Tit!
Tit!
Tit!Hanya bunyi daripada mesin sahaja yang memenuhi ruang wad Kitae.
Kitae membuka matanya secara perlahan-lahan. Siling berwarna putih memenuhi ruang matanya.
Bebola matanya bergerak untuk melihat keadaan sekeliling. Kemudian, dia menggerakkan badannya.
Auch!
Perutnya dipegang. Sakit.
Dia kembali kepada posisi pembaringan.
Secara tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Terpampang muka abang tirinya, Kwak Kihun dan seorang doktor. Mereka berdua masuk ke dalam wad yang menempatkan diri Kitae.
Doktor tersebut memeriksa keadaan Kitae buat beberapa minit kemudian dia meminta diri meninggalkan Kitae dan Kihun di wad tersebut.Kitae menundukkan kepalanya. Dia tiada rasa mahu memandang muka abang tirinya ini.
Lain pula bagi Kihun, matanya asyik merenung adik tirinya itu.
“ kau ok? ” tanya dia prihatin. Kitae hanya menganggukkan kepalanya sebagai balasan.
“ kenapa buat perkara macam tu? Kau boleh masuk penjara kalau bunuh orang ” nasihat Kihun.
Kitae tersenyum sinis apabila mendengar nasihat Kihun itu.
Bunuh orang?
Heh!Dia tak bunuh pun si Hyunbin tu. Malah Hyunbin yang membuatkan dia terlantar di hospital sekarang ini.
Kitae hampir tergelak apabila perkataan penjara muncul di mulut Kihun.
“ heh, penjara? Aku rasa duduk penjara lagi bagus daripada hidup macam ni. Hidup macam tak ada mak ayah. Anak sendiri masuk hospital, tapi seorang pun tak datang melawat ” luah Kitae, sinis sahaja suaranya berkata.
Betullah apa yang dia katakan sebentar tadi. Dia masuk hospital, tapi Tuan Kwak dan Puan Choi langsung tidak datang melawatnya. Hanya abang tirinya ini sahaja yang sudi datang untuk melawat.
Kihun mengeluh perlahan.
Ada sesuatu yang perlu dia beritahu pada Kitae sekarang ini. Cuma, dia rasa sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk menyampaikan perkara tersebut.
Dia takut emosi Kitae akan menjadi tidak stabil setelah mendengar perkara tersebut.
“ kalau kau nak tunjuk muka kasihan pada aku, baik kau balik. Aku tak suka orang kasihankan nasib aku ” arah Kitae. Dia langsung tidak melihat wajah Kihun semasa mereka bersembang.
Kihun memandang Kitae lama sebelum dia melangkah ke pintu. “ aku minta tolong pada kau. Jangan tengok tv dan buka media sosial buat masa sekarang ” pesan Kihun sebelum pintu wad Kitae ditutup.
Kitae tersenyum sinis.
Pasti media massa sedang melaporkan tentang keburukan dirinya sekarang ini. Kitae pasti Yoochan adalah orang yang bertanggungjawab menyampaikan berita tersebut kepada wartawan.
°°°
Kihun menutup pintu wad Kitae rapat. Matanya tertumpu pada seorang gadis yang memakai pakaian seragam sekolah seperti Kitae.
Dia mendekati gadis tersebut. Tanda nama yang terdapat pada uniform dilihat.
‘ Kim Jisoo ’
“ kawan Kitae ke? ” ramah sahaja Kihun menyoal. Jisoo mengangukkan kepalanya tanda ya.
“ kenapa tak masuk? ” soal Kihun lagi. Jisoo menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
“ tak berani nak masuk. Takut kena palau ” balas Jisoo.
Kihun ketawa perlahan. Agak kelakar jawapan yang keluar daripada mulut kawan Kitae ini.
Semua kata-kata yang keluar daripada mulut Jisoo benar-benar belaka. Perkara itu memang Kihun tidak boleh nafikan.
Dia pun agak seram sebenarnya apabila Kitae seperti tidak mahu melayannya.
Bukannya dia tidak tahu, dia tahu yang adik tirinya itu mempunyai masalah mengawal kemarahan. Jadi dia mengambil inisiatif untuk menyusun ayat terlebih dahulu sebelum menuturkan ayat tersebut.
“ macam mana dengan Puan Choi? Keadaan dia dah bertambah baik ke? ” soal Jisoo secara tiba-tiba.
Senyuman Kihun mulai mati. Dia menggelengkan kepalanya. “ she's critical ” balas Kihun.
Mindanya teringat akan keadaan omma Kitae iaitu Puan Choi yang telah terlibat dalam kemalangan sebaik sahaja mendapat berita tentang kecederaan Kitae.
Wanita itu memandu kereta terlalu laju kerana ingin melihat keadaan Kitae. Disebabkan perbuatannya itu, beliau terlibat dalam kemalangan kereta.
Kepala Puan Choi mengalami kecederaan yang parah. Tangan kanan dan kaki kirinya juga patah.
“ Kitae dah tahu ke tentang benda ni? ”
Kihun menggelengkan kepalanya lagi. “ aniyo. Saya tak nak emosi dia terganggu lagi ”
Jisoo mengeluh lemah. Matanya kemudian melihat pintu wad Kitae seolah-olah dia boleh melihat Kitae melalui pintu tersebut.
“ I hope he fine ”
°°°
Tbc
Jung Wooseok ( pentagon )
as
Kwak Kihun[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]
YOU ARE READING
[C] Hope Not
FanfictionDia suka dia. Mereka bercinta. Kemudian berpisah. ❝ You need to meet someone better than me and be happy But I hope not to the point where you forget me ❞...