosan mendengarnya.

Kitae meluahkan emosinya dengan bercerita pada Mak Cik Lee. Dengan cara itu sahaja, tekanannya dapat dikurangkan. Masalah mengawal kemarahannya pun sudah hilang semenjak dia meluahkan semua perkara yang terjadi kepada Mak Cik Lee.

Senang cerita, Mak Cik Lee merupakan pendengar setia kepada permasalahan dirinya.

Kitae mengangguk lemah.

“ Kitae terjumpa dia di Korea. Dan paling mengejutkan sekali dia bakal berkahwin dengan Kihun hyung, ” cerita Kitae. Wajahnya kembali muram apabila nama Kihun disebut.

“ Kitae sedih? ” soal Mak Cik Lee pula.

Kitae menggelengkan kepalanya laju. Kedua-dua tangannya dihayunkan di hadapan Mak Cik Lee tanda ‘ tidak ’.

Aniyo. Kitae tak sedih langsung ” tegah Kitae. Wajahnya kembali dimaniskan.

Mak Cik Lee tersenyum melihat kelakuan Kitae. Kedua-dua tangan lelaki itu digenggam.

“ Kalau Kitae cintakan dia lagi, pergi jumpa dia. Luahkan semuanya yang terpendam buat kali terakhir. Mak Cik takut Kitae tak sempat sahaja sebelum Jisoo menjadi milik Kihun ” nasihat Mak Cik Lee. Dia merenung wajah milik Kitae.

“ Mak Cik dah anggap Kitae macam anak Mak Cik. Kitae buatlah keputusan Kitae. Kitae dah besar. Kalau Kitae bahagia, Mak Cik pun bahagia ” kata Mak Cik Lee lagi. Dia bangun dari duduknya kemudian beredar dari situ untuk memberikan ruang bagi Kitae untuk berfikir.

Kitae termenung buat seketika.

Kenangannya bersama Jisoo ketika di sekolah tinggi tiba-tiba menerobos ke fikirannya.

“ awak merokok ke Kitae? ” soal Jisoo sebaik sahaja melihat sepuntung rokok berada di antara jari telunjuk dan jari hantu Kitae.

Kitae mengangukkan kepalanya. Rokok tersebut disedut lalu asap rokok dihembuskan melalui mulutnya.

Jisoo ternganga melihat perbuatan Kitae itu. Puntung rokok tersebut dirampas lalu dicampakkan ke atas tanah. Bukan setakat itu sahaja, dia langsung memijak putung rokok itu sekuat hatinya.

“ berhenti merokok ” arah Jisoo.

Kitae mengerutkan dahi.

“ berhenti merokok atau kita putus ” ugut Jisoo. Dia segera beredar dari situ.

Manakala Kitae mengejar jejak gadis itu. Lengan Jisoo dipegang untuk menghalang Jisoo daripada berjalan menjauhi dirinya lagi.

Jisoo memusingkan badannya ke belakang untuk menghadap Kitae.

oklah. Saya berhenti merokok kalau itu yang awak nak ”

Kitae tersenyum apabila mengingatkan kejadian tersebut. Disebabkan Jisoo, dia berhenti merokok. Tetapi selepas kematian ommanya, dia kembali kepada tabiat lamanya itu buat seketika. Hanya beberapa minggu.

Selepas itu, dia langsung tidak menyentuh bahan tembakau itu sehingga sekarang.

Semuanya disebabkan oleh seorang gadis yang bernama Kim Jisoo.

Kitae bangun dari duduknya. Dia segera mengambil kunci keretanya yang berada di atas rak.

“ Mak Cik Lee, Kitae nak balik ke Korea! ”

°°°

Tbc

Lepas ni final!

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]

[C] Hope Not Where stories live. Discover now