Dia suka dia.
Mereka bercinta.
Kemudian berpisah.
❝ You need to meet someone better
than me and be happy
But I hope not to
the point where you forget me ❞...
“ Chaeyoung dan Lisa memang rapat dengan Jisoo sunbae. Mereka berempat masuk ke dalam kelab yang sama. Kelab pementasan drama ” beritahu Hyunbin secara tiba-tiba.
“ kenapa kau beritahu aku? ” soal Kitae.
Hyunbin mengangkat bahu dan keningnya. “ saja. Mana tahu boleh jadi maklumat yang berguna untuk kau ” ujar Hyunbin.
Kitae bangun dari duduknya. Kemudian kakinya melangkah keluar dari kelas.
Dalam diam dia tersenyum. Chaeyoung dan Lisa merupakan rakan sekelasnya. Jadi dia mempunyai peluang untuk bertanya kepada mereka berdua tentang apa yang Jisoo sukai.
Senyuman yang Kitae ukir mulai pudar secara tiba-tiba. Ini semua disebabkan pelajar lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
Lee Yoochan.
Wajah Yoochan yang dipenuhi lebam itu dipandang. Senyuman sinis terukir di bibir Kitae.
“ kau nak apa? ” soal Kitae berani.
Yoochan tersenyum mengejek. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
“ Jisoo noona. Jangan kacau dia ”
“ huh. Kenapa? ”
Yoochan terdiam.
“ sebab dia milik aku ”
Kitae menundukkan kepalanya ke lantai. Kedua-dua tangannya digenggam.
Dia rasa hobi Yoochan adalah menyakitkan hatinya. Rasanya lelaki itu ada penyakit mental. Penyakit yang suka melihatnya sakit hati.
Kitae mengangkat wajahnya. Matanya kembali merenung Yoochan.
“ may the best man win. We will fight for her ” ujar Kitae. Dia berjalan ke arah Yoochan. Sengaja dia melanggar bahu lelaki itu.
Biar Yoochan rasa tercabar. Biar dia rasa sakit hati seperti sakitnya hati dia ketika ini.
°°°
Tbc
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[ Sila tekan vote dan komen kalau anda rasa ff ni best ]